Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BAGAIMANA 'TAKDIR' SITI ELIZAD DENGAN SUAMI?


Ketika hadir di majlis  prebiu khas sempena sidang media  tayangan amal filem 'Takdir" di Talent Lounge, Damansara Perdana baru-baru ini... fikiran Kak Fas melayang ke judul lagu popular Dato Jamal Abdillah yang berjudul "Takdir Penentu Segala".

Ternyata 'takdir' juga membawa Kak Fas hadir pada majlis ini yang kebetulan isi cerita filem ini berkisar mengenai Soffiya Ariffin yang disahkan mengidap kanser ovari.

Segalanya macam satu kebetulan pula bagi Kak Fas kerana sedang Kak Fas dalam dilema samada mahu membuangkan 'ketumbuhan' kecil yang berada di bahagian ovari... berhadapan pula dengan filem begini...

Walau pun Kak Fas tidaklah sampai tahap disahkan menghidap kanser tetapi risikonya tetap ada waima semua orang mempunyai sel kanser di dalam badan cuma aktif atau tidak sahaja yang menjadi persoalannya.

Jadual untuk pembedahan pun dah ditetapkan pada bulan Januari tahun 2018 cuma Kak Fas belum memberi kata putus samada mahu terus 'membuang'  'cyst' kecil yang tumbuh pada bahagian peranakan atau pun 'simpan' dan berserah kepada 'takdir penentu segalanya'... emmm...

Apa pun baik Kak Fas kembali pada topik asal cerita Kak Fas kali ini dan lupakan sementara kisah 'dilema' Kak Fas tu buat seketika....

Sebaik tiba di pintu utama majlis... Kak Fas dapat melihat barisan pelakon utama 'Takdir' yang terdiri daripada hero veteran, Riezman Khuzaimi dan pelakon Elizad Saifuddin sedang berdepan jurukamera merakamkan gambar mereka.

Turut hadir Dato Normaziah Sheikh Mohamed  yang datang untuk bersalaman dengan Kak Fas. Sejujurnya Kak Fas tidak perasan wanita yang hadir itu Dato Normaziah sebab Kak Fas ingat dia Isma AF kerana bagi Kak Fas beliau mirip Isma.... (Maaf Dato... patut lah Dato pun macam hairan kenapa Kak Fas salam macam baru kenal hihi).

Bila diamati betul-betul dan bila Dato tampil memberikan ucapan baharulah Kak Fas sedar beliau bukan Isma AF huhu ....barangkali sudah lama Kak Fas tak jumpa Dato ... tu yang sampai tak cham beliau yang juga isteri kepada Riezman Khuzaimi ini,

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa hadirnya juga ahli-ahli jawatankuasa Kelab Wanita Ikon Malaysia di acara ini?

Sebenarnya filem "Takdir" yang bakal ditayangkan di layar perak pada bulan March 2018 akan bermula dengan tayangan amal dengan kerjasama Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM).

Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac berkenaan,..tayangan 'Takdir' dilihat bertepatan bagi menyahut seruan kerajaan untuk memperkasakan wanita di Malaysia.

Malahan  dengan ’Tahun Memperkasa Wanita 2018’, jalan cerita 'Takdir' di lihat dapat memberi motivasi dan kesedaran kepada para wanita tentang pentingnya untuk tidak lupa akan tanggungjawab kepada diri serta keluarga,

"Dengan slogan “2GetHer - Awareness”, tayangan filem TAKDIR ini juga dilihat mampu membantu memperkasakan wanita di dalam komponen utama yang di fokuskan iaitu wanita, kesihatan, keselamatan, ekonomi dan budaya," ujar Dato Normaziah dalam ucapan ringkasnya.

Bagaimana jalan cerita 'Takdir"?

Takdir itu adalah ketentuan dalam hidup Soffiya Ariffin, penghidap kanser ovari tetapi terlalu sibuk  dengan tugasannya sebagai pakar motivasi sehingga mengabaikan kesihatan dan keluarganya.

Disebabkan kesibukan karier masing-masing, Soffiya dan suaminya, Aziz Azizul hanya dikurniakan anak tunggal, Shasha dalam usia perkahwinan mereka selama 18 tahun,

Tetapi setelah Shasha melanjutkan pelajaran ke Jerman barulah Aziz meminta Soffiya hamil semula. Bagaimanapun impian mereka musnah apabila Soffiya menghadapi masalah kesihatan dan takut menerima kenyataan yang dia tidak dapat memberikan Aziz seorang Iagi anak.

Okey cukup... setekat itu sahaja yang boleh Kak Fas ceritakan mengenai filem arahan  Shirin Hj. Khuzaimi terbitan Rousing Muses Pictures. Sdn. Bhd ini... Kak Fas pun tonton 20 minti je 'prebiu' filem tersebut tetapi memang nampak menarik dan tak sabar pula nak tunggu lagi tiga bulan u alls.

Turut berlakon Elisha Sandha, Keena Mentor. Connie Norlida Ahmad, Marissa Yasmin, Edika Yussof dan  Esma Daniel.
Apa pun yang penting, sokongan anda sekelian pada tayangan amal ini. Sambil berhibur di panggung anda turut beramal di mana sebahagian daripada hasil kutipan akan disalurkan kepada yang memerlukan.

Sebenarnya Kak Fas tumpang gembira hadir pada majlis ini kerana dapat bertemu dengan rakan artis lama seperti Edika yang suatu ketika dahulu semasa masih bujang Kak Fas sering mengambilnya sebagai model fesyen pakaian lelaki untuk majalah WANITA. Begitu juga Connie Ahmad yang begitu lama sungguh tidak ketemu. Jadi apa lagi teruslah bergambar kenangan dengan mereka termasuk rakan model lama juga, Mimi Wahidah.



Jika minat nak tonton... tiket-tiket  untuk tayangan amal "TAKDIR" boleh didapati di:
Rousing Muses Pictures Sdn. Bhd. Alamat : 2-21,The Place,  No.1, Jalan PJU 8/5G, Bandar Damansara Perdana, 47820, Petaling Jaya, Selangor atau hubungi talian 03 -77323937




Lebih menarik lagi filem ini menampilkan empat buah lagu OST meliputi nyanyian daripada Keena Mentor bagi lagu 'Kisah CInta"; 'Terciptanya Takdir" nyanyian Anis; 'Jangan Kau Pergi' dari Izat Ibrahim serta seorang penyanyi Cina, Tabby Lam yang menyampaikan lagu "Cinta Terakhir".

Memandangkan penggambaran turut berlaku di Berlin, Jerman, kos filem ini pasti mencecah jutaan ringgit.


Bila ditanya kepada Encik Noor Muhamad Jaafar, Pengarah Pembangunan Perniagaan,,, beliau sekadar senyum tanpa memberikan jawapan.

"Kami  berharap kutipan mampu mencecah RM3-4 juta,"  jawab Noor ringkas.

Jadi Kak Fas hitung mungkin kos penggambaran pun hampir  RM3 juta agaknya... maklumlah shoot kat luar negara....

Mesej filem ini mengupas kasih sayang di dalam sesebuah perkahwinan yang di uji dengan permasalahan hidup. Sanggupkah seorang suami melihat penderitaan isterinya dan tanggungjawab seorang suami memastikan rumahtangganya terus kekal bahagia walaupun pelbagai dugaan yang harus dilalui. Segalanya terjawab dalam "Takdir" di pawagam bulan Mac tahun depan ya.....

Sementara itu cepat-cepat tempah tiket awal-awal nanti habis pulak... dah 'putih mata' tak dapat nak berhibur sambil menderma .. kecuali menontonnya  di tayangan biasa dalam pawagam sahaja lah kan...Kalau menonton ketika tayangan amal dapatlah juga pahala ya tak?



Corat coret:


Siti Elizad,33,  khabarnya tidak sanggup dimadu andai suaminya Shamsul Baharin Rahman, 45, berhajat kahwin lagi gara-gara mereka tidak dikurniakan anak walau pun sudah dua tahun berkahwin. Beliau juga menafikan perkahwinan yang dibina sedang bergolak memandangkan sudah lama tiada gambar bersama suami dimuatnaik melalui instagram.

“Saya dengan suami okey. Kami gembira dengan kehidupan. Cuma, apabila bercakap mengenai anak, siapa kami untuk mempersoalkan takdir Allah," tambahnya.

Keena Mentor, 31, menerima anugerah 'Selangor Excellence Business Award" (SIBA 207) kerana pencapaiannya sebagai penyanyi, pelakon dan usahawan KAW Signature Parfum.

"Saya agak terkejut dan tak pernah terbayang untuk menerima apa-apa.anugerah," ujar hos program 'Cik Gaya Stailo" yang disiarkan di TV1  setiap Sabtu, jam 12.30 tengah hari..

Tahniah Keena, yang menerima anugerah itu baru-baru ini. Khabarnya juga filem 'Takdir' merupakan lakonannya yang terakhir waima mahu meninggalkan seketika bidang lakonan untuk menumpukan perhatian pada nyanyian. Dan tidak lama lagi akan merakamkan dua buah lagu hasil ciptaan komposer terkenal, Dato Wah Idris.






Tiada ulasan: