Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JURI TAK TERTIPU LAGI. DEDAH IDENTITI AYAM JANTAN...



AKHIRNYA
, pada minggu kelima, baharulah 12 barisan juri pada program 'The Masked Singer Malaysia' mampu meneka tepat apabila berkata pelakon bernama Hairul Azreen adalah selebriti di sebalik kostum Ayam Jantan yang dipakainya.


Dan tepat sekali, selepas ini tiada lagi kokokan si Ayam Jantan  apabila identitinya didedahkan sekali gus menyaksikan 7 sahaja lagi selebriti di sebalik topeng – Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang, Reno, Rafflesia dan Bunga Raya yang akan berentap demi gelaran juara pertama The Masked Singer Malaysia!


Nampak gayanya, barisan juri yang terdiri daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR benar-benar mengenali gelagat si Ayam Jantan apabila menamakan suami kepada pengacara dan penulis blog terkenal, Hanis Zalikha ini.


Setelah lima minggu membuat tekaan yang salah, akhirnya juri berjaya ‘hit the bullseye’ dengan mendedahkan identiti di sebalik topeng Ayam Jantan. 


Menarik lagi, Janna Nick yang merupakan juri jemputan menggantikan Ella pada minggu itu juga dapat meneka identitinya dengan tepat, kerana pernah berkerjasama dengan bintang filem Paskal itu.



Hairul ternyata telah ‘kantoi’ apabila sering melakukan ‘signature pose’ yang dapat dikesan pihak juri.


Hairul Azreen menyatakan dia tidak menyangka kostum yang dipakainya itu boleh menjadi kesukaan ramai terutamanya kanak-kanak, seperti ADIK INI yang menangis-nangis ketika kostum Ayam Jantan disingkirkan. 


Hairul juga berkata beliau menerima sekiranya nama Ayam Jantan melekat sebagai panggilan. 


"Penat saya naikkan nama Jerung Paskal. Tapi sekarang Ayam Jantan yang melekat. Tapi okay la saya takda masalah pun," katanya.


Minggu kelima ini, program yang dihoskan oleh pengacara tersohor Datuk AC Mizal itu menyaksikan tiga selebriti disebalik kostum Ayam Jantan, Reno, dan Wau terpaksa akur dengan pemarkahan juri yang meletakkan mereka di ‘bottom three’



Dengan markah terendah sebanyak 72%, Hairul Azreen yang mempersembahkan lagu Cinta Dewa Dewi (nyanyian asal kumpulan Spider) tersingkir dari program nyanyian anjuran Astro Warna itu dan mendedahkan identitinya kepada para juri dan audiens!


The Masked Singer Malaysia yang berlangsung pada Jumaat dari Royal Theater Shah Alam menyaksikan 12 selebriti membuat persembahan yang dinilai 100% oleh juri-juri tetap. 





Setiap minggu, hanya kemahiran vokal dan sisi kreativiti yang dipertaruhkan kerana kesemua peserta mengenakan kostum dari kepala hingga ke kaki.


Kini, siapakah selebriti di sebalik 7 lagi topeng yang tinggal?


Saksikan program penuh kejutan ini di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam


Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.



#TheMaskedSingerMalaysia #HairulAzreen #JannaNick #Paskal #Singkir

Tiada ulasan: