Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

UCAPAN RAYA DARI 14 ARTIS - JANNA NICK, SHAHRUL RIDZUAN, ZIZAN RAZAK, DAYANG & LAIN2

Assalamualaikum,

Kita sudah pun memasuki 1 Syawal dan yeah dah pun Raya... Seperti Kak Fas rasanya semua kita pernah mengucapkan 'Yeay,... dah Raya" kan terutama ketika pada zaman kanak-kanak dahulu.

Kenangan zaman kanak-kanak rasanya adalah yang paling seronok.... bila menjelangnya Subuh, kita tak sabar-sabar nak bergaya dengan baju baharu. Betul tak?


Indah sungguh apabila difikirkan kembali. Pun begitu, setelah berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri kita juga tidak ketinggalan rasa seronok tetapi seronoknya tentulah berlainan. Jika dahulu kita berhias untuk diri sendiri dibantu ibu tetapi kini kita seronok dan gembira pula apabila melihat gelagat anak-anak dan cucu-cucu bermain riang di Aidil Fitri.

Dan sempena bulan baik ini, Kak Fas ingin menyusun sepuluh jari jemari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang bertinteraksi melalui blog dan sosial media lain - facebook, instagram, twitter dan sebagainya, Kak Fas ada tersalah bicara atau tersalah kata sehingga menyinggung perasaan kalian. Maklumlah, kita ini sebagai manusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan baik sengaja atau tidak sengaja, jadi sekiranya ada yang terasa Kak Fas mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan maaf dzahir dan batin.

Semoga AIdilfitri ini membawa sinar kegembiraan untuk semua pembaca-pembaca setia Kak Fas dan Kak Fas harap sokongan anda tidak berbelah bahagi. Walau pun blog ini tidaklah sehebat dan se popular blog-blog lain namun inilah sahaja sumbangan Kak Fas untuk kalian semua maklumlah selama 28 tahun berkhidmat sebagai wartawan di Utusan Melayu Kak Fas tidak dapat nak buangkan sahaja pena di tangan.

Kak Fas berdoa diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus menyumbangkan penulisan yang boleh menjadikan pembacaan santai anda semua. Doakan Kak Fas ya.

Dan pada kesempatan ini juga, Kak Fas ingin mengucapkan terima kasih pada barisan artis-artis popular yang Kak Fas kenali dan sudi merakamkan ucapan Selamat Hari Raya untuk pembaca Kak Fas di sini.

Mereka yang sempat Kak Fas temui terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Black, WanieMentor, Fatah Amin, Ezatty Abdullah,Fazlina Ahmad Daud, Hafidz Rosli,  Dazrin Kamaruddin, Syukri Yahaya, Shahrul Ridzuan, Janna Nick, Zizan Razak, Jef Sepahtu dan Nur Fathia Latiff.

Terima kasih daun keladi,
Moga lain tahun bertemu kembali
Khas buat peminat sejati
Terimalah ucapan artis pujaan hati...

Selamat Hari Raya, Maaf Dzahir dan Batin kembali!

1. Dayang Nurfaizah - Black

.


2. Wanie Mentor - Fatah Amin




3. Ezatty Abdullah - Fazlina Dato Ahmad Daud




4. Hafidz Rosli - Dazrin Kamaruddin




5. Syukri Yahaya - Shahrul Ridzuan






6. Janna Nick - Zizan Razak





7. Jep Sepahtu - Nur Fathia Latiff