Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NORA DANISH POTRET KEAYUAN SAFI RANIA GOLD



Ingin sentiasa kelihatan  awet muda seperti pelakon jelita yang sentiasa nampak remaja, Nora Danish?

Barangkali anda perlu mencuba Safi Rania Gold sebagaimana yang digunakan oleh Nora Danish di mana beliau mengakui bahawa hanya dalam masa tiga minggu mencubanya beliau sudah dapat merasakan perubahan pada raut wajahnya.

"Perubahan ketara yang saya rasakan adalah kulit lebih anjal, kelihatan bermaya, cerah sekali gus memperlihatkan raut wajah remaja malah kelembapan kulit juga dapat dirasakan."

Nora memberitahu demikian sebaik melancarkan produk terbaharu SAFI RANIA GOLD  yang diperkayakan dengan manfaat Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera.

Majlis pelancaran berlangsung penuh glamor dengan Nora diusung masuk bagaikan 'Cleopatra' ke Dewan Utama Hotel Royal Chulan Damansara diiringi para dayang dan pahlawan gagah.



Membicara lanjut kata Nora:

"SAFI RANIA GOLD amat istimewa buat saya kerana ia memahami keperluan kulit wanita seusia saya dengan seleksi produk lengkap setiap satu dengan manfaat tambahan yang merawat masalah penuaan dengan khusus. Setiap satunya menjanjikan pengalaman kecantikan emas yang unik”.



“Tunggak kecantikan saya adalah empat produk SAFI RANIA GOLD yang setiap wanita juga harus ada, Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD membersihkan sisa kotoran pada kulit muka dengan berkesan diperhebat dengan manfaat KARNOSIN yang melindungi kulit dari radikal bebas, membuatkan kulit cerah dan sekata. Ia turut memberikan kelembapan dan kesegaran berpanjangan”.


"Oh ya! Mana mungkin saya lupakan kunci kecantikan emas saya!, selepas membersihkan wajah, jangan lupa untuk memakai Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD dengan lebih 50X BIO NANO EMAS 24K bersama kombinasi PROTEIN SUTERA. Gunakan serum pada muka dan leher anda, pastikan ia disapu pada urutan keatas. Ia mengandungi molekul yang lebih kecil dan efektif menyerap jauh ke dalam kulit untuk merangsang sintesis kolagen agar tanda penuaan pramatang diperlahankan sambil memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah.

 “Selepas pengunaan serum, pastikan anda memakai Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan perlindungan  SPF25PA++ diperhebatkan  dengan LIGHT DIFFUSING CRYSTALS yang mampu mengimbangkan tona kulit, justeru kulit tidak kelihatan pucat atau kekuningan.

“Pada sebelah malam oleskan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD dengan manfaat PHYTO-SLC- krim bergel tanpa kesan melekit. Ia memulih, mencerah dan menganjalkan kulit dengan meningkatkan aktiviti sel serta penghasilan kolagen”, tambah Nora penuh yakin.

Turut hadir bersama pelancaran berkenaan ialah Pengarah Urusan Wipro Unza (M) Sdn Bhd dan Pengurus Kumpulan Produk Safi, Puan Mahsuri Sulaiman yang turut memberikan penerangan mengenai produk terbaharu SAFI RANIA GOLD.



Kembara cantik SAFI membawakan anda  inovasi kecantikan anti penuaan dari SAFI jenama halal no.1 Malaysia yang lebih berkesan bagi menzahirkan raut wajah lebih remaja dan cerah. Berikan nafas baru kepada wajah anda dan abadikan kejelitaan dengan SAFI RANIA GOLD rangkaian produk anti penuaan yang diperkaya dengan manfaat Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera.

Kombinasi hebat kedua-dua bahan aktif ini amat penting dalam menggalakkan penghasilan kolagen I dan Kolagen III agar kulit lebih anjal, malah mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara. Protein sutera juga diperkaya dengan 18 jenis asid amino yang membentuk lapisan perlindungan kulit serta merupakan ejen anti oksidan yang hebat.

Formulasi unik rangkaian  SAFI RANIA GOLD ini meresap ke dalam lapisan dermis kulit untuk merangsang proses sintesis kolagen, mengunci lembapan pada bahagian paling dasar kulit sekaligus menyegarkan  dan menganjalkan sel-sel kulit.


“Kami memahami impian setiap wanita yang mahu sebuah rangkaian produk anti penuaan yang bukan sahaja dirumus khusus untuk menangani masalah penuaan malah mencerah dan meremajakan kulit. SAFI RANIA GOLD merealisasikan impian itu di dalam variasi produknya setiap satu dengan manfaat tambahan tersendiri dalam mengatasi masalah penuaan," jelas Mahsuri.

Tambah beliau lagi “berdasarkan hasil ujian klinikal yang dijalankan oleh Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd, generasi terbaru SAFI RANIA GOLD ini menjadikan kulit sekurang-kurangnya 5 tahun lebih muda dalam masa 4 minggu berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan keatas 50 orang wanita Malaysia . Ini adalah komitmen kami kepada anda para wanita SAFI”.

“Dewasa ini, wanita terdedah kepada masalah penuaan pada usia yang muda lanjutan faktor biologi dan persekitaran. Kami mahu para wanita SAFI kekal remaja untuk lebih lama, oleh itu ayuh mulakan dari awal. Perkasakan rejim anti penuaan anda bersama SAFI RANIA GOLD seawal usia 26 tahun”, tambah beliau selanjutnya.

Dilancarkan pada tahun 2009, ia dipasarkan  sebagai produk anti penuaan kontemporari seiring kehendak syarak buat  para pengguna SAFI. Generasi terbaru SAFI RANIA GOLD ini hadir hebat dengan 12 seleksi produk lengkap rejim kecantikan anti penuaan anda. Manfaat khusus di dalam setiap variasi produk masing-masing diformulasi khusus untuk menangani masalah penuaan.

Menyempurnakan kehadiran produk anti penuaan bingkisan emas ini, pelantikan “Ratu Rania” SAFI RANIA GOLD -  Nora Danish, jelas Mahsuri adalah potret keayuaan kontemporari wanita kini. Tersimpul keayuaan dan santun wanita melayu dalam estetika moden gaya beliau. Mempesona dan berkeyakinan, pelakon dan ibu ini adalah inspirasi wanita seusia dan pasti raut wajah remaja manfaat emas SAFI RANIA GOLD beliau pasti dimiliki kita bersama

Ayuh mulakan awal, abadikan kejelitaan  bersama SAFI  RANIA GOLD! Perhebat pesona dirimu dengan raut wajah remaja dan cerah.  Bersama-sama kita abadikan kejelitaan.

Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI RANIA GOLD sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan