Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KERAJAAN DIGESA BENARKAN PENGGIAT SENI KEMBALI BERTUGAS

KERAJAAN digesa membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan secepat mungkin sebagai langkah membantu kehidupan penggiat seni yang semakin melarat kembali bernafas.


Pengarah drama terkenal, Rashid Sibir bersama Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi dan pelakon, Husna Mustaffa bersepakat menyuarakan gesaan itu dalam program FDAM (Persatuan Pengarah Filem Malaysia) Live dengan tajuk ‘Bila Kami Boleh Shooting’ yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook FDAM baru-baru ini.


"Ketika mula dilanda pandemik pada tahun lepas, kami juga mempunyai masalah sama di mana pertama kali kena, tak tahu bagaimana nak bantu ahli tapi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung hingga Pelan Pemulihan Negara (PPN), ini menambah parah pada industri seni kita,” ujar Zed Zaidi sambil memberitahu, SENIMAN turut terjejas dalam membantu 7,000 ahlinya yang sebahagian besarnya berada dalam kesusahan akibat tidak bekerja.


Menurut Zed Zaidi, sebelum ini kita mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) tertentu tapi kali ini impaknya lagi serius. 

“Kita tidak berkerja berbulan-bulan nak sampai bertahun dan saya juga dapat pelbagai reaksi ahli, dulu kita boleh bantu bukan duit tapi dari sudut badan korporat membantu artis kita,” tambahnya.


Jelas beliau, ketika ini ramai artis hidup susah kerana tidak bekerja justeru, mencadangkan agar satu mekanisma baharu diwujudkan menerusi perkongsian idea daripada persatuan hiburan membantu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) agar penggiat seni dapat kembali bekerja dengan lebih cepat. 


"Kita bukan nak bergantung pada bantuan, kita boleh bekerja cuma tidak diberi ruang bekerja kerana masih menunggu SOP tertentu. Kita tahu dari pihak FINAS, ada yang boleh mulakan penggambaran tapi hanya melibatkan yang perlu menghabiskan penggambaran saja," katanya. 


Sambungnya, bukan semua artis mampu meneruskan kelangsungan hidup apabila tidak bekerja dan hanya bergantung pada duit simpanan. 


"Mungkin dalam kalangan 7,000 artis ini hanya 10 peratus boleh 'survive' kerana mereka artis popular dan dapat banyak 'job'. Jika 10 peratus mungkin dia pun tak boleh 'survive', bagaimana pula dengan 90 peratus yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," jelas Zed. 


Baginya, selain SOP mengenai dua vaksin wajib sebelum kembali bekerja, FINAS perlu mencari mekanisma supaya tak kira ‘swab test’ atau vaksin tetapi satu formula agar penggiat seni boleh 'shooting' tanpa syarat tersebut. 


"Jika ikut PPN, belum tentu kawasan kita boleh mula ‘shooting’. Tidak adil kilang boleh buka tapi aktiviti seni tidak boleh sedangkan kami juga penyumbang pada ekonomi negara. Kita faham agensi kerajaan bekerja dari rumah, tak boleh dapat keputusan 'on-the-spot' dan saya tidak salahkan netizen apabila mengatakan kenapa industri seni nak dapat keutamaan? 


"Kita adalah suara akar umbi iaitu persatuan seni daripada ahli, kita mengangkat isu mengikut saluran yang betul dan kami memohon pihak tertentu supaya kita tak lagi buat keputusan berbolak-balik,” akhiri beliau.


Turut menyokong, Rashid Sibir menambahkata, beliau bukan mahu menyalahkan sesiapa tetapi mahu memberi lebih kefahaman bahawa golongan seni ketika ini sedang tenat.


Kita memang nak minta 'shooting' supaya boleh bagi makan pada keluarga. Bukan nak merayu atau merintih sangat-sangat, kita anak seni ada cara sendiri. Jadi, saya berasakan selepas ditutup 120 hari lebih kurang sejak Mei, kita seharusnya dilepaskan berkerja,” ujar Rashid.


Jelas beliau jika Jepun berjaya buat sukan Olimpik dengan SOP yang ditetapkan, apa salahnya kita belajar daripada mereka, kebaikan yang mereka lakukan, bagaimana mereka mengawal SOP dan menjaga atlet berpuluh ribu terlibat.


“Maaf cakap, Jepun berjaya dilakukanny sedangkan kita hanya 20 orang dalam satu set penggambaran susah dilepaskan untuk bekerja," tambahnya. 


Rashid berpendapat SOP ditetapkan ketika ini terlalu ketat untuk penggiat seni seperti 'nak bagi tapi tak nak bagi' dan ia adalah suatu tindakan kejam pada anak seni yang mencari rezeki. 



"Saya meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang terlalu meletakkan SOP ketat hingga dikatakan FINAS tidak boleh lawan, apa perlu kita buat. Anak seni bagi letak apapun kita boleh ikut tapi jangan sampai jerat leher kita sendiri untuk bekerja. 


"Saya kali ini berasa amat kecewa kerana tidak dapat membantu ramai orang. PKP kali ini terlalu sesak dan nazak, apabila saya mendapat telefon dan mesej daripada kru, pelakon dan semua bertanya kenapalah susah nak benarkan kita semua bekerja," katanya. 


Akuinya, SOP yang dikeluarkan amat ketat dan penggiat seni faham serta akur pandemik COVID-19 ada di mana-mana. 


"Bukan kita nak langgar SOP tapi nak cari rezeki pun payah nak dilepaskan. Jika AstraZeneca kena tunggu 2 bulan, apa salah diwajibkan 'swab test' seperti sebelum ini sebelum 'shooting'. 


"Pada saya dulu kita buat 'swab test' tahan 3 bulan, sekarang kos ditanggung produser. Pada stesen TV naik la harga supaya kami boleh tidur lena, semua orang harus mempermudahkan kehidupan masing-masing, hidup singkat biar memberi makna pada orang lain," katanya. 


Baginya, syarat SOP mewajibkan 2 vaksin tidak memberi masalah untuk dipatuhi tetapi syarat itu lambat dimaklumkan pada penggiat seni. 



#FDAM #PenggiatSeni #MKN #SOP #FINAS #OlimpikTokyo2020 #PKP3.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan