Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MILO BERI KEJUTAN 'SELAMAT BERSARA' KEPADA....?


Sebut sahaja MILO, Kak Fas percaya telinga korang mesti terngiang-ngiang dengan melodi lagunya yang seingat Kak Fas berbunyi begini "Minum milo jadi kuat dan sihat..."

Betul tak? Ingat-ingat lupa tapi rasanya begitulah haha...

Dan korang juga pasti maklum, MILO® telah merintis pembangunan sukan akar umbi di Malaysia sejak 1973. 

Usaha ini dipacu oleh matlamat jenama itu untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang aktif dan sihat dengan membekalkan tenaga yang berkhasiat. 

Justeru, sebuah unit Pemasaran Sukan yang menggalas misi untuk menginspirasi rakyat Malaysia supaya melangkah jauh dengan sukan telah diwujudkan. Unit tersebut diketuai oleh Leonard Wee, Pengurus Jenama pada ketika itu.

Sejak itu, MILO® telah meneruskan initiatif ini di bawah kepimpinan 4 generasi Pengurus Pemasaran Sukan MILO®  termasuk Ng Pin Loong (tengah) yang telah berkhidmat di Nestlé (Malaysia) pada 1992 dan bersara pada awal tahun ini. 

Leonard bertanggungjawab untuk memperkembangkan usaha pemasaran sukan MILO® yang telah bermula dengan lawatan van MILO® ikonik yang sinonim dengan acara hari sukan sekolah untuk membekalkan kebaikan tenaga berkhasiat MILO® kepada murid-murid. 

Usaha beliau turut membantu menyokong dan melancarkan kerjaya bekas atlet olahraga dan tokoh sukan negara Datuk Marina Chin yang berjaya merangkul tujuh pingat Sukan SEA sepanjang kerjaya beliau.  

Pemasaran sukan MILO® melangkah lebih jauh apabila Datuk Dina Rizal mengambil alih tugas itu pada 1980.

Beliau merupakan teraju utama di sebalik kempen-kempen sukan MILO® yang dikenali ramai, khususnya laungan Malaysia Boleh yang mengiringi kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 1992. 

Malaysia Boleh juga menyatukan rakyat Malaysia pada temasya Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 dan terus menjadi pembakar semangat juang atlet-atlet negara sehingga hari  ini. 

Beliau juga memainkan peranan yang penting dalam melancarkan Kejohanan MILO® MSSM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Setelah bersara pada tahun 2004, usaha pembangunan sukan MILO® dipertanggungjawabkan kepada Ng Ping Loong yang telah mula berkhidmat dengan Nestlé (Malaysia) pada 1992. 

Ping Loong memikul legasi sukan MILO® peninggalan peneraju yang terdahulu dengan melancarkan MILO® Hidup Bola pada 2006. 

MILO® Hidup Bola telah berkembang menjadi karnival futsal tahunan yang terbesar yang menarik penyertaan lebih 12,000 pemain (bawah 12 dan bawah 16 tahun) setiap tahun. 

Acara itu juga membantu misi pencarian bakat-bakat baharu, ramai antara mereka yang berjaya untuk mara bertanding di pentas antarabangsa dan terpilih menjadi pemain bola sepak kebangsaan.  

Setelah 35 tahun bersama Nestlé, di mana 27 tahun daripadanya berkhidmat untuk MILO® dalam membangunkan program-program sukan akar umbi, Ping Loong bersara pada Januari 2020. 

Dan baru-baru ini, satu majlis 'perpisahan' yang mengejut buat Ng Pin Loong diraikan penuh meriah di De Wan, The Linc Kuala Lumpur.

Bukan sahaja Ng Pin Loong rasa terkejut malah Kak Fas sendiri pun teruja dengan 'party' yang dikendalikan bagi mengenang jasa beliau.

Dekorasi majlis juga berbaur nostalgia apabila dihidangkan dengan 'titbits' berupa biskut-biskut lama dahulu kala di dalam tin persegi yang sekarang dah jarang kita jumpa.

Antara 'titbits' seperti biskut wafer, biskut berkrim dan sebagainya mengimbau kenangan pada zaman dahulu di mana makanan ringan ini menjadi kegemaran sewaktu remaja haha...

Kira memang cantiklah dekor majlis lengkap belon berwarna-warni menghiasi meja dan persekitaran.

Itulah penghargaan daripada pihak pengurusan yang tahu mengenang budi petugasnya. Majlis seumpama harus menjadi contoh syarikat-syarikat besar mengenang kakitangannya yang begitu lama setia berkhidmat.

Seronok tengok apabila majlis diatur cukup meriah dan besar sekali melibatkan bukan sahaja kehadiran pihak pengurusan MILO tetapi turut diraikan rakan berkaitan seperti Majlis Sukan Negara serta para sahabat termasuk pihak media diundang bersama.

Turut hadir Chef-de-Mission Malaysia ke Sukan Olimpik 1988 di Seoul, Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Jaafarl (kanan) dan Lim Kerwin (dua dari kiri) yang kini mengambil alih tugasan Ping Loong sebagai Pengurus Pemasaran Sukan MILO®, Nestle (Malaysia) Berhad. 

Bersama mereka Leonard Wee (dua dari kanan), Kumaran Nowuram, Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan MILO® & Susu, Nestle (Malaysia) Berhad (kiri) dan Datuk Dina Rizal (tiga dari kiri).

Untuk rekod, di bawah bimbingan Ping Loong, Kerwin telah berjaya melancarkan MILO® Champions Clinic, sebuah program sukan akar umbi yang memberikan pendedahan awal serta latihan kemahiran kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun di bawah seliaan jurulatih profesional. 

Lebih 3,000 kanak-kanak telah menerima manfaat daripada program ini sejak dilancarkan pada 2015 sejajar dengan komitmen MILO menerajui pembangunan sukan akar umbi dan memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat menerusi pelbagai inisiatif sukan yang kini disatukan di bawah gerakan MILO® Aktif Negaraku. 

Kak Fas yakin, legasi Pemasaran Sukan MILO® akan diteruskan dengan generasi seterusnya dan Ng Pin Loong pastinya akan tetap kekal di hati syarikat.

#milo  #Miloaktifnegaraku #milochampionsclinic #MSN #NestleMalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan