Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

APLIKASI 'TRAQKID' BANTU KESAN KEBERADAAN ANAK2

DARI Kiri : Jasmine,  Rohani, Musa Aman dan Kuan Chee Heng.

Apabila bercakap mengenai keselamatan kanak-kanak, Kak Fas tidak dapat membayangkan betapa pilu dan sedihnya perasaan ibu bapa jika kehilangan anak.

Malah Kak Fas masih terbayang-bayang filem Indonesia bertajuk 'Surat Kecil Untuk Tuhan' lakonan Bunga Citra Lestari yang Kak Fas tonton awal tahun ini mengenai kehidupan kakak beradik yatim piatu, Anton dan Angel diimana keduanya terjebak dalam suatu sindikat yang memanfaatkan anak-anak terlantar untuk menjadi pengemis jalanan.

Bukan sebagai pengemis jalanan sahaja malah kanak-kanak ini dibunuh begitu kejam sekali dan organ dalaman badan mereka diambil untuk jualan.

Memang berlinang air mata Kak Fas tonton filem berkenaan.


Di Malaysia pula, khabarnya empat kanak-kanak hilang setiap hari samada diculik atau mereka melarikan diri kerana paksaan atau mahukan kebebasan malah secara keseluruhannya .seramai 723 kanak-kanak dilaporkan hilang sepanjang tempoh enam bulan pertama, tahun ini.

Isu inilah yang paling merisaukan ibu bapa malah seperti kata  Dato’ Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat:

“Kanak-kanak merupakan aset penting dalam pembangunan negara dan mereka merupakan pewaris kita untuk maju ke hadapan ke fasa pembangunan yang seterusnya. Oleh itu, ia menjadi tugas dan tanggungjawab kolektif semua orang untuk memainkan peranan proaktif dalam melindungi dan memastikan keselamatan kanak-kanak.”

Sehubungan itu, beliau  menggalakkan para ibu bapa untuk mencari kaedah terbaik bagi memastikan keselamatan anak-anak mereka.

"Perkhidmatan 'Traqkid' yang merupakan alat penjejak kanak-kanak berasaskan telefon bimbit pertama di Malaysia adalah sesuatu yang perlu disokong," ujar Rohani yang turut dilantik sebagai penaung 'Traqkid' oleh syarikat pengendalinya,  Knightsbridge Resources Sdn Bhd (Knightsbridge Resources) dan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile).

Kedua-dua syarikat ini bergabung dalam melancarkan 'Traqkid' sekali gus menyaksikan majlis tandatangani MoU di hadapan Dato Seri Rohani serta Pengerusi Lembaga Penasihat TraqKid, Tan Sri Musa Hassan dilaksanakan oleh Pengerusi Knightsbridge Resources, Kuan Chee Heng dan Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee di Royal Lake Club Kuala Lumpur petang tadi.



Aplikasi 'Traqkid' yang dibangunkan sejak enam bulan lalu adalah sebahagian daripada penambahbaikan Program Kepolisan Komuniti bagi membantu ibu bapa mengetahui lokasi anak secara proaktif serta membolehkan mereka mendapat bantuan dari pusat panggilan TraqKid dan anggota Program Kepolisan Komuniti jika berlaku sebarang kecemasan.
Sistem TraqKid berfungsi menerusi kad SIM U Mobile, yang dilengkapi dengan teknologi perkhidmatan lokasi malah penggunaannya sangat mudah dan boleh dilakukan menerusi telefon bimbit atau sebarang alat GSM yang menjadi hosnya.
Dengan adanya 'Traqkid' ia bukan sahaja membantu kanak-kanak, malah juga warga emas yang mengalami dimensia (nyanyuk) atau ahli keluarga yang kurang upaya bagi mengesan mereka apabila memerlukan.


Apa pula kata pengasasnya?

“TraqKid menawarkan ciri-ciri penggunaan yang mudah kepada ibu bapa kerana kesemuanya dapat dilakukan menerusi telefon bimbit. Mereka tidak perlu membeli sebarang aksesori lain kerana teknologi berasaskan SIM yang tertanam dalam kad SIM U Mobile mampu mengesan mana-mana alat GSM yang menjadi hosnya," jawab Kuan Chee Heng..

Tambahnya, dalam situasi kecemasan, ibu bapa boleh mendapatkan bantuan untuk menjejaki anak mereka hanya dengan menekan butang di telefon. Setelah amaran dikeluarkan, Traqkid akan mengarahkan anggotanya untuk ke lokasi terkini di mana anak mereka dikesan


Jasmine Lee dalam ucapan ringkasnya pula menyatakan bahawa U Mobile berbesar hati dapat membantu mewujudkan TraqKid bagi para ibu bapa.

“U Mobile sentiasa berusaha untuk mencipta idea-idea baharu yang memberi manfaat kepada para pelanggan kami. Kami gembira dipilih oleh Knightsbridge Resources sebagai rakan kongsi untuk menawarkan perkhidmatan terbaru ini. Peluang ini juga datang tepat pada masanya memandangkan kami telah menghidupkan spektrum tambahan yang telah diperuntukkan kepada kami oleh pihak kerajaan pada tahun lepas. Dengan rangkaian yang lebih luas, kami dapat memberikan sokongan yang terbaik untuk perkhidmatan ini.”

Sementara itu, Rohani memberi jaminan bahawa Kementerian beliau akan bekerjasama dengan para pemegang kepentingan untuk memastikan pemantauan dan perlindungan yang lebih teliti dilaksanakan menerusi aplikasi telefon bimbit yang diperkenalkan oleh Traqkid.

“Marilah kita bersama-sama  memastikan perkhidmatan ini dapat melindungi anak-anak kita dengan jayanya,” tambahnya.

TraqKid boleh didapati menerusi tempahan awal mulai 1 November 2017. 

Langganan bermula pada harga RM58 setiap bulan dengan U Mobile. Semasa pendaftaran, anda perlu membayar yuran pendahuluan sebanyak RM36 bagi Insurans Kemalangan Peribadi.

Untuk maklumat lanjut, boleh  BANTU  layari www.traqkid.my.


. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan