Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BUAT ADUAN JIKA TIMBUL ISU BEKALAN BAWANG. JANGAN 'MEMBAWANG' DAH!

GAMBAR Hiasan. Foto kredit Mediaprima online.

BAWANG antara bahan utama yang perlu dalam menghasilkan masakan enak. Ibarat irama dan lagu, kalau dipisahkan pincanglah lagu dan rosaklah seni. Begitu juga bawang, jika ditiadakan dalam masakan nescaya hilanglah rasa keenakannya.


Kerana itu, amat penting untuk memastikan  bawang, samada bawang merah atau bawang putih tidak kehabisan di pasaran dan paling penting juga bawang berada dalam kategori barang kawalan Kerajaan.


Tahukah anda, berdasarkan daripada statistik semasa, rakyat Malaysia secara purata menggunakan 17 kg bawang setahun bersamaan 1.4 kg sebulan. Ini menjadikan purata keperluan untuk rakyat Malaysia ialah sebanyak 35,971,671 kg sebulan


Wow! Banyak tu.


Jumlah pengimportan keseluruhan bawang ke Malaysia dari Januari 2020 sehingga Ogos 2020 pula adalah sebanyak 340,202,285 kg bersamaan 42,525,285 kg sebulan secara purata. 


Terdapat 8 jenis bawang yang diimport ke Malaysia iaitu Bawang Kecil Merah Import (India), Bawang Besar Import (India), Bawang Merah Import (China), Bawang Kecil Merah Import (China), Bawang Kecil Merah Rose (Import), Bawang Kecil Merah Import (Myanmar), Bawang Kecil Merah (Thailand) dan Bawang Besar Kuning (Holland). 


Kiranya, terdapat 24 negara yang mengeksport bawang ke Malaysia  di mana sebanyak 5 negara merupakan pengeksport terbesar iaitu India (38%), Pakistan (23%), China (16%), Belanda (8%) dan Thailand (8%). 


Jumlah pengimportan bawang dari negara India ialah sebanyak 127,962,177 kg dari jumlah keseluruhan pengimportan bawang. 


Untuk rekod, pada14 September 2020 lalu, Kerajaan India telah mengeluarkan arahan larangan eksport ke atas semua jenis bawang kecuali jenis ‘Bangalore Rose’ dan ‘Krishnapuram’. 


Langkah itu bertujuan untuk menampung keperluan domestik di negara mereka ekoran bencana banjir yang berlaku pada bulan Julai 2020.


Dan menurut laporan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP), ekoran  larangan tersebut, sebanyak 121 syarikat pengimport telah mula meningkatkan jumlah pengimportan bekalan bawang dari negara seperti Pakistan, Thailand, Belanda dan China bagi menampung keperluan semasa rakyat Malaysia.

 

Walau pun begitu, sepanjang tahun 2020, KPDNHEP tidak menerima sebarang aduan berkaitan isu bekalan bawang. 


Namun, Kerajaan tetap memantau secara berkala bagi memastikan tahap keberadaan bekalan bawang di pasaran adalah mencukupi meliputi semua rantaian.


Sehubungan itu juga, KPDNHEP telah melaksanakan pemantauan bekalan ke atas 2,711 peruncit terpilih daerah [dedicated district retailers (DDR) dan 1,039 pemborong terpilih daerah [dedicated district wholesellers (DDW) di seluruh negara. 


Malah Kerajaan akan meneruskan pemantauan untuk memastikan tiada pihak yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP. 


(Gambar hiasan) KPDNHEP melakukan pemeriksaan barangan keperluan pengguna.

Jadi, pengguna diseru dan digalakkan menyalurkan maklumat melalui saluran aduan yang disediakan kementerian jika mendapati ada berlaku krisis ‘bawang’ di daerah kediaman masing-masing.


Mereka boleh membuat aduan melalui beberapa saluran berikut: 


* portal, e-aduan.kpdnhep

* pusat panggilan 1-800-886-800 

* Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my 

Ez ADU KPDNHEP 

Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245  

Talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC) 

* Whatsapp 019-279 4317  ATAU  

Media Sosial –Twitter dan Facebook KPDNHEP


Kak Fas: Ok. Ingat ya saluran-saluran aduan berikut jika terdapat pemasalahan berhubung bekalan bawang tapi jangan ‘membawang’ sudahlah, lain pula ceritanya nanti


#Bawang #KPDNHEP #

Tiada ulasan: