Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DAI PENDAKWAH NUSANTARA BERMULA 31 JULAI INI


11 peserta Da’i sudah diumumkan!

Mereka berkenaan terdiri daripada Da’i Niezal, Da’i Syed, Da’i Azrin, Da’i Nasrul, Da’i Saiful, Da’i Hazman, Da’i Irfan, Da’i Daeng, Da’i Ahmed, Da’i Aishah dan Da’i Aini.

Kini sudah tiba masanya untuk mereka  berentap di  pentas Da’i Pendakwah Nusantara bermula 31 Julai 2016 ini, bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Apakah persediaan yang telah dijalankan oleh Datuk Ustaz Kazim Elias (mursyid), Ustaz Zul Ramli dan Dr. Robiah K. Hamzah (murabbi) untuk persembahan pertama para Da’i?

Milik siapakah juara Da’i Pendakwah Nusantara untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta sebuah trofi?

Segalanya akan terjawab apabila anda mengikuti siarannya bermula Ahad ini dan seterusnya sehingga episod terakhir.