Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'WAKTU TIBA' BUAT A. NAYAKA LEPASKAN KEKASIH. IYA KE?


BAGI Kak Fas nama penyanyi ini, A. Nayaka (kanan) agak terasing dan Kak Fas percaya ramai juga yang mungkin belum mengenali empunya penyanyi yang berasal dari Jakarta Selatan ini walau pun di negara asalnya juga, beliau seorang penerbit muzik.

Namun jika disebut SonaOne, sudah tentu ramai yang mengenali penyanyi lagu hip hop dan komposer terkenal yang bernama penuh Mikael Adam bin Mohd Rafee Michel Lozach ini.


Tetapi apa kaitan antara SonaOne dan A. Nayaka?


Sungguh pun namanya mungkin jarang didengar di kalangan peminat hiburan di Malaysia, namun pemilik nama penuh, Ariel Nayaka, 26,  ini merupakan kawan lama SonaOne yang juga seorang rapper dan penerbit muda Indonesia, sama seperti SonaOne yang meminati muzik hip hop.


Hubungan mereka lebih  terikat apabila SonaOne bertindak sebagai penerbit single terbaharu A. Nayaka berjudul 'Waktu Tiba".



Dan lebih menarik lagi, lagu ini diinspirasikan daripada pengalaman dalam hubungan cinta lalu di mana beliau sedar mengenai pentingnya cinta kepada diri sendiri (self love) daripada yang lain.


Sehubungan itu, hanya SonaOne yang mampu menterjemahkan kesedaran itu dalam trek dwibahasa, yang pertama buat Nayaka.


Tampak jelas melalui lirik lagu 'Waktu Tiba', ia menyoroti kisah silam Nayaka serta pengenalan tentang dirinya dari akar umbi ditekankan  sekali gus melenyapkan perasaan ketidakselesaan terhadap diri sendiri yang dialami ketika berada dalam hubungan romantis.


Wow! Putus cinta rupanya.


Bermula dengan kord gitar yang sederhana, lagu itu kemudian melantunkan lirik Nayaka - yang menyatakan bahawa sudah tiba masa untuk pasangannya pergi. 


Kata-katanya seiring dengan sikap seseorang yang tidak lagi ambil peduli tentang perkara indah yang pernah dialami ketika sedang hangat bercinta, ditambah dengan hasil kerja SonaOne yang mantap membuatkan kita terfikir – wujudkah cara yang ‘terbaik’ untuk memutuskan hubungan?


"Saya selalu membayangkan lagu seperti ini untuk Nayaka tetapi tidak pernah berpeluang untuk berkongsi idea itu. Selepas mengharungi satu malam yang panjang di studio dengan tidur yang tidak cukup, keesokan harinya ketika kami kembali bekerja, kami tahu apa yang harus dilakukan, dan selebihnya adalah sejarah,” kata SonaOne mengenai pengalamannya semasa menghasilkan “Waktu Tiba.”


Video muzik animasi lagu ini diarahkan oleh Eddie Edzuan dan direka oleh Cwnddien dari 33.3 Studios, di kala krisis wabak Covid-19 melanda, malah terdapat kekangan untuk melakukan perjalanan. 


Naratif yang berulang dalam video muzik ini membangkitkan semangat untuk membebaskan diri dari kesuraman yang Nayaka alami dalam hubungan masa lalunya, meskipun masih dihiasi palet warna yang ceria.


Nayaka ingin memecahkan halangan di Indonesia dalam menghasilkan lagu-lagu berbahasa Indonesia-Inggeris yang berkualiti tinggi. 

"Saya percaya itu adalah langkah seterusnya dalam evolusi saya sebagai pemuzik. Menulis lagu dwibahasa bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi melakukannya sambil menjadikan lagu itu menarik lebih mencabar,” katanya.


Dan tentu sekali Nayaka telah menyahut cabaran berkenaan melalui “Waktu Tiba” waima menyampaikan emosi kompleks yang disalurkan di dalam busur, menunggu masa untuk dilepaskan oleh telapak tangan. 


Perjalanan yang ingin dikongsi adalah "Waktu Tiba" mengandungi mesej ke arah  kematangan diri.


"Bukan hanya untuk ketika hari esok tiba, tetapi juga untuk hari ini dan sekarang," tambah Nayaka.


Apa pun, jika anda belum berpeluang mendengar kolaborasi antara penyanyi/penerbit Malaysia, SonaOne dengan penyanyi baharu Indonesia ini eloklah strim 'Waktu Tiba" A. Nayaka sekarang di semua platform digital.


Tunggu apa lagi. Strim "Waktu Tiba" A. Nayaka sekarang di semua platform digital  sedia ada manakala muzik video yang baharu dilancarkan di YouTube A.Nayaka sejak 3 jam lalu (2 Oktober 2020, 8 malam) baharu mencapai 659 tontonan (ketika artikel ini ditulis pada jam 12.46 pagi 3 Oktober 2020).


#ANayaka #SonaOne #WaktuTiba #MuzikVideo #Indonesia #Malaysia




Tiada ulasan: