Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RUMAH TERBUKA JoHaRa MERIAH


Seperti tahun-tahun lalu, JoHaRa Pagi ERA tidak pernah jemu untuk menceriakan pagi anda! 

Baru-baru ini, mereka telah menganjurkan siaran luar Rumah Terbuka JoHaRa persis tahun –tahun lalu.

Pada hari tersebut, JoHaRa meraikan 40 tetamu istimewa dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama-sama mereka.



Rumah Terbuka JoHaRa yang dianjurkan secara sederhana bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim bersama para artis, tetamu istimewa dan juga pihak media dalam meraikan Aidilfitri.

Bertempat di Suka Sucre Cafe, acara turut dimeriahkan dengan barisan artis tempatan yang semestinya menceriakan suasana,  antaranya Siti Nurdiana, Forteen, Syamel AF, Sufi AF , Wani Kyrie, Achey, dan ramai lagi!


Menurut Pengurusan Kanan Kandungan ERA fm, Nazri Noran:

“Setiap tahun stesen kami cuba mencari kelainan dengan mengadakan aktiviti yang rapat di jiwa pendengar. Syawal tahun ini, kami memilih untuk menganjurkan Rumah Terbuka JoHaRa bersama anak-anak istimewa yang seharusnya kita raikan. Harapan kami, agar acara sebegini dapat diteruskan supaya ikatan silaturahim keluarga ERA fm bersama para artis, masyarakat setempat menjadi lebih rapat."

Pengemudi JoHaRa, Johan, Haniff dan Ray  membuatkan tetamu yang hadir tidak kering gusi menyaksikan telatah mereka yang lucu!