Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SALAM MAULIDUR RASUL! ASTRO SAJIKAN PROGRAM MENARIK


SALAM Mauludur Rasul!


Pada hari memperingati kelahiran junjungan besar Rasullulah 

SAW, sudah tentu ramai yang terbayang dapat meraikannya di kota Mekah atau Madinah sambil berselawat Nabi di hadapan makam baginda kan?


Tetapi disebabkan seluruh negara dilanda COVID-19, impian yang ditanam itu tidak kesampaian. Jangan sedih kerana sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, melalui saluran Naura, ASTRO mengajak anda menonton program bual bicara bersama pelakon Lisa Surihani dalam ‘Life & Love With Lisa’.


Bersiaran jam 8 malam, program berkenaan membawa anda menyaksikan Lisa dengan barisan tetamunya, terdiri daripada selebriti tanah air yang pernah menunaikan ibadah Haji.


Para selebriti ini akan berkongsi perjalanan mereka sepanjang menunaikan ibadah Haji dan bagaimana perubahan baharu pada setiap diri mereka itu memberi makna kepada kehidupan masa kini di samping kehidupan bergelar wanita bekerjaya.


Dengan menonton program ini tentu akan membawa satu nostalgia  pengubat rindu kepada mereka yang sudah melalui pengalaman sama  malah berguna juga bagi mereka yang satu hari nanti dapat ke kota suci Mekah itu.


Jadi, jangan terlepas pula ya, nantikan program ini pada jam 8 malam ini di saluran NAURA (109).



Tetapi sebelum itu, bagi mengisi masa lapang anda pada hari yang mulia ini apa kata  saksikan telefilem ‘Iman Hakiki’ di Astro Oasis pada jam 10 pagi ini.


Arahan Rashid Sibir, ‘Iman Hakiki’ mengisahkan  Iman, seorang musafir yang disalah erti cuba menunjuk pandai dan mencampuri urusan masjid. 


Bilal yang bercita-cita menjadi pengganti imam masjid menjadi riak dengan jawatannya dan tidak suka pada Iman. 


Iman mahu mengimarahkan masjid tetapi Bilal mahu menutup masjid setiap kali lepas solat.


Pertentangan pendapat ini membuatkan Bilal rasa tercabar, sedangkan Iman hanya mahu mengimarahkan masjid seperti di zaman Nabi Muhammad SAW, dihiasi siang dan malam dengan ayat Al-Quran, zikir dan pelbagai aktiviti agama. 



Berjayakah Iman Hakiki?


Jawapannya, saksikan telefilem ini yang dibarisi pelakon handalan seperti Hisham Hamid, PU Azman, Datuk Rahim Razali, Ruminah Sidek, Zaidi Omar, dan Atita Haris.


Itu antara dua program menarik yang boleh ditonton waima hari ini cuti umum dan semua pun berada di rumah ya tak?



Kak Fas: Jangan lupa perbanyakkan zikir ya kerana daripada Al-Nasai & Ibnu Hibban di sebut Rasullullah SAW bersabda: ’sesunguhnya orang yang paling dekat dengan ku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.’ dan


"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.  Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas ).


#ImanHakiki #ASTRO #NAURA #AstroOasis #MaulidurRasul #Life&LoveWithLisa

Tiada ulasan: