Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MUS 'MAY' BUKA TIRAI PERSEMBAHAN HARD ROCK CAFE KL MALAM ESOK



Kafe hiburan yang terkenal seluruh dunia - Hard Rock Cafe Kuala Lumpur membuka tirai 2020 dengan kehangatan pentas Sunday Night Live (SNL) malam esok (5 Januari 2020) bersama lagenda rock, Mus May.

Bermula jam 10.30 malam pemilik nama penuh vokalis Kumpulan May ini, Mustaffa Din  akan menggegarkan para pengunjung dan peminar Rock yang telah lama menunggu kemunculannya yang kini bergerak secara solo.

Satu persembahan 'come back' yang tentu sekali tidak mahu dilepaskan oleh peminat Mus. 

Sunday Night Live edisi ke tiga bersama Mus ini adalah selepas persembahan dari kumpulan Wings dan Lefthanded yang berjaya mencuri hati peminat tanahair tahun lalu.

Menjanjikan persembahan yang terbaik, penyanyi yang bersuara latang itu kini bersedia untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu hits beliau seperti KERNA KAU, STRATEGI, SINAR, SENDIRI, BLUES ULAR SAWA, ENIGMA, BIRU MATA HITAMKU, SATU PENGERTIAN, SELAGI KAU DISISI, HATIKU KEKAL PADAMU, STAIRWAY TO HEAVEN, BOHEIMIAN RAPSODY, SRI KANDI CINTAKU dan juga single terbarunya, MENCARI KASEH .

"Untuk persembahan di Sunday Night Live di HRC pada 5 Januari 2020 nanti dengan tajuk persembahan “Mus Journey”,  saya ingin memastikam para peminat akan mendapat pengalaman yang berharga setelah sekian lama tidak membuat persembahan secara ‘live’," janji Mus.

Menurut Mus, persembahan bakal berkisar tentang dirinya sepanjang 34 tahun berada di dalam dunia industri muzik daripada tahun 1986 sehingga kini. 

"Dalam persembahan itu nanti saya akan menyanyikan antara lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan dalam album sebelumini iaitu lagu-lagu ketika saya bersama kumpulan May, Wings, Strangers dan  ketika saya berada bersama projek semangat zaman, solo album dan juga lagu-lagu cover inggeris yang pernah menjadi inspirasi saya untuk saya berada di dalam
industri muzik rock," tambah Mus.

Pada persembahan kira-kira 1 jam 30 minit itu Mus dijangka menyampaikan  dalam 14 buah lagu yang akan diselang-seli dengan penceritaan sepanjang  perjalanan kariernya  di dalam industri muzik rock.

Sunday Night Live “Mus Journey” ini akan diiringi oleh pemuzik-pemuzik seperti Alfa Booty sebagai gitaris, Rumie Booty sebagai drummers, Fairus Majestric sebagai pemain bass, Loko Majestric sebagai pemain keyboard dan juga pemain gitar daripada Majistret, Baby.

Tiket boleh didapati di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dengan harga RM80.00 (termasuk satu minuman ringan). 

Seperti kumpulan yang beraksi sebelum ini, Mus juga akan membuka kaunter khas yang akan disediakan dilokasi dimana peminat boleh mendapatkan barang cenderahati esklusif dari beliau.

Sunday Night Live adalah platform bagi artis-artis popular dan juga artis baru untuk mengetengahkan bakat mereka dan memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan dari artis kegemaran mereka secara dekat dan live! 

Inisiatif ini merupakan komitment Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk terus menyokong kehadiran muzik tanahair. 

Bagi  sebarang maklumat sila hubungi talian +603-27155555.



#MusJourneyHRCKL #Hardrockcafekualalumpur #musmay #sundaynitelive

4 ulasan:

  1. Wah menarik ni. Seronok juga lepak2 kat Hard Rock KL.Mus pun best nyanyi. Ada masa nak pergi lah enjoy2.

    BalasPadam
  2. Great to see people still supporting musician from older generation. Great share!

    BalasPadam
  3. Lejen lama ni Mus May. Mesti best layan muzik2 dia sambil lepak dgn kwn. Lagu lama, dgr banyak kali pon best

    BalasPadam
  4. Tak pernah masuk Hard Rock Cafe. Mesti best tgk live performance nak-nak pulak Mus May yang perfom.

    BalasPadam