Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LAGU-LAGU PENYANYI ANGKATAN MUDA KE FINAL AJL32 FEBRUARI 2018


Sape yang menonton Separuh Akhir ke 3  Muzik-Muzik  (SFMM32) pada malam Ahad lalu sudah tentu maklum kan siapa yang layak ke final?

Tekaan ko orang betul tak?

Banya juga tekaan Kak Fas yang betul seperti Dayang Nurfaizah sudah tentu masuk... kemudian Haqim Rosli, Khai Bahar, Hael Husaini mahu pun Syamel dan Wany Hasrita yang rata-rata penyanyi angkatan muda ini mempunyai lagu-lagu yang sedap halwa telinga mendengarnya.










Syabas kepada mereka ini...

Ya...selepas bersaing selama tiga minggu di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM32) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 29 Oktober, 5 dan 12 November, 12 lagu telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL 32).

Dan 12 lagu yang terpilih dinilai sepenuhnya oleh para juri professional yang diketuai oleh Dato Mokhzani Ismail, selaku ketua juri, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan juga Pak Ngah. Keputusan telah diumumkan oleh hos SFMM 32 iaitu Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad malam tadi.













SENARAI 12 SENARAI LAGU YANG LAYAK KE AJL 32 ADALAH:


KOMPOSER
PENULIS LIRIK
ARTIS
LAGU
1.        
Ajai
Slen
Salma
AKHIRNYA CINTA
2.        
Alam (Harry Khalifah)
Patrick Anahoda
Khai Bahar
BAYANG
3.        
Faizal Tahir & Mike Chan
Faizal Tahir & Mike Chan
Azmi & Caliph Busker (Penyanyi Asal Faizal Tahir)
SEJATI
4.        
Navigator
Altimet
Altimet
AMBOI
5.        
M.Nasir
Ad Samad
Hazama  The Penglipur Lara
AKU YANG SEBENAR
6.        
Hang Nadim
Laq
Ara Johari
WARKAH UNTUK MU
7.        
Ajai
Ajai
Dayang Nurfaizah
SEPARUH MATI KU BERCINTA
8.        
Syamel
Syamel
Syamel & Ernie Zakri
AKU CINTA
9.        
Gouffran / Ibnu
Gouffran / Ibnu
Haqiem Rusli
TERGANTUNG SEPI
10.    
Hael Husaini, Ezra Kong
Hael Husaini, Ezra Kong
Hael Husaini
JAMPI
11.    
Ibnu & Gouffran
Ibnu & Gouffran
Wany Hasrita
MENAHAN RINDU
12.    
Syamel
Syamel
Syamel
LEBIH SEMPURNA

Minggu terakhir SFMM32 dihiburkan dengan persembahan oleh kumpulan 6ixth Sense (Tanpa & Khatimah Cinta), Bunkface dan Tam Spider (Relaku Pujuk, Situasi, Aladdin, Revolusi). 

Tahniah kepada para komposer, penulis lirik dan penyanyi 12 lagu yang telah terpilih, nantikan persembahan hebat mereka di pentas AJL 32 pada Februari tahun hadapan! 

Mungkinkah Dayang Nurfaizah sekali lagi akan mengungguli kategori Vokal Terbaik? Kita tunggu tahun depan ya... tak lama je lagi... 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan