Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JADI JURI AKIFMA TUGASAN MENCABAR AKHIRI 2017!


Esok...tibanya 1 JANUARI 2018....dan pada kesempatan ini Kak Fas ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu pada semua pembaca yang selama ini setia mengikuti coretan Kak Fas yang tak sepertinya ini.

Mengimbas kembali sepanjang tahun 2017... tidak banyak yang boleh Kak Fas ceritakan berhubung pengalaman semasa melaporkan pelbagai kisah yang menjadi intipati kepada blog ini,

Sejujurnya Kak Fas bukanlah pakar IT sangat,,, baharu merangkak dalam mempelajarinya waima blog Kak Fas ni pun tidaklah sehebat blog rakan-rakan lain yang canggih dan 'up to date' kata orang.

Sebagai orang lama Kak Fas puas dengan apa yang dipaparkan waima yang penting isinya... janji Kak Fas memberikan 'story' terbaik buat pembaca dalam gaya yang sederhana. Kepakaran Kak Fas adalah menulis dan bukannya pereka blog jadi Kak Fas harus berpuas hati dengan se adanya di hadapan mata ini ya...

Pun begitu... sepanjang tahun 2017.. pengalaman yang paling Kak Fas tidak akan lupakan sudah tentunya peluang menjadi antara lima barisan juri yang dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional atau ringkasnya FINAS  bagi mengadili karya-karya rakan seperjuangan yang dipertandingkan buat pertama kalinya untuk Anugerah Kewartawanan Industri FIlem Malaysia atau AKIFMA 2017.

Sudah lama sebenarnya Kak Fas tidak duduk dalam barisan panel juri. Dulu-dulu pernah dua kali menganggotai panel juri untuk segmen dokumentari bagi Anugerah Sri Angkasa anjuran RTM dan turut bersama dalam penjurian bagi Anugerah OSKAR ketika PPFM (Persatuan Pekerja FIlem Malaysia) diterajui Tuan Syed Mohamed Benyahya sebagai Presiden. Kini Anugerah OSKAR dinamakan Anugerah PROFIMA.

Dan tup tup pada awal November 2017 Kak Fas menerima undangan untuk bersama rakan seperjuangan lain  seperti  Akmal Abdullah, Roslen Fadzil, Zainal Alam Kadir dan personaliti tv, Datin Sharifah Shawati sebagai juri AKIFMA 2017. 



Selain Datin Sharifah Shawati kesemua kami adalah bekas pengarang hiburan di organisasi media berlainan. Pada sesi awal, kami diberikan taklimat oleh KP FINAS, Dato Fauzi Ayob (pix bawah, tengah) yang mesra wartawan. Kak Fas mengenalinya ketika beliau mula mula menjawat jawatan sama cuma hanya bertahan 6 bulan sahaja. Kini Dato Fauzi kembali ke kerusi panas FINAS dan Kak Fas percaya beliau seorang yang berpengalaman luas dan berwibawa membawa industri filem ke tahan yang membanggakan.



Selama seminggu Kak Fas dan rakan-rakan diberikan tangunggjawab mengadili lebih 100 pencalonan yang diterima untuk memilih seorang pemenang bagi setiap 11 kategori yang dipertandingkan.




Berpinau juga mata membaca kesemua pencalonan yang diberikan dalam bentuk fotostat apatah lagi tulisannya amat kecil sehingga kadang kala Kak Fas terpaksa mencari 'magnifying glass' haha... 

Apa pun pemilihan pemenang yang dicapai mengikut markah serta kata sepakat kesemua memperlihatkan kewibawaan setiap juri.Maklumlah kami semua bekas pengarang jadi tidak lari dari memilih karya sama yang terbaik. Tiada persoalan bangkang atau sebagainya yang dibangkitkan sepanjang penjurian.















Dan keputusannya semua sudah pun maklum pada 24 November 2017 lalu kan.... di mana berlangsungnya malam penyampaian Anugerah AKIFMA 2017 yang diyakan  oleh WHAM (Persatuan Wartawan dan Penulis HIburan Malaysia) di bawah pimpinan Presidennya Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Bila sebut WHAM...ia amat dekat dengan hati sanubari Kak Fas. Inilah persatuan di mana Kak Fas pernah menganggotainya sebagai Setiausaha Kehurmat ketika di bawah pimpinan Presiden pertamanya, Hjh Fauziah Rauf.

Dan Kak Fas rasa bangga WHAM kini masih bernafas dan bergerak aktif di bawah kepimpinan baharu dan dianggotai wartawan-wartawan muda yang dahulunya 'anak buah' Kak Fas ketika menjadi pengarang majalah HAI.

Selain Tengku Khalidah, Timbalan Presidennya, Niezam Abdullah juga adalah bekas wartawan Kak Fas untuk majalah HAI. Kak Fas tumpang bangga melihat perkembangan mereka di mana masing-masing pula sudah berjawatan pengarang hiburan kini.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang memungkinkan sebuah majlis penganugerahan kepada wartawan hiburan diteruskan. Satu-satunya anugerah wartawan hiburan yang pernah Kak Fas terlibat mengelolakannya adalah Anugerah Pengkritik Filem Terbaik yang dikelolakan oleh Persatuan Wartawan Filem Malaysia (PWFM) di mana Kak Fas jua bertindak sebagai Setiausaha di bawah pimpinan En. Mustafa AR.

Ketika itu PWFM lah yang berkeras memohon Anugerah Pengkritik Filem dimasukkan dalam Festival FIlem Malaysia yang dianjurkan FINAS bersama GAFIM.  Malangnya selepas empat kali rasanya dianjurkan, anugerah ini dimansuhkan setelah PWFM tidak lagi berada dalam keanggotaan GAFIM waima Festival Filem Malaysia sendiri saling bertukar penganjurnya.

Jadi dengan wujudnya AKIFMA 2017 ini diharap dapatlah menjadi pentas memartabatkan profesion kewartawanan hiburan khususnya  penulisan mengenai industri filem tempatan.

Jika ada yang masih kabur mengenai AKIFMA 2017 meh Kak Fas story lanjut...


Penganjuran AKIFMA 2017 yang julung-julung kalinya diperkenalkan  oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ini adalah platform penghargaan di atas sinergi pihak media dan wartawan dalam membangunkan industri filem melalui penulisan kreatif dan kritis menggunakan media cetak, elektronik serta media baharu. 


Kak Fas percaya selepas ini wartawan-wartawan akan menulis dengan lebih kritis, kreatif dan berkualiti mengikut segmen penulisan masing-masing. Mereka harus mengikut kriteria setiap kategori yang dipertandingkan.



Kak Fas nak bagi tip sikit... contohnya... jika seorang kolumnis atau pun penulis pojok contohnya... penulisan tidak harus bersifat temubual tetapi harus memetik satu isu dan mengupas isu itu mengikut pandangan dan ulasan sendiri. Jika perlu ada temubual pun sekadar latar kepada isu yang diperbincangkan tetapi pengisian harus bersifat subjektif dan kritis.

Itu pandangan Kak Fas sebagai seorang penjuri kerana kebanyakan karya yang dinilai tidak banyak yang mengikut kriteria yang perlu bagi sesebuah kategori pencalonan.


Barangkali tahun hadapan akan menyaksikan lebih banyak karya-karya yang bernilai tinggi sejajar dengan penganugerahan yang digenggam. Kak Fas juga ingin mengesyorkan kategori khas  untuk wartawan hiburan am diperkenalkan selain tumpuan pada penulisan perfileman sahaja.

























Apa pun tahniah kepada rakan-rakan wartawan yang memenangi AKIFMA 2017 yang pertama ini. Seronok berada pada malam tersebut kerana dapat bertemu dengan rakan artis lama dan baharu termasuk rakan-rakan seperjuangan yang semuanya bekas wartawan hiburan ternama antaranya seperti artis legenda Noorkumalasari, wartawan Fauziah Samad, Saodah Ismail, sepupuku Ogy mahu pun pengarah dan juga bekas wartawan Norhan Mahmud, Malah ramai lagilah tak tersebut satu persatu termasuk penerbit majalah Mustafa Tun dan isterinya, Wirdaningsih.
Untuk imbas kembali Kak Fas catatkan di bawah ya...

Senarai penerima AKIFMA 2017:

1. Anugerah Penulis Pojok Terbaik:
Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Berita Harian) – Beginikah Perilaku Penggiat Seni?

2. Anugerah Wartawan Hiburan Muda:
Angelin Yeoh (The Star)

3. Anugerah Khas Juri 1:
Syazwan Zakariah (Astro)

4. Anugerah Khas Juri 2:
Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo)

5. Anugerah Kewartawanan Kritikan Filem: Shazryn Mohd Faizal (Mstar Online) – Estetika Tinggi Dari U-Wei Dalam ‘Hanyut’

6. Anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik:
Adam Salleh (Harian Metro) – Masih Mencungap mengejar RM 75 juta

7. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik: (Media Baharu)
Elrafaei Sapi (Rojak Daily) – Filem Tempatan Tidak Jelas, Kita Hanya Boleh Buat Filem Darai

8. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik: (Televisyen)
Syazwan Zakariah (Astro) – JOMOVIE

9. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik: (Media Cetak)
Mumtaj Begum (The Star) – A Pioneer In Filmmaking

10. Anugerah Kewartawanan Cemerlang 1:
Abd. Aziz Ittar (Mingguan Malaysia)

11. Anugerah Kewartawanan Cemerlang 2:
Rozdan Mazalan (Berita Harian)

12. Anugerah Tokoh Wartawan Hiburan:
Fauziah Abdul Rauf


Kak Fas: WHAM tetap di hati... terima kasih FINAS!




Tiada ulasan: