Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'SKIPTRACE' DARI JACKIE CHAN MULAI 21 JULAI 2016


Semalam, buat pertama kalinya di bulan Syawal, baharulah Kak Fas dapat peluang menonton prebiu filem. Itu pu n kerana pelakonnya yang Kak Fas minat dan kagumi iaitu Jackie Chan.

Setiap kali menonton filem aktor dari Cina ini Kak Fas memang terasa 'tense' apatah lagi melihat aksi Jackie Chan yang ligat dan kuat dalam usianya kini.

Terbaharu filem 'Skiptrace' menyaksikan aksi lincah Jackie Chan sekali lagi dalam melawan musuh-musuhnya dan kali ini beliau bergandingan bersama pelakon Amerika, Johnny Knoxville.


Kedua-dua pelakon ini sudah pun berusia namun kepantasan dan aksi mereka membuatkan orang muda pun rasanya tak sekuat itu haha....

Menariknya cerita Jackie Chan, ia bukan sahaja menampilkan aksi lawan yang hebat namun filem-filemnya turut mendedahkan kepada penonton keindahan dunia.

Menyaksikan "Skiptrace' juga tidak terkecuali di mana penonton seolah bersama-sama merantau ke pelusuk dunia dan kali ini ke Rusia, Mongolia malah dapat juga melihat budaya orang-orang Mongoloan melalui filem ini.

Kak Fas  tak nak cerita panjang tetapi eloklah mereka yang memiati filem aksi Jackie Chan menandakan tarikh tayangan filem ini yang akan berada di pawagam bermula 21 Julai ini.

Anda pasti tidak kecewa... jom wayang!

Nak baca lanjut mengenai barisan pelakon dan sinopsis filem ini semak ruangan 'Sinema' dalam blog ini ya....