Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MUSIM TENGKUJUH DAH TIBA. PENIAGA DINASIHAT USAH SELEWENG ATAU HADAPI HUKUMAN BERAT?

GAMBAR Hiasan. 

PEJAM celik, pejam cilik kita sudah pun menghampiri hujung tahun malah dengan seluruh dunia dilanda wabak COVID-19, masa seolah bergerak begitu pantas sekali.


Dan apabila munculnya bulan November dan Disember 2020 , sudah tentu negara bakal berdepan pula dengan musim tengkujuh yang boleh mengakibatkan bencana alam seperti banjir di beberapa buah negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


Keadaan ini dikhuatiri berpotensi mengganggu sistem pengangkutan dan secara tidak langsung menjejaskan pengedaran bekalan makanan dan barangan keperluan di negeri-negeri yang terlibat apatah lagi ketika perang melawan pandemik COVID-19 masih belum tamat seratus peratus.


GAMBAR Hiasan.


Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan barangan keperluan asas mencukupi dan stabil, sentiasa melaksanakan pemantauan secara berterusan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan Pandemik Covid19 di seluruh negara bermula 18 Mac 2020 hingga sekarang. 


Dan untuk tahun ini, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah menyediakan “ Pelan Kontigensi Kawal Seliaan Bekalan Barang Kawalan dan Keperluan Asas Dalam Menghadapi Fenomena Bencana Alam” sebagai langkah pro-aktif untuk menghadapi banjir dan memastikan bekalan keperluan asas tidak terputus dan mencukupi. 


Tindakan-tindakan yang dicadangkan untuk dilaksanakan melalui pelan kontigensi ini dijangka bermula seawal bulan November 2020 di mana antara persiapan dan tindakan yang bakal dilaksanakan oleh Bahagian Penguat Kuasa adalah: 


  • i)  Mengaktifkan Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command Centre) di negeri yang terlibat.
  • ii) Mempergiatkan pemeriksaan dan pemantauan ke atas semua rantaian pengedaran barangan makanan samada di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit.
  • iii) Membenarkan penambahan had simpanan barang kawalan dan barangan keperluan asas sehingga 30 peratus kepada pemborong dan peruncit terpilih.
  • iv) Mengadakan libat urus bersama industri pengeluar dan pengimport barangan kawalan dan keperluan asas bersama agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat dalam pengurusan bencana alam.
  • v) Membantu kumpulan sasar dengan pengagihan lebihan makanan melalui program foodbank. 


Bahagian Penguat Kuasa juga akan mengambil tindakan kes ke atas mana-mana

pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan melakukan kesalahan seperti menyeleweng, menyorok, enggan menjual, mengenakan syarat jualan atau apa-apa kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan perundangan subsidiarinya atau kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 seperti melakukan pencatutan atau menjual barang kawalan melebihi harga maksimum yang ditetapkan sepanjang bencana alam ini berlaku. 


Bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 1 Juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun, manakala bagi badan korporat pula boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM 2 Juta.  


Bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 pula, individu atau bukan pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, manakala bagi mana- mana pertubuhan perbadanan pula boleh didenda tidak melebihi RM 500,000


Kak Fas: Daripada berita yang disiarkan musim tengkujuh dah pun bermula cuma biasalah ia akan mengganas pada bulan November dan Disember. Moga nelayan dan semua yang berada dipinggir sungei berhati-hati ya. 



#MusimTengkujuh #KPDNHEP #Banjir #AktaKawalanBekalan1961 #Denda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan