Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'MAAFKAN KAMI, PUTRI ARIANI TIDAK BERSALAH', MEGATIX HARGAI MEDIA!


SALAH SIAPA


Itu persoalan yang bukan sahaja bermain dalam fikiran pihak media tetapi turut menjadi tanda tanya penganjur Konsert Walkerworld Tour 2024, Megatix Sdn Bhd., apabila berlaku salah faham sewaktu sidang media bersama penyanyi Indonesia, Putri Ariani di mana bintang terkenal itu ‘menghilang’ meninggalkan media yang hadir ‘tersidai’ lebih kurang 2 jam tanpa kelibatnya.


Susulan hampir sebahagian besar akhbar perdana tempatan melaporkan sikap tidak profesional Putri Ariani yang membiarkan media ternanti-nanti, Megatix  tampil memohon maaf atas kejadian tersebut.


“Saya mohon berbanyak-banyak maaf kerana waktu itu saya pula tiada pada majlis tersebut kerana terpaksa keluar seketika dan membiarkan pihak ketiga yang telah dilantik menerusikan agenda. Tidak sangka insiden ini pula yang terjadi, “ ujar Pengarah Urusan Megatix Malaysia, Ridzuan Mohammad, ketika ditemui pada sesi minum petang sembang santai bersama Megatix di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam.


Pertemuan tersebut bukan sahaja diadakan bagi membuat permohanan maaf serta menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang berlaku sehingga tular di media sosial  tetapi  juga diadakan bagi meraikan  Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang kebetulan disambut baru-baru ini waima Megatix sentiasa menghargai tugas rakan media dan sokongan berterusan yang diberi terhadap mereka.


RIDZUAN bersama Shariffah Maznee pada sidang media semalam.


Turut hadir Pengerusi Bukan Eksekutif Megatix, Datuk Shariffah Maznee Al-Attas Hj Syed Noor Osman.


Enggan memanjangkan isu tersebut dan mengeruhkan lagi keadaan,  Ridzuan memaklumkan pihaknya bersepakat untuk memperbaiknya secara dalaman.


“Insiden itu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan kepada Putri Ariani dan adalah tidak adil untuk menyalahkan beliau kerana kesilapan yang berlaku bukanlah kehendaknya tetapi disebabkan oleh salah faham.


“Dan saya juga tidak mahu menudingkan jari kepada sesiapa kerana puncanya tidak dapat dikenal pasti. Bukan salah Putri Ariani sehingga dia dikecam dalam sosial media,” tambah Ridzuan.


Menurut beliau lagi, sebagaimana semua maklum, bintang yang mencetuskan fenomena di pentas antarabangsa, “America's Got Talent’ itu yang menerima Gold Buzzer daripada Simon Cowell adalah seorang insan istimewa yang mempunyai personaliti yang positif, periang dan lembut hatinya.



“Saya khuatir kecaman netizen boleh   menyebabkan emosi beliau terganggu seterusnya menjejaskan persembahannya kelak apatah lagi insiden itu bukan salahnya tetapi telah dipersalahkan,” jelas Ridzuan sambil berkali-kali memohon kemaafaan daripada pihak media agar 'buang yang keruh, ambil yang jernih'.


Tambah beliau, pihaknya menyanjung dan menghargai kerjaya wartawan malah sedar insiden yang tidak disengajakan itu mengguris hati rakan media.


“Kami sangat menyesali apa yang berlaku dan sedar ia adalah atas khilaf kami. Sekali lagi kami memohon seribu kemaafan diatas ketidaksempurnaan serta profesionalisma yang terjadi semasa sidang media baru-baru ini,” ujar Ridzuan mengharapkan rakan media akan terus memberikan sokongan kepada Megatix dan sedia menerima penjelasan maaf yang dibuat.


THROWBACK... sidang media Konsert Walkerworld Tour 2024 yang dihadiri Putri Ariani dan Alan Walker baru-baru ini.


Megatix juga mengambil iktibar dan teladan dalam pengurusan acara pada masa hadapan dan bersedia menerima teguran mahu pun nasihat rakan media.


'Saya berharap dengan penjelasan ini dapat membuka lembaran baharu antara Megatix dan media, seterusnya membuka lebih banyak peluang buat media mahu pun artis tempatan, untuk kita terus melangkah ke hadapan demi memartabatkan industri muzik tanah air," harapan Ridzuan.


Untuk makluman, Putri Ariani akan bersama konsert jelajah Alan Walker, “Walker World Tour 2024’ yang akan diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 22 Jun ini.


Pada konsert berkenaan, Alan Walker yang merupakan seorang deejay dan produser muzik EDM yang terkenal dengan rupa bertopengnya bukan sahaja akan tampil bersama Putri Ariani tetapi turut disertai artis jemputan lainnya iaitu Robin Packalen dan Sofiloud.


SOFILOUD (kiri) dan Robin Packalen akan bersama Alan Walker dan Putri Ariani pada konsert Walkerworld Tour pada 22 Jun nanti.


Sebahagian daripada jualan tiket yang dijual pada harga RM189 dan RM289 dilaporkan akan disalurkan kepada NGO Family of Charity yang juga merupakan rakan strategik kepada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.


Bagi yang berhajat menonton konsert anda boleh mendapatkan diskaun dengan mendaftar melalui LINK INI.


Ditanya adakah kontroversi yang melanda memberi kesan pada jualan tiket, jawab Ridzwan, “Alhamdullilah, setekat ini jualan tiket memberangsangkan dan meningkat 80 peratus”.



Pada majlis yang berlangsung santai dan mesra turut diraikan dengan acara memotong dua biji kek yang tertera “Hawana 2024’ ikhlas dari Megatix sebagai tanda penghargaan syarikat yang juga mempunyai pejabat di Australia itu kepada media Malaysia.


Khabarnya. pada bulan September depan, Megatix akan tampil sekali lagi menganjurkan sebuah pementasan tarian balet terkenal serta beberapa lagi konsert artis antarabangsa dalam perancangan.


Untuk rekod, pada tahun lalu, Megatix telah menganjurkan pementasan tarian balet klasik Freed Ballet : Masterpiece of World-Class Classical Music and Ballet’, dipersembahkan bersama karya muzik klasik oleh pemuzik bertaraf dunia berlangsung di pentas berprestij, Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.




Kak Fas: Walaupun pertama kali bertemu tetapi terasa macam dah lama mengenali waima daripada bosnya hingga kepada staff Megatix semua mesra dan mudah didekati... jadi terfikir macam mana boleh berlaku insiden macam tu ya kecuali jika ada pihak tertentu yang sengaja mahu 'sabo...' kata orang... wallahhualam!



#Megatix #KonsertWalkerWalkTour2024 #AlanWarker #PutriAriani #HAWANA #fyp


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan