Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GUARDIAN SEDIAKAN 50 SET HADIAH KHAS KRISMAS


Kak Fas rasa amat bertuah dilahirkan di bumi Tanah Melayu atau Malaysia amnya... 

Kenapa?

FARA, Kak Fas dan Bee....
Sebab hanya di tanah tumpahnya darah ku ini... Kak Fas dapat merasai dan menikmati pelbagai budaya melalui masyarakat majmuk yang menjadikan Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang harmonis.

Hanya di Malaysia... kita berpeluang meraikan bersama pelbagai perayaan berbilang kaum baik Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali, mahu pun Krismas malah banyak  lagi yang diraikan masyarakat di sebelah Semenanjung Timur.

Terkini dan yang hampir menjelang tentulah sambutan Hari Krismas yang dirayakan oleh penganut Kristian setiap tahun pada 25hb Disember.

Malah Disember bukan sahaja menyaksikan perayaan Krismas tetapi Disember yang merupakan bulan akhir tahun serta bulan cuti persekolahan menjadikan ia satu-satunya bulan yang banyak perayaan terutama sekali sambutan Tahun Baharu.

Memandangkan tidak lama lagi...Krismas akan disambut... rata-rata pusat membeli-belah menghiaskan bangunan masing-masing dan tidak terkecuali juga pelbagai hadiah cantik disediakan.

Iyalah Hari Krismas bukan kah hari pemberian hadiah bagi yang menyambutnya. 

Pertukaran hadiah antara keluarga sudah menjadi satu kemestian pada Hari Krismas. Dan kerana itu jugalah Guardian Malaysia memperkenalkan rangkaian set hadiah istimewa yang menarik seiring dengan trend global terkini bagi memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan produk yang memberi inspirasi untuk musim perayaan yang bakal tiba.


Set-set hadiah eksklusif, berpatutan dan praktikal itu telah diperkenalkan di sebuah jamuan khas bersama media yang dianjurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr Soren Lauridsen dan pasukan pengurusan kanan beliau baru-baru ini.

Tak sangka pula bilik acara dihias dengan 'table setting' tersusun rapi lengkap dengan kad nama media dan bloggers yang hadir lagi...,... nasib baik Kak Fas hadir sebab pada hari itu memang ada hal sebenarnya tetapi dek kerana adik-adik kesayangan Kak Fas yang menjemput, Bee dan Farahani ...Kak Fas harus hadir.....  Dan berada di dalam bilik jamuan tu dah macam sambut jamuan Krismas lak rasanya.... 



Set-set hadiah eksklusif yang dipertontonkan terdiri daripada produk-produk kesihatan dan kecantikan. Ia dipek dengan teliti  dan cantik bagi memenuhi kepelbagaian gaya hidup para pelanggan.

“Kebanyakan barangan tersebut datang dari Asia, dan daripada Own Brand Guardian. Ini kerana kami sangat bangga dengan produk jenama kami sendiri kerana ia menawarkan kualiti pada nilai hebat! Dan sebagai sebahagian daripada matlamat Guardian untuk sentiasa berdaya saing, kami berusaha keras untuk mengekalkan harga yang sangat berpatutan.” ujar Lauridsen dalam ucapan aluannya.





















Beliau turut berkongsi pandangan tentang falsafah perniagaan Guardian Malaysia: yang berlandaskan keperluan pengguna untuk produk-prouk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan. 

"Sejak kami bermula, kami bangga kerana dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pengguna. 

"Contohnya seperti hadiah-hadiah musim perayaan. Para pelanggan kami tahu bahawa Guardian adalah destinasi yang harus dituju jika mereka mencari set-set hadiah menarik untuk yang tersayang, " jelas Lauridsen.



Sejak itu, reputasi dan  perniagaan Guardian Malaysia  berkembang ke seluruh negara.  di mana terkini pihaknya  memiliki lebih 420 stor, yang menawarkan perkhidmatan kepada tiga juta pelanggan setiap bulan.

Soren yang baru mengambil alih tampuk kepimpinan Syarikat bulan April tahun ini, berkata beliau berharap untuk terus berkembang di atas asas kukuh yang telah dibina oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya sepanjang 50 tahun yang lalu.

“Kami telah menetapkan beberapa prioriti perniagaan strategik. Salah satu daripadanya adalah untuk menjadi sahabat sejati kepada para pelanggan kami. Matlamat kami yang paling utama adalah untuk berhubung dengan pelanggan, seterusnya membantu memenuhi keperluan mereka. Seperti seorang sahabat, yang dicari ketika mereka memerlukan nasihat kecantihan dan kesihatan. Jika usaha ini berjaya, kami akan kekal sebagai peneraju pasaran dan sebagai peruncit pilihan utama pelanggan,” sambung beliau.



Produk penjagaan diri dan solekan dalam set-set hadiah tersebut telah dipilih dengan teliti untuk mencerminkan trend warna terkini yang popular di kota-kota fesyen utama Eropah dan Asia. 

Ia telah digabungkan ke dalam 50 set hadiah yang berbeza, dengan harga serendah RM19.90 untuk set mini penjagaan tangan.

Guardian Malaysia, percaya variasi set-set hadiah itu cukup untuk memenuhi selera pengguna, sama ada golongan muda dan bergaya atau mereka yang berani dan sofistikated.

Melihat pada set bungkusan hadiah yang disediakan ternyata memikat. Sudah tidak perlu dirombak mahu pun dipek sendiri memandangkan kesemua barang sudah dipek sempurna dan cantik untuk terus diberikan sebagai hadiah.

Memang cantik Kak Fas tengok.... seronok kalau dapat hadiah macam ini setiap tahun kan?


Tiada ulasan: