Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALIFF SYUKRI DAN HARAPAN 2020. APA AZAMNYA?


Mukadimah:


Baru-baru ini ketika mendapat jemputan hadir ke majlis aqiqah dan tahnik puteri bongsu Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, iaitu Raudhah Arshiyah, Kak Fas turut ditemani rakan seperjuangan, Siti Dimiatri, bekas editor majalah AROMA suatu ketika dahulu.

Kehadiran kami buat pertama kali di 'Palace' Aliff Syukri sudah tentu terpegun dengan rumah agamnya yang bukan sahaja cantik tetapi mengalahkan sebuah istana raja gayanya.

Sambil menunggu kehadirannya, sempat kami meninjau dalaman kediaman Aliff Syukri yang bernilai RM20 juta itu tetapi sekadar di ruang bawah sahaja lah. 

Jika di bawah pun dah dihias cantik sudah tentu rumah banglo tiga tingkat yang mempunyai 30 bilik ini pun mewah juga hiasannya di atas kan?. 

Banyak pula angle yang kami pilih untuk bergambar kenangan di 'istana' milik jutawan kosmetik yang popular digelar #abangterlajaklaris ini.

Lebih menarik ada mini pawagam lagi dan di sinilah kami dibawa untuk sesi temuramah eksklusif bersama pasangan popular ini.

Nak baca apa kisah di sebalik temubual yang berlangsung kira-kira setengah jam itu sila BACA INI.

Dalam pada itu, kawan Kak Fas, Siti juga tidak mahu ketinggalan menceritakan pengalamannya bertemu Datuk Seri Aliff Syukri buat pertama kali.

Apa kata kita baca coretannya di bawah ini:

Oleh: Siti Dimiatri


Datuk Alif Syukri Kamarzaman - Orang kaya terlajak laris, yang sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. 

Kata-katanya bagaikan besi berani yang boleh membuat orang lain terpaku di situ.

Bual bicaranya nampak santai, tapi bukan borak kosong. Duduklah berjam sekalipun ada saja topik yang nak dibualkan.

Cara dan gayanya berfikir  sudah pastinya menggambarkan realiti kehidupannya yang sebenar, ceria dan bersahaja, jauh sekali kelihatan hipokrit. 

Tapi yang nyata dalam bual2 kosong itu terselit kata-kata yang boleh menjadi sumber inspirasi  buat semua. 

Siapa yang memilih positif, maka positiflah jadinya, jika sebaliknya terpulang pada pandangan masing-masing. 

Melalui borak santai Datuk Alif bersama media ban blogger selepas selesai majlis kesyukuran dan akikah puteri bongsunya, Raudhah Arshiyah penulis tertarik dengan bicaranya mengenai tips2 kejayaan dan kerja kerasnya di sebalik tabir.

Katanya, dia bekarja 24 jam sehari. Sehubungan itu, rumah bukan saja merupakan kediamannya malah menjadi tempat kerjanya saban hari dan situ jugalah ruang untuknya melakukan kerja-kerja penggambaran untuk pengisian channel YouTubenya - TV Terlajak Laris.

Kerana itu juga setiap pergerakannya tidak lekang dari bergambar, selfie atau dalam ertikata lain ke mana sahaja beliau pergi atau apa sahaja yang dilakukan. jurukamera pasti bersama untuk merakam momen menarik bagi disalurkan ke laman media sosialnya.


Cuba bayangkan, mampukah kita yg biasa2 ini melakukan hal sedemikian? 

Bagi orang yang berjaya seperti Datuk Aliff itulah antara  'part' yg paling digemarinya dan ini jugalah antara pendapatan 'free page' yang dapat dijana hingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Woww!!!.. best kan? 

Soalnya mampukah kita untuk jadi seperti Datuk Aliff???...tepuk dada tanyalah pada diri sendiri, nak berjaya dan kaya pasti ada cabarannya.

Antara lain yang dibualkan menyentuh impiannya yang sudah banyak termakbul antaranya membuat rumah untuk diwakafkan kepada anak2 yatim, memberi dana kepada yang memerlukan dan pelbagai amal kebajikan lain.

"Kini apa yang saya kepingin Allah memelihara rezeki dan terus memberikan kejayaan dan membukakan hati saya unytuk lebih  mendekati Allah. Saya sedar sampai masa kita juga akan sampai ke hari tua, jadi kita harus bersedia dari sekarang. 

"Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan, sebaliknya kekal bahagia dengan mengingati Allah." ujarnya yang bakal mengerjakan ibadat umrah pada bulan Februari kelak bersama keluarga.


Ya.... begitu pandangan dari kaca mata Siti Dimiatri dan Kak Fas setuju seratus peratus apa yang diperkataka

Khabarnya untuk tahun 2020, Aliff Syukri mempunyai banyak azam dan perancangan antaranya mahu melakukan amal kebajikan dan selepas mengerjakan umrah tahun ini beliau modon agar dapat lebih mendekati Allah!

#Trivia Aliff Syukri:
  • Projek Terlajak Kasih - Bantu golongan susah termasuk  25 orang Selebriti. Terbaharu beliau membantu Putri Balqish.
  • Projek Jejak Kasih  - merapatkan silaturrahim 
  • Rancang lahirkan single lagu Nasyid
  • MEDIA dan Bloggers yang hadir.
#abangterrlajaklaris #aliffsyukri #raudhaharshiyah #terlajakkasih #aslegacy




Tiada ulasan:

Catat Ulasan