Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TEKA SUARA ARTIS SIAPA SEBUT 'I-ERA'. MENANGI HADIAH WANG TUNAI



DALAM
tempoh pelbagai kesukaran yang dihadapi baik kehilangan pekerjaan mahu pun terpaksa  menggulung tikar perniagaan atau apa sahaja yang tidak mendatangkan hasil pendapatan selama dua tahun berdepan pandemik COVID-19, tentulah ia satu beban berat dipukul bahu yang menanggung.


Sehubungan itu, tidak syak lagi apa pun yang datang bergolek di hadapan mata waima perlu sertai pertandingan yang menawarkan wang tunai sekali pun, menjadi rebutan ramai apatah lagi kepada golongan  yang sememangnya. gemar masuk bertanding apa sahaha peraduan yang ada.


Walau pun menyertai sebarang pertandingan atau yang seangkatan dengannya itu boleh diibaratkan sebagai memperoleh ‘durian runtuh’ atau pun ‘easy money’ kata orang putih tetapi tidak semudah itu kerana jika tiada rezeki, buatlah sebaik mana pun, akan tetap berputih mata. 


Duit dalam tangan pun boleh melayang inikan pula yang belum pasti milik kita, betul tak?


Pun begitu, tidak salah mencuba nasib kan kerana tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kecuali yang Maha Esa jua.


Antara yang sering menjadi tumpuan ramai merupakan peraduan-peraduan yang dianjurkan stesen radio popular ERA. 


Banyak sudah kita dengar peraduan-peraduan ysng diperkenalkan oleh stesen milik Astro Rsdio yang menggunakan cogan kata, ‘Muzik Hit Terbaik’ ini.


Terbaharu, bermula semslam, 23 Ogos 2021 , ERA menganjurkan Peraduan I-ERA' ysng memberi peluang kepada pendengar setianya membawa pulang wang tunai bernilai RM150 dalam setiap pusingan.


Sesungguhnya, pada tempoh waktu sukar sekarang, RM150 pun dikira besar dan rezeki jika menang kan. Siapa tak nak duit.?


Peraduan ‘I-ERA’ dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas namun peserta perlu mendengarkan ERA menerusi aplikasi SYOK atau di udara untuk mendapatkan maklumat sebelum menyertai peraduan ini. 


Setiap peraduan pula sudah tentu ada syaratnya.  Dan  sysrat untuk menyertai peraduan ‘I-ERA’ di udsra meliputi berikut:


Perserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

Personaliti ERA akan memainkan suara selebriti yang menyebut perkataan ‘I-ERA’

Peserta perlu meneka suara selebriti tersebut dengan jawapan yang betul

Setiap jawapan yang betul akan berjaya membawa pulang wang tunai RM150 dan nilai tersebut akan digandakan untuk jawapan yang salah.


Dan bagi memudahkan, peserta boleh mendapatkan pembayang menerusi laman media sosial Facebook dan Instagram ERA mahupun memperoleh  maklumat lanjut menerusi laman rasmi ERA.


Good luck semua, mana tahu anda berjaya menang lebih daripada RM150 apabila wang itu digandakan setiap pusingan bila tiada tekaan yang berjaya. 


Suara selebriti mana agaknya yang memulakan cabaran 'I-ERA' ini ya?



#I-ERA #AstroRadio #Peraduan #SuaraSelebriti #ERA #StesenRadio #Menang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan