Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'PUTERI GUNUNG SENGKUANG' PERTARUHAN KARYA FILEM SULONG SHEILA MAMBO


SEKALI pandang nama syarikat produksi terbaharu ini HSF Production (M) Sdn Bhd, terus ingatan Kak Fas terbayang dan kaitkan ia dengan abjad nama penuh Kak Fas tetapi diterbalikkan iaitu HSF bermaksud Hj Saidin Fariza haha....(nama penuh Kak Fas kan  Fariza Hj Saidin).

Jadi sebab itu kadang kala bila tulis seringkali berlaku typo huhu…tetapi rupanya bukan Kak Fas seorang sahaja, ada juga teman-teman blogger yang menghadapi masalah sama apabila HSF tertaip HFS haha apatah lagi dalam poster pun tertulis HSF…takpe lah janji semua dah memperbetulkannya….


Syarikat produksi terbaharu dalam industri perfileman ini baru sahaja dilancarkan dengan kolaborasi bersama My Asia Empire di mana HSF Production melantik pelakon veteran, Rusilawati Hassan atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Sheila Mambo sebagai Pengarah Pengurusan Filem dan Drama HSF Production.


Dan bila dah ditubuhkan syarikat produksi tentulah ada filem sulongnya kan?


Baby pertama kami  adalah sebuah filem berjudul ‘Puteri Gunung Sengkuang’, ujar Dato Mohammad Faizal Abu Bakar (kanan) selaku Pengarah Urusan HSF Production (M) Sdn Bhd pada majlis pelancaran syarikat dan pra pelancaran filem ‘Puteri Gunung Sengkuang’ di Hotel Grand Millenium baru-baru ini.



Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif HSF Production, Encik Haniff Khan Mohammed Khan (kiri),  Sheila Mambo (tengah) dan barisan artis jemputan antaranya pelakon veteran Badrul Muhayat, 52, (gambar bawah, 2 dari kanan), Raja Azmi Raja Sulaiman, 61, (dua dari kiri), Ropie Cecupak, 53 tahun (kiri) serta Radhi OAG, 42 tahun (tiada dalam gambar).



Mungkin kah mereka ini bayangan Sheila Mambo untuk ditawarkan dalam karya pertamanya digarap untuk filem?


“Skrip filem ini sudah lama saya garap dan simpan iaitu pada tahun 2006 tetapi dek kerana tiada siapa yang sanggup menawarkan dengan harga yang munasabah saya pendamkannya hingga hari ini,” ujar Sheila memulakan bicara bersama media yang hadir.


Diinspirasikan daripada kisah ‘Puteri Gunung Ledang’, Sheila memberitahu, filem ‘Puteri Gunung Sengkuang’ lebih kepada genre filem slapstick yang mengetengahkan satu kelainan yang di luar kotak fikiran, seterusnya membayangkan juga watak puteri dilakonkan oleh Puan Sri Tiara Jacqueline.


Jika Tiara sudi, sudah tentu kecil tapak tangan, nyiru Sheila Mambo tadahkan. Tak gitu?


"Iya, selain beliau, saya juga membayangkan Saiful Apek untuk suatu watak dalam filem ini kerana wajah dia yang mula tercetus dalam bayangan pelakon yang saya nampak sewaktu menggarapkan skripnya," kata Sheila.


Ditanya kenapa Sengkuang?


“Perkataan 'sengkuang' itu  sering menjadi kata bual ramai malah sinonim di kalangan karyawan perfileman di mana ia dikaitkan dengan unsur berlawak antara para pelakon dan krew contohnya ‘hang jangan dok sengkuang sangat eh'… atau ‘apa hang ni hapla dok ada’ yang selalu dituturkan orang-orang sebelah Pulau Pinang,” ujar Sheila.


Pun begitu, Sheia memberitahu, pengarah dan barisan pelakon belum dikenal pasti tetapi  yang pasti seperti janji Dato Mohammad Faizal, 80% daripada barisan pelakon akan terdiri daripada pelakon veteran manakala 20% daripada artis-artis baharu yang berbakat dan bukan kerana populariti disebabkan  jumlah pengikut tinggi dalam laman sosial.


“Jika janji saya ini tidak terbukti dan dilihat sebagai omong kosong sahaja, saya akan tutup syarikat produksi ini,” tegas Mohammad Faizal serius.



Iya lah kan, janji harus ditepati dan jangan janji tinggal janji yang manis pada bibir sahaja ya tak?


Khabarnya setelah segala urusan berkaitan team produksi di kenal pasti, ‘Puteri Gunung Sengkuang’ akan melaksanakan majlis pelancarannya dan memulakan penggambaran, dijangka tahun hadapan.


“Kita harap ketika itu wabak COVID-19 dah terkawal sepenuhnya supaya penggambaran boleh berjalan lancar,” ujar Sheila Mambo.


Sehubungan itu juga, selain daripada menawarkan watak kepada pelakon veteran, HSF Production turut  membuka ruang pekerjaan dengan mempelawa karyawan pelbagai bidang seperti penulis skrip, krew belakang tabir, pengkarya muzik dan lain-lain yang sedia ada untuk sebarang kolaborasi bersama.


“HSF Production akan memberikan satu saingan secara meluas untuk bersama kita mengangkat industri perfileman Malaysia secara total dengan memberi sesuatu yang segar untuk tontonan umum di layar perak,” akhiri Dato Mohammed Faizal.



Sila baca artikel berkaitan DI SINI.

#HSFProduction #PuteriGunungSengkuang #PuteriGunungLedang #MyEmpireAsia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan