Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DIANA DANIELLE 'TANGANI ALIRAN TIDAK DIDUGA' DENGAN SUAMI



Setiap wanita pada setiap bulan tidak terkecuali akan mengalami masa yang dipanggil sebagai 'datang bulan' atau bahasa Inggeris yang mudah difahami semua - 'Period'. 

Bagi sesetengah wanita, saat itu akan menganggu emosi masing-masing malah ada yang mengalami sesugut dan pelbagai lagi masalah dalaman malah cara masing-masing mengatasinya  berbeza.

Perlindungan semasa haid amat penting bagi wanita bukan sahaja untuk menghalang kebocoran tetapi menangani aliran tidak diduga atau dalam bahasa Inggerisnya "Beat the Gush'. Malah dengan wujudnya pelbagai produk tuala wanita di pasaran, kita perlu berhati-hati untuk memilih yang mana sesuai khususnya jika berlaku aliran tidak di duga pada ketika anda menjalani rutin yang penting.

Dalam usaha menangani masalah 'aliran tidak diduga', Kotex memperkenalkan rangkaian Kotex Soft & Smooth' baharu  di samping melancarkan kempen 'Beat the Gush' di mana pelancarannya berlangsung baru-baru ini dengan kehadiran artis dan personaliti terkenal, antaranya Diana Danielle dan Low Ngai Yen (pix atas, kiri) dari pertubuhan Women, girls.

"Kotex dapat menawarkan penyelesaian kepada  masalah umum ini dengan Kotex Soft & Smooth baharu supaya kaum wanita dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih yakin," ujar Aileen See, Pengurus Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia pada majlis pelancaran berkenaan.

Tambahnya, sebagai peneraju dalam penjagaan wanita, Kotex amat memahami bahawa setiap wanita pasti mengalami 'aliran tidak diduga' dan ia sedikit sebanyak menganggu aktiviti bersama teman-teman, tugasan penting atau masa bersama keluarga.

"Kesimpulannya wanita yang berkeyakinan tidak akan membiarkan diri terhalang dari mana-mana rintangan hidup dan sekarang Kotex Soft & Smooth baharu dapat membantu mengatasi salah satu rintangan tersebut," tambah Aileen (pix, kanan).

Diana Danielle dalam perbualannya berpendapat masalah yang dialami setiap wanita pada setiap bulan itu harus dikongsi bersama kaum lelaki terutamanya para suami.


"Saya gembira apabila suami memahami situasi ketika saya mengalami datang bulan di mana dia sudi pergi ke kedai untuk membeli tuala wanita memandangkan saya tengah sakit," ujar Diana  (kiri) senyum.
.
Tambahnya, menghadapi saat 'aliran tidak diduga' pasti memberikan kekusutan untuk beberapa jam, hari atau berminggu-minggu.

"Walau pun begitu saya percaya kita mampu terus kuat dan dapat mengharungi apa sahaja, terutama sekali dengan sokongan orang tersayang," sambung Diana.

Pengasas dan Presiden WOMEN.girls, Low Ngai Yuen yang bersetuju dengan pendapat Diana bahawa bercakap mengenai 'datang bulan' bukan lagi satu taboo untuk dibincangkan tetapi perlu diketahui umum baik kaum lelaki sekali pun.

"Saya sentiasa menyokong sebarang kempen untuk memperkatakan keyakinan golongan wanita dan menjadi dorongan kepada wanita Malaysia di semua peringkat umur, memandangkan kita semua mempunyai kekuatan dalaman serta rasa simpati yang mendalam. Kita hanya memerlukan satu landasan untuk mengutarakan isi hati kita dan melakukan perubahan positif dalam kehidupan kita dan wanita lain," ujar Low.

Rangkaian Kotex Soft & Smooth yang baharu menampilkan ciri-ciri seperti:

  • Rapid Absorb Care untuk membantu menyerap aliran banyak terus dari sumber untuk perlindungan maksimum dalam apa jua situasi
  • Lapiran Micro-Dri Cover dengan lebih daripada 3,000 lubang mikro untuk penyerapan yang lebih pantas dan berkesan
  • Infinity Lock System dengan rekaan pengadang dan alur dalam, memberikan perlindungan kebocoran sekeliling




Tiada ulasan:

Catat Ulasan