Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

8TV, NTV7 LANCAR ALBUM GOGO WONDERLAND RAI TAHUN BAHARU CINA

PIX Kredit FB Hao Ren.

Walau pun 2017 masih belum melabuhkan tirainya dan tahun 2018 hanya beberapa hari sahaja lagi namun sambutan tahun baharu itu pasti dinanti-nantikan oleh seluruh umat manusia serata dunia.


Paling yang dinanti-nantikan tentulah kaum Cina yang akan menyambut Tahun Baru Cina pada pertengahan bulan Februari 2018.

Selalunya apabila tiba sesebuah perayaan segala promosi sering bermula lebih kurang dua bulan sebelum sambutannya. Dan ini lah langkah yang diterajui oleh rangkaian televisyen Media Prima Berhad menerusi saluran 8TV dan NTV7.

Berganding tenaga dengan portal video tonton, CJ Wow Shop, Viralcham dan Rojaklah, satu kempen menyambut kemeriahan Tahun Baharu Cina 2018 telah diatur baru-baru ini bertempat di sebuah pusat membeli-belah, Sunway Velocity Mall.




Malah lebih istemewa lagi, sebuah album Tahun Baharu Cina 2018 berjudul 'GoGO Wonderful' dilancarkan. Album berkenaan memuatkan enam lagu bertemakan tahun baharu cina dan satu video muzik yang menyampaikan mesej pentingnya menghargai keluarga dan sahabat handai, terutamanya detik-detik istimewa bersama mereka. Tanpa mereka setiap saat yang dilalui bersendirian tidak mungkin dapat disamakan dengan kemeriahan dan sorak tawa orang tersayang.




Single utama bagi album ini yang berjudul GoGo Wonderful karya komposer Yen Hue ini dinyanyikan oleh Jordan, Joey, Hao Ren, Emily, Pauline, Rickman Orange dan WInd.

Selain barisan penyanyi berkenaan, selebriti lain yang turut memeriahkan majlis kempen Tahun Baharu Cina berkenaan terdiri daripada Ziah, Wilson, Happy, Natalie dan Gary termasuk empat penyanyi hebat daripada program 'I Can See Your Voice' iaitu  Ho Yee, Ethan,  Apple dan Lynn..



Maaf... Kak Fas tidak mengenali mereka ini namun apa yang boleh Kak Fas nyatakan majlis yang berlangsung mendapat sambutan hebat daripada orang ramai yang membanjiri ruang concourse Sunway Velocity Mall berkenaan.

Selain itu, kelihatan mascot GoGo di mana bersama lapan rakan baik pilihannya iaitu Jordan, Joey, Emily, Hao Ren, Pauline Rickman, Orange dan Wind... mereka akan berkongsi serba sedikit kisah hidup masing-masing melalui kandungan digital di laman sosial diketuai oleh pengrah tersohor, Ho Yu Hang berserta beberapa pengarah muda di bawah kelolaannya.

Sepanjang kempen pelbagai barang cenderahati GoGo Wonderful dijual di kedai buku Popular dan CR Rama bermula 16 Disember lalu malah anda juga boleh membeli secara online di laman web GoGo Wonderful dengan melayari www.gogowonderful,com,my

Antara produk jualan terdiri daripada botol air, folder, pensel case, buku nota, baju t, album usb, kotak tisu dan banyak lagi dalam harga antara RM6.88 hingga RM55.




Tiada ulasan: