Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BATU PERMATA TREND PILIHAN WANITA TAHUN 2020


WANITA dan perhiasan tidak dapat dipisahkan. 


Sunguh pun negara diselubungi pandemik COVID-19 namun tidak bermakna menghias diri dengan barangan kemas tulin mahu pun aksesori perlu diketepikan.


Tabiat gologan wanita, bila lalu sahaja di mana mana kedai emas pasti mata mahu merenung ke dalam untuk melihat apa kah desain terbaharu yang diketengahkan.


Khabarnya, trend memilih barantg kemas yang dihiasi dengan batu permata kembali untuk tahun 2020 ini walau pun kita sudah berada di penghujun tahun. Malah kesukaan ramai wanita membeli barang kemas bertatahkan batu permata pelbagai warna untuk melengkapkan penampilan mereka dijangka berterusan hingga tahun hadapan.


Sehubungan itu, tidak hairanlah sepanjang bulan Oktober ini, syarikat barang kemas popular, HABIB melangsungkan ‘Festival Batu Permata’ di semua bilik pamerannya dengan rekaan terbaharu pada harga mampu milik.


Sebagai jenama barangan kemas tempatan yang sudah bertapak di industri pembuatan barangan kemas selama 62 tahun, banyak maklum malas dan pertanyaan diterima dari pelanggan berkenaan batu permata.



Rupanya, ramai peminatnya.


Permintaan terhadap barangan kemas batu permata dan perhatian untuk barangan permata mula meningkat, telah menjadi tanggungjawab HABIB untuk memberi lebih pendedahan dan informasi mengenai keistimewaan batu permata ini.


Tahu kah anda,  batu permata mempunyai kecantikan kilauan yang tersendiri bergantung kepada warna dan kejernihan warna permata itu.


Ada pelbagai jenis batu permata seperti zamrud, delima, nilam pelbagai warna, tsavourite, topaz, garnet, citrine, onyx hitam, moonstone yang berwarna putih dan tourmaline.


Selain dari kecantikan batu permata tersebut, ia mempunyai cerita yang menarik dan

informasi yang mungkin belum diketahui ramai.


Nak tahu? Sila baca seketika di bawah ini:


1) Batu Permata Adalah Mampu Milik


Agak jarang kita mendengar bahawa batu permata mampu dimiliki.Walau bagaimanapun seperti berlian, batu permata yang turut digelar batu berwarna dinilai berdasarkan karat,

kejelasan dan potongan.Jadi, tanggapan bahawa batu permata hanya boleh dimiliki oleh golongan berada adalah tidak benar sama sekali. Koleksi batu permata yang terdapat di HABIB semestinya sesuai untuk semua lapisan umur dengan rangkaian koleksi batu

berwarna yang pelbagai serta rekaan yang unik. 


Harga yang ditawarkan juga bermula dari harga mampu milik serendah kurang dari RM1000.


2) Batu Permata Mempunyai Nilai Seperti Berlian


Batu permata juga mempunyai nilainya tersendiri seperti zamrud, delima dan nilam sama dengan berlian. Seperti emas, batu permata bersijil boleh ditukar beli semula. HABIB, tidak terkecuali menerima barangan kemas permata selain emas dan berlian untuk tukar beli barangan kemas lama kepada baharu dengan harga yang kompetitif.


3) Warna Nilam Adalah Biru, Delima Adalah Merah


Tahukah anda,batu permata berharga seperti nilam dan delima tidak terdapat dalam satu warna sahaja? Walaupun batu nilam terkenal kerana warnanya yang biru, namun ramai yang tidak tahu bahawa batu nilam juga mempunyai beberapa warna lain seperti jambu, putih dan kuning. 


Bagi batu delima pula, selain merah gelap, ia turut hadir dengan pelbagai rona merah seperti merah coklat dan merah kejambuan. Oleh itu, anda boleh mengunjungi bilik pameran HABIB yang berdekatan untuk melihat koleksi batu nilam dan delima terkini. Anda juga boleh mereka sendiri barangan kemas menggunakan warna delima kegemaran anda.


4) Batu Berwarna Bukan Sekadar Warna


Batu permata bukan sahaja dapat menceriakan hari anda malah ia juga dipercayai boleh mempengaruhi mood seharian anda. Batu bewarna sering dikaitkan dengan kitaran kelahiran dan kelahiran semula. 


Ia dipercayai mempunyai kuasa metafizik yang boleh mengubah mood kita. Sebagai contoh, batu kecubung (amethyst) dapat membantu mengurangkan tekanan, kegelisahan dan perubahan mood. Namun bagi yang tidak mempercayainya, perhiasan batu permata tidak pernah gagal dalam melengkapkan penampilan anda untuk tampil lebih menawan dan bergaya.


5) Sesuai Untuk Hari Bahagia Anda


Beberapa figura terkenal seperti mendiang Puteri Diana, Blake Lively dan Mariah Carey telah memilih untuk menggayakan cincin batu permata semasa perkahwinan mereka.


Berlian sentiasa menjadi pilihan utama para pengantin namun dengan tambahan batu permata berwarna dapat menambah seri kepada ratu sehari. 


Malaysia turut tidak ketinggalan dengan trend pemilihan batu permata bewarna dalam cincin perkahwinansemakin popular di seantero dunia. 


HABIB menerima banyak maklum balas dari pelanggan berkenaan pemilihan batu permata untuk hari bahagia mereka, memandangkan warna batu permata lebih menonjol berbanding berlian. 

Cincin yang menjadi pilihan anda boleh direka khas mengikut kemampuan anda.


Sepanjang Festival batu permata ini, pelanggan yang membeli barangan berlian dan permata bernilai RM8,000 akan memperolehi seutas jam tangan Ice Watch dari koleksi Ice Steel.


HABIB juga menawarkan diskaun sehingga 70% untuk barangan kemas batu permata

bewarna dan berlian dari 1 hingga 31 Oktober 2020. 


Untuk maklumat lanjut dan terkini, kunjungi laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com atau media sosial kami @habibjewelsofficial.




#BatuPermata #HABIB #JualanMerdeka #SokongLokal #BarangKemas #Wanita

1 ulasan:

  1. cantiknya..tapi kalau macam saya yang biasa2 je ni pakai gini mesti orang kata cincin tikam je tu..hahahah

    BalasPadam