Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ARTIS POPULAR AJAK RAKYAT PELIHARA ALAM SEKITAR


SEMPENA Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eco Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2020 yang kini sedang berlangsung sejak 19 Oktober lalu hingga 23 Oktober 2020 ini, sebuah konsert alam maya turut dianjur melibatkan lima nama besar dalam industri hiburan bertujuan membawa mesej pelihara dan selamatkan alam sekitar.


Barisan artis berkenaan terdiri daripada Datuk DJ Dave, Dato' M.Nasir, Dato' Awie, Ella Aminuddin dan  Siti Nordiana yang sama-sama melaungkan satu mesej, "tolong, kita semua perlu terus kekal bersatu, selamatkan alam sekitar ini.”


Turut membuat penampilan adalah penyanyi muda, Asfan Shah dan Chubby Buskers dalam acara dikendalikan pelawak Joey Daud ini.



Namun memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan/Bersyarat yang dikuat kuasakan tentulah penonton tidak berpeluang menyaksikan nama-nama hebat itu  membuat persembahan masing-masing ya tak?


Tetapi, usah khuatir, bagi yang mahu menontonnya, boleh sahaja menyaksikannya kerana konsert  yang dinamakan ‘IGEM Green Concert’ itu telah  dirakamkan di Petaling Jaya pada 16 Oktober lalu dan sudah boleh ditonton secara virtual di seluruh dunia dengan melayari laman web virtual.com.


“Melalui penganjuran virtual IGEM Green Concert ini kita berharap dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai yang juga peminat artis-artis ini untuk sama sama menghayati mesej yang ingin disampaikan oleh IGEM. 


"Saya percaya melalui sentuhan hiburan sebegini, matlamat penganjuran acara kami lebih mudah untuk sampai dan diterima oleh golongan masyarakat,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif IGEM 2020, Shamsul Mohd Nor.


Menurut Shamsul,  konsert secara virtual maya  berkenaan adalah pemangkin untuk memperhebatkan kempen meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. 


I”a juga sejajar Industri 4.0 yang memberikan pendedahan luas kepada adaptasi era digital,” tambah beliau.



Sementara itu, Datuk DJ Dave, selaku Penerbit Eksekutif yang melahirkan sokongan mengenai kempen-kempen sedemikian berpendapat sebagai anak seni sokongan paling kecil yang boleh mereka salurkan adalah melalui karya seni juga.


Memilih lagu ‘Di Desa Kasihku Tertumpah’, Dave mengimbas semula kenangan dan nostalgia kebanyakan orang tentang  kehidupan di desa yang kebiasaannya dianggap sebagai kurang berlakunya pencemaran alam.


“Konsert sebegini, paling tidak, akan menjentik semula hati sesetengah penonton yang mungkin sudah alpa tentang alam yang kian terjejas ini. Kita perlu beri kesedaran secara berterusan agar bumi mampu dipelihara sebaiknya untuk tempoh masa yang lebih lama lagi,” jelasnya.


Turut menyokong pandangan Dave, sifu Dato M. Nasir turut memilih lagu ‘Rimba Tari Mustika’ bagi persembahannya manakala Ratu Rock, Ella sudah tentu menyampaikan lagu popularnya, ‘Standing in the Eyes of the World.’



“Saya melihat lagu ‘Rima Tari Mustika’ sangat sesuai kerana secara tidak langsung ia bercerita tentang alam, tentang keindahannya juga tentang usaha 'menodakannya' dengan apa yang diistilahkan sebagai pembangunan. 


“Ia adalah segala galanya tentang kemanusiaan jika digali dengan lebih mendalam akan maksud lagu ini. Jadi saya turut berbesar hati kerana  IGEM Green Concert berusaha untuk menyampaikan mesej mesej yang baik dan berguna ini kepada orang ramai,”ujar M. Nasir yang terkenal dengan lagu-lagu berjiwa nusantara.


Seperti M. Nasir, Ella secara tegas melahirkan kekesalan di atas sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang masih mengambil mudah mengenai penjagaan alam sekitar ini.


 “Ella harap dengan konsert sebegini, kami dapat menyentuh mata fikir pihak pihak terbabit untuk lebih cakna, lebih peka akan natijah akibat tindakan mereka,” ujarnya.


Artis-artis lain yang mengambil bahagian dalam konsert ini turut menyatakan sokongan dan dokongan padu tentang kempen kesedaran ini. 



#IGEM2020 #VirtualEvent #AlamSekitar #MNasir #Awie #DJDave #Ella



Tiada ulasan: