Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO LANCAR 10 SALURAN BAHARU

Pelanggan setia salurran tv berbayar, Astro akan menikmati lebih pilihan dengan tambahan 10 saluran baharu Astro yang dilancarkan baru-baru ini bertempat di Soju, Sunway di mana penonton boleh melayarinya bermula 16 November 2014 ini, mengandungi 8 buah saluran berdefintkan demikainggi (HD) dan dua saluran definisi standard (SD).

Mengumumkan demikain, Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro, memberitahu saluran-saluran tersebut meliputi FOX, Family Movies HD (saluran 434), FOX Action Movies HD (430), HITS HD (720), FYI HD (736), Astro AEC HD (306), Astro Shuang Xing HD (307), DIVA HD (723) dan FOX HD (724) manakala saluran SD boleh ditonton di saluran ZooMoo (619) dan Celestial Classic Movies di saluran 321
.

Dengan penambahan 10 buah saluran berkenaan ia menjadikan jumlah keseluruhan 48 buah saluran HD berbanding dengan hanya empat saluran Astro HD sewaktu dilancarkan pada 2009.

"Ini bermakna pelanggan Astro kini mempunyai pilihan lebih 180 buah saluran yang ditawarkan menerusi pelbagai pakej menari," ujar Henry Tan selanjutnya. Turut hadir pada majlis berwarna warni dengan gimik ala 'Star Wars' itu terdiri daripada Dato Rohana Rozhan, CEO Astro, dan Liew Swee Lin, CCO Astro,

Memeriahkan lagi majlis pelancaran beberapa tetamu kehormat lain seperti Joon Lee, Pengarah Urusan Hong Kong & Southeast Asia di FOX International Channels; Avi Himatsinghani, Pengasas & CEO Rewind Networks; Christine Felowers, Pengarah Urusan, Asia-Pacific, Universal Networks International; Michele Schofield, Naib Presiden Kanan, Program & Pemasaran A+E Networks Asia; David Haslingden, CEO dan Pengasas ZooMoo dan Ofanny Choi selaku Naib Presiden Eksekutif TV Networks, Celestial Tiger Entertainment.

Henry Tan (pix, kanan)  turut mengumumkan, buat pertama kalinya, Astro menawarkan kandungan video atas permintaan (VOD) Astro Plus, yang mengandungi lebih seribu jam tayangan filem Hollywood, program televisyen dari Amerika Syarikat dalam musim lengkap dan rancangan untuk kanak-kanak.


Sehubungan itu, pelanggan cuma perlu mempunyai sambungan internet menerusi Rakaman Video Peribadi (PVR) atau Astro on-the-Go  untuk menonton kesemua program kegemaran mengikut keinginan, masa, tempat dan keselesaan mereka samada menerusi televisyen, komputer peribadi atau tablet mahu pun telefon bimbit.

Selain itu, Astro turut melancarkan dua pakej baharu iaitu Fans Pack (Value Pack 4) dan Astro Super Pack Plus yang menawarkan lebih pilihan dan nilai kepada pelanggan mengikut pilihan pakej mereka.

Fans Pack boleh dilanggani dengan bayaran RM99 sebulan bakal menarik peminat sukan yang gemar tayangan berbentuk HD di samping berpeluang menonton kandungan hiburan terbaik tempatan dan Asia.

Astro Super Pack Plus pula yang bermula dengan RM178 menawarkan perkhidmatan video atas permintaan terbaharu, Astro Plus, pilihan pek premium seperti Mustika, Dynasty, Astro on Demand, Astro Box Office, Maharaja dan Chakravathy serta saluran seperti A-List dan termasuk akses Astro's Listen dan perkhidmatan digital Read dan Play.

Mereka juga mampu menikmati pratonton secara percuma kepada semua perkhidmatan dan saluran Astro Super Pack Plus bermula 1 Disember 2014 hingga hujung Februari 2015

Sementara itu, yuran HD juga akan dinaikkan dari RM20 ke RM25 bermula 1 Disember 2014 ini Ia merupakan kenaikan pertama yuran perkhidmatan HD sejak diperkenalkan lima tahun lalu. Dengan itu berula 16 November ini sehingga penghujung Februari 2015, kesemua pelanggan Astro HD akan menikmati pratonton percuma ke semua saluran HD dan SD baharu termasuk capaian kepada Astro on-the-Go bermula 1 Disember hingga penghujung Februari 2015.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan