Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG USAHAWAN IKS BERNIAGA MELALUI MESIN LAYAN DIRI 'BOSS-VEND'


'Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan."... 

Rasanya sudah tentu ramai yang dah dengar sabda Rasulullah kita  itu kan apatah lagi perniagaan adalah satu bidang yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya kerana urusan itu mampu menghasilkan pulangan berlipat kali ganda jika diusahakan cara betul.

Dan bagi golongan peniaga sudah tentu juga maklum dengan kewujudan Dewan Perniagaan usahawan Kecil Malaysia atau ringaksnya DPUKM yang bermatlamat memartabatkan ekonomi usahawan terutamanya kaum Bumiputera di Malaysia sehingga ke peringkat global.

DPKUM ditubuhkan pada Mac 2013.di bawah kepimpinan Dato Seri Abu Hasan Mohd Nor selaku Pengasas dan Presidennya.

Selain sentiasa melakukan aktiviti pembangunan usahawan  dan program ilmiah bagi membuka peluang kepada usahawan menjadi  cemerlang  di dalam negara malah di luar negara, DPUKM  sudah terbukti membawa  ahlinya maju   dari "Zero to Hero"


Terkini, DPUKM terus menorakai pembangunan usahawan dengan termeterainya perjanjian kerjasama bersama DMH-Niaga Sdn Bhd, sebuah syarikat incubatee Technology Park Malaysia (TPM) dalam melahirkan usahawan baru melalui aplikasi teknologi 'vending machine' (mesin layan diri).

Sasarannya.... mahu mencari 1001 usahawan IKS di kalangan ahli DPUKM untuk memasarkan produk mereka melalui mesin layan diri yang dibekalkan oleh DMH Niaga.

Program 'Pencarian 1001 Usahawan Vending DPUKM - Boss Vend'  dilancarkan secara rasmi oleh wakil kepada Tan Sri Noh Omar,  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Faizal Hj Abdullah selaku Setiausaha Politiknya.

Turut menyaksikan perasmian dan majlis menandatangani dokumen perjanjian antara Pengarah Urusan Datin Natasha Dato Abdul Rahim dan Presiden DPUKM, Dato Seri Abu Hassan Mohd Nor ialah Pengerusi TPM, Dato Ahmad Fauzi Zahari. 



Dengan termaktubnya perjanjian usahasama tersebut, ahli DPUKM kini boleh memasarkan produk mereka melalui mana-mana mesin layan diri (vending machine) yang ditempatkan di lokasi strategik seluruh Malaysia.


"Sebagai langkah awal, mesin-mesin tersebut akan diletakkan di beberapa hospital seluruh Malaysia serta di beberapa kawasan sekitar Technology Park ini," ujar Datin Natasha.

Menurutnya, pihaknya juga akan mengusahakan agar mesin layan diri ini dapat dibekalkan kepada institusi pengajian tinggi serta beberapa lagi lokasi umum yang strategik.

Beliau percaya dengan kewujudan mesin layan diri ini ia dapat membantu usahawan kecil mengurangkan kos operasi perniagaan mereka sekali gus menubuhkan jaringan pengedaran dan pemasaran yang lebih sistematik.

"Dengan menggunakan mesin ini, pengguna dapat memberli keperluan mereka secara langsung pada bila-bila masa malah menjadi pendorong bagi DPUKM dan DMH-Niaga untuk membantu merangsang pembangunan dan pertumbuhan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia," tambah Datin.

Antara rangkaian produk yang boleh dipasarkan melalui mesin berkenaan termasuk minuman panas dan sejuk, makanan dan makanan ringan, jus, peralatan mandian mahupun produk kesihatan.




Khabarnya, terdapat sembilan jenis mesin yang boleh dipilih yang bermula dari kos RM20,000 ke atas di mana 'vending machine Boss-Vend' ini merupakan mesin layan diri yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Antara ciri keunikan mesin ini terletak pada skrin digitalnya di mana ia boleh digunakan untuk pengiklanan dan promosi interaktif, berlainan daripada mesin berbentuk konvensional.

Apa kelebihan memiliki mesin layan diri ini?

Jelas Dato Seri Abu Hassan, sesiapa yang mempunyai 'vending machine' ini dapat membeli produk secara pukal terus dari pengeluar produk IKS.

Jadi para peniaga sekelian khususnya ahli-ahli DPUKM... apa lagi... jika mahu terokai satu bidang perniagaan cara terbaharu bolehlah mencuba teknologi 'vending machine' ini. Jika belum jadi ahli pun boleh... cuna berdaftar keahlian dengan DPUKM ... hanya RM150 setahun sahaja bagi syarikat enterprise dan RM300 bagi syarikat Sdn Bhd.... dah boleh menjadi pengusaha perniagaan melalui mesin layan diri sekali gus saling membantu antara satu sama lain.

Bersatu teguh bercerai roboh kata orang kan... jadi bersatulah untuk menjadi antara 1001 pengusaha 'vending machine Boss Vend' ya...

Nak maklumat lanjut boleh menghubungi DPUKM dengan melayari laman sosial mereka DI SINI  atau menghubungi talian +60124774094 dan +60383226743 mahu pun  emel sebarang pertanyaan ke  dmhniaga@gmail.com



BERSAMA Datin Natasha











Tiada ulasan:

Catat Ulasan