Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

12 PESERTA LAYAK CALON 'COF LOCKSTAR'. TIADA ARTIS TERPILIH!



PROGRAM
realiti nyanyian dalam talian yang pertama kali diperkenalkan oleh syarikat rakaman COF Music bulan lalu, 'COF Lockstar' menerima lebih 2,000 penyertaan namun hanya 12 peserta terbaik layar ke peringkat seterusnya.


Di antara mereka itu terdiri dari kalangan artis yang telah mencipta nama namun penyertaan mereka terpaksa dibatalkan. 


Dah kenapa?


“Daripada 2,000 video itu, ada juga artis yang hantar. Tapi, disebabkan mereka terikat kontrak dengan syarikat rakaman, jadi kita tak boleh terima. Sebab antara syarat penyertaan adalah bergerak sendiri," jawab Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim.


Sehubungan itu, 'COF Lockstar' yang bermatlamat melahirkan penyanyi baharu bersandarkan pada bakat dan kualiti berjaya memilih 12 peserta terbaik layak ke peringkat seterusnya.


“Jadi, 12 peserta yang terpilih ini memang semua segar, wajah baharu tapi mempunyai bakat luar biasa. Dalam masa sama, kebanyakan mereka ini juga lebih suka berkongsi bakat dimiliki di media sosial seperti membuat nyanyian semula lagu atau ‘cover version’," jelas Aman.


Menurutnya, cabaran besar buat beliau dan seluruh pasukan dalam menjayakan program realiti ini tentulah disebabkan sepenuhnya sesi pencarian diadakan secara dalam talian.


“Apa saya boleh katakan, ini program realiti pertama yang sepenuhnya dibuat secara virtual atau dalam talian. Sudah tentu memberikan cabaran tersendiri pada pasukan produksi terutama dari segi nak mencari kualiti peserta," akui Aman.

Tambahnya, lebih 2,000 video yang diterima perlu dinilai terlebih dahulu oleh juri profesional sebelum memilih 12 yang terbaik. 

Lima penyanyi terkenal tanah air yang terbabit selaku juri profesional terdiri daripsda Hazama, Akim Ahmad, Black Hanifah, Tomok dan Altimet, sementara, Ajak bertindak selaku hos program dan komposer, Pown Hasril sebagai Pengarah Music.

“Paling penting, pemilihan 12 peserta itu dinilai oleh barisan juri profesional sekali gus memberi nilai tambah pada kualiti mereka,” katanya.


Daripada 12 peserta itu, satu peserta berkumpulan, satu secara trio, tiga rappers dan selebihnya solo.


Dan daripada jumlah itu, lima atau enam peserta akan berentap pada peringkat akhir iaitu pada minggu kelima. 

Selebihnya akan melalui proses penyingkiran dari minggu pertama sehingga empat.

Hadiah pemenang meliputi tempat pertama bernilai RM50,000, merangkumi hadiah wang tunai RM8,888, trofi dan kontrak bersama COF Music.


Tempat kedua, membawa pulang RM5,555 beserta trofi dan pemenang tempat ketiga meraih RM3,333 beserta trofi. 


Sementara itu turut disediakan dua kategori iaitu 'Most Creative' dan 'Most Viewers' yang masing-masing membawa pulang RM1,000 dan trofi.


Berita berkaitan sila KLIK SINI


Untuk maklumat, persembahan mingguan telah mula ditayangkan secara Live Stream pada Sabtu, 28 Ogos, jam 9 malam lalu di Youtube & Facebook COF Music.


#COFLockstar #COFMusic #ProgramRealitiHiburanPertama #ArtisTempatan


Tiada ulasan: