Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SESI UJI BAKAT AF 2016 BERMULA 15 JULAI INI


Sambutan Hari Raya sudah pun berlalu walau pun selama sebulan pada bulan Syawal ini, rata-rata yang menyambutnya akan terus menganjurkan rumah terbuka Hari Raya.

Pun begitu bagi peminat seni suara yang tidak sabar untuk menyertai pertandingan program realiti 'Akademi Fantasia 2016' pastinya tidak sabar-sabar untuk menghadiri sesi uji bakat yang telah pun ditetapkan berlangsung  selama tiga hari pada  15 hingga 17 Julai ini  di The Boulevard - St Premier Hotel, Mid Valley Kuala Lumpur.

Sepanjang sesi uji bakat itu, tenaga pengajar yang telah dilantik tahun ini terdiri daripada Edry Abdul Halim (Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine (Guru Tarian & Koreografi),  Shahrolbahri bertindak sebagai Guru Vokal manakala dua wajah baru, Mas Idayu (Guru Persembahan Vokal) dan Ellie Suriaty Omar (Guru Seni Persembahan) akan sekali gus  bertindak sebagai juri tetap pemilihan.



Seperti kata Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad ketika sidang taklimat AF 2016 pada media baru-baru ini, AF akan mengekalkan format sama.

"Cuma istimewanya kali ini juri yang memilih peserta itu sendiri," jelasnya.

Menurut Raqim, kelainan itu bagi membolehkan kesemua tenaga pengajar memilih sendiri peserta berpotensi dalam membimbing dan mempersiapkan mereka bergelar bintang.

Tambah Raqim, tahun ini AF 2016 mengambil pendekatan pro aktif dengan menjalankan uji bakat secara online  di  mana calon peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka di Instagram.

"Peserta yang terpilih akan dipanggil untuk saringan kedua dan menjalani uji bakat di hadapan juri," jelasnya.
,
Penyertaan yang telah pun berakhir 24 Jun lalu  dibuka kepada warganegara Malaysia dan Singapura berusia 18 tahun sehingga 35 tahun dan hanya persembahan solo diterima.

Caranya mudah sahaja, videokan nyanyian anda yang berdurasi 1 minit, muat naik ke akaun Instagram masing-masing dan pastikan akaun aktif dan tidak diprivasikan.

Setiap video yang dimuat naik wajib disertakan dengan hashtag #BakatAF2016 dan hendaklah di tagkan kepada Instagram @AkademiFantasia.

Kesemua peserta yang mempunyai kualiti nyanyian terbaik dan memenuhi kriteria yang dicari akan disenarai pendek dan menyertai uji bakat melalui ‘fast lane’.

Uji bakat ‘fast lane’ ialah peserta yang terpilih dari #BakatAF2016 tidak perlu melalui uji bakat di ‘stage pertama’ sebaliknya akan ke ‘stage kedua’ secara automatik sebelum mara ke peringkat seterusnya.



Tetapi, sekiranya anda sudah terlepas untuk mengirimkan penyertaan secara online,jangan risau anda masih mempunyai peluang untuk sesi uji bakat yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 15 Julai ini sepertimana yang Kak Fas tulis di atas.

Baca syarat penyertaan di bawah ini:

Syarat Ujibakat AF 2016

Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Singapura berumur antara 18 – 35 tahun pada 1 Jun 2016.
Peserta mestilah warganegara Malaysia dan Singapura dan mestilah mempunyai Kad Pengenalan (NRIC) atau Kad Pengenalan Singapura dan/atau pasport.
Satu (1) salinan Kad Pengenalan Malaysia, untuk peserta Malaysia dan Kad Pengenalan Singapura dan/atau Pasport Singapura bagi peserta Singapura
Dua (2) gambar terbaru bersaiz 4R (1 separuh badan, 1 gambar penuh) daripada peserta;
Satu (1) gambar pasport terbaru peserta
Terbuka untuk persembahan Solo

Senarai Lagu Ujibakat AF 2016 Peserta Lelaki

1. Love Yourself- Justin Bieber
2. Hidup dalam Mati- Syamel
3. Dahsyat- Mojo
4. Cinta Tak Keruan- Amigos
5. Pantun Budi- Tan Sri SM Salim
6. Sudah Ku Tahu- Projector Band
7. Sampai Hati- Hazama
8. Potret- Hakim
9. Pawana- Search

Senarai Lagu Ujibakat AF 2016 Peserta Wanita

1. Flashlight- Jessie J
2. Anggapanmu- Ziana Zain
3. Langit Cinta- Dayang Nur Faizah
4. Sakitnya Tu Disini- Cita-Citata
5. Joget Sayang Di Sayang- Anita Sarawak
6. Not For Sale- Stacy
7. Seluruh Cinta- Siti Nur Haliza
8. Pencuri Hati- Ayda Jebat
9. Permata Pemotong Permata- Ella

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Akademi Fantasia.

Akademi Fantasia 2016 bakal bersiaran bermula Ogos depan di Astro Ria.