Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIAPA KATA WANITA GEMPAL TAK BOLEH JADI RATU CANTIK? INI BUKTINYA...

24 FINALIS terlibat....Foto menggunakan iPhone 7.

SIAPA kata orang berbadan gempal atau dalam bahasa kasarnya dikatakan ‘Gemuk’ itu tidak cantik atau pun ‘Hodoh’.


Percaya lah setiap daripada kita dilahirkan ‘cantik’ pada sisi NYA, waima tidak timbullah ungkapan  Inggeris seperti ‘Beauty is in the eyes of the beholder’ yang bermaksud kecantikan itu ada pada mata orang yang melihatnya.


Iyalah jika cantik tetapi perangai buruk buat apa kan, biar buruk tetapi perangai cantik tak gitu?



Apa pun tanggapan anda tentang kecantikan ia amat subjektif apatah lagi kecantikan itu disulami kemanisan walau pun anggota badan nampak macam belon. 


Pun begitu tidak bermakna golongan ini terpinggir kan, ramai yang gemuk terkenal dan menjadi popular di dalam bidang seni contohnya. Tak perlulah Kak Fas kenal pasti kepada korang siapa yang dimaksudkan itu, biar tahu sendiri aje ya…


Apa pun, langkah MK Asia Production Entertainment yang ditubuhkan pada tahun 2018 dalam menganjurkan peraduan ‘Miss & Mrs Curvy International’ harus dipuji.



Iya lah selalunya bila dianjurkan pertandingan ratu-ratu cantik ini selalunya disertai wanita-wanita cantik dengan ukuran badan yang melentik gitu.


Tetapi 'Miss & Mrs Curvy International' berlainan di mana penganjur memberi peluang kepada gadis dan wanita bergelar isteri untuk tampil bertanding sesama mereka yang berbadan gempal.


Menarik kan?


Tahun ini  ‘Miss & Mrs Curvy International 2020’ bakal menyaksikan 24 peserta bertanding merebut gelaran idaman masing-masing itu. 


Majlis memperkenalkan mereka dengan dikalungkan ‘selempang’ dilangsungkan di Hotel The Pearl Kuala Lumpur baru-baru ini dengan kehadiran tetamu kehormat, Dato Kajai Arasu dari DK Brothers, Dato Lingamari (Gemilang Tanah), bekas pemimpin Wanita MIC, Dato Mohana Muniandy dan ramai lagi yang terlibat secara langsung sebagai penaja dan yang selama ini terlibat dalam penganjuran peraduan ratu cantik. Ini termasuklah rakan media Kak Fas, pasangan Dragon dan isteri jelitanya, Anastasia Dopeng dari Rentak Sejuta yang memang dikenali sering menjadi rakan media rasmi bagi acara yang melibatkan ratu cantik.


Untuk rekod, pertandingan ‘Miss & Mrs Curvy Malaysia’ yang pertama hanya menyaksikan segelintir wanita mengambil bahagian, tetapi siri pertandingan ini telah berkembang pesat menjadi salah satu pertandingan yang paling progresif untuk wanita bersaiz plus selama ini. 


Ternyata dengan sambutan hangat penyertaan yang diterima kali ini iaitu sejumlah 64 orang, pihak penganjur yakin definisi kecantikan semakin  berkembang dan wanita bersaiz plus tidak lagi malu-malu untuk mengetengahkan diri mereka untuk berada di barisan hadapan dan berjalan di pentas  ‘cat walk’ dengan gaya dan konfiden yang setanding ratu cantik dunia gayanya.


"Kami bergerak menuju ke satu budaya yang lebih meluas dalam industri kecantikan di mana semua orang boleh merasainya." kata Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah pertandingan Miss & Mrs Curvy International &  MK Asia Production Entertainment, Muraalie Kannan.


"Semua orang sebenarnya cantik. Cuma versi wanita ideal itu sering mendapat paparan di halaman majalah atau di landasan ‘cat walk’ tetapi kami berharap dapat mengubah semua itu dengan lebih inklusif. " tambah Muraalie.


Sementara itu, majlis sama turut menyaksikan ‘Miss Curvy Malaysia 2019’,  Marissa Kee (kanan) dilantik sebagai Penolong Pengarah Pagent untuk pertandingan tahun ini diikuti dengan pengenalan dan penyampaian tanda penghargaan kepada rakan rasmi dan juga para tetamu kehormat termasuk penaja terlibat.

Turut dilancarkan sebuah lagi pertandingan antarabangsa baharu iaitu ‘Miss & Mrs Hourglass International’ yang dijangka berlangsung tahun hadapan.


Apa pun, nantikan pertandingan akhir ‘Miss & Mrs Curvy International 2020-21’ yang  akan disempurnakan  pada 9 Januari 2021.


Siapa agaknya di antara 24 finalis berkenaan yang  akan bergelar ‘Miss & Mrs Curvy International 2020-2021' dan berpeluang bertanding ke peringkat antarabangsa di Bulgaria selepas itu?


Kita tunggu dan lihat ya..




Kak Fas: Lihat kecantikan itu bukan hanya pada rupa dan 'body' tetapi budi bahasa dan yang sewaktu dengannya.

#Miss&MrsCurvyInternational2020 #MissCurvyMalaysia2019 #RatuCantik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan