Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TAHNIAH FAZURA! SELAMAT MENJADI TUNANGAN FATTAH

Pix kredit: Utusan online.

Tahniah! Semoga segalanya dipermudahkan dan perancangan seterusnya berjalan dengan lancar demi membina 'masjid' terindah.


Begitulah harapan dan doa Kak Fas kepada rakan artis yang sudah lama Kak Fas kenali, Nur Fazura Sharifuddin,34 atau lebih mesra disapa seperti nama sendiri Faz (ejaan je lain hihi) yang sudah secara rasmi mengumumkan tali pertunangannya bersama Fattah Amin yang tujuh tahun lebih muda daripadanya.

Inilah yang dikatakan 'cinta itu buta' ... ia tidak mengenal usia.... janji hati dah seiya sekata .. muda atau tua bukan permasalahan lagi apabila jodoh sudah ditakdirkan begitu. Lagi pun Faz kan awet muda... tak nampak pun usia dah 34 tahun.... sama padan je dengan Fattah.

Mereka bertunang pada 13 November lalu sebelum keduanya menunaikan ibadah umrah ke tanah suci.

Walau pun turut mengenali malah pernah menemuramah  Fattah Amin  tetapi tidak selama mengenali Fazura, Kak Fas percaya Fattah seorang pemuda yang matang malah bila ditenung lama-lama mereka mempunyai wajah seiras. Iyalah kata orang, jika pasangan kita mempunyai wajah yang mirip bermakna panjang jodoh mereka.

Kak Fas doakan pasangan sejoli ini cepat-cepat bernikah dan menjadi pasangan suami isteri yang romantis bagaikan pinang dibelah dua.

Fattah pun dah memaklumkan akan bernikah secepat mungkin selepas segala hal ehwal berhubung soal perkahwinan seperti menjalani kursus dan menyediakan dokumentasi selesai.

Lagi cepat lagi bagus kan sebab lama-lama bertunang pun banyak dugaannya...

Apa pun sekali lagi Kak Fas ingin ucapkan tahniah pada Fazura yang satu-satunya artis yang sehingga sekarang Kak Fas ingat lagi pujiannya terhadap artikel 'cover story' yang Kak Fas tulis mengenainya di dalam majalah Perempuan.

Masih ingat kata-katanya, "Faz suka baca penulisan Kak Fariza... terbaik pernah Faz baca.."

Terima kasih Fazura atas ucapan jujur itu... Kak Fas pun tulis dengan ikhlas dan jujur...tiada unsur mengipas dan sewaktu dengannya kerana Kak Fas nampak Fazura seorang artis yang memiliki hati yang bersih, ceria dan jujur dalam setiap perbualannya.

Selamat bertunang Faz...jangan lupa jemput dah la ya... 

Kak Fas tidak dapat hadir pada majlis pengumuman sidang akhbar yang berlangsung petang tadi gara-gara berada di luar kota..... tetapi Kak Fas tetap ikuti setiap perkembangan Fazura...







Tiada ulasan: