Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LAGU DAYANG NURFAIZAH UNGGULI SEPARUH AKHIR MUZIK2 MINGGU KE 2


Seperti yang dijangka apabila ada Dayang Nurfaizah... sudah pasti lagunya mencipta kejayaan.

Tidak syak lagi penonton bagaikan
 dipukau dengan vokal mempersona, lagu nyanyiannya, 'Separuh Mati Ku Bercinta' sekali gus  mengungguli minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) malam tadi. 

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai itu dipilih oleh juri professional iaitu  AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani selaku ketua juri. 

Namun, tidak semestinya lagu itu akan terus layak ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL 32) kerana masih berbaki 10 buah lagu yang bakal berentap di minggu terakhir dan keputusan hanya akan diumumkan pada 12 November nanti.

Pun begitu Kak Fas percaya lagu Dayang pasti terpilih....



10 buah lagu yang telah membuat persembahan mengikut turutan pada malam tadi adalah:


ARTIS
LAGU
KOMPOSER
PENULIS LIRIK
1.
DRAMABAND & HAIZA
Jangan Pernah Berdusta
Aepul Roza
Aepul Roza
2.
SUFI
Aku Sanggup
Edry Abdul Halim
Edry Abdul Halim
3.
TOMOK & BLACK
Rempuh
Omar K, Ezra Kong, John Jeevasingham
Hael, Zel
4.
AIZAT
Jangan Menangis
Aizat Amdan, Mike Chan, Faizal Tahir
Aizat Amdan, Mike Chan, Faizal Tahir
5.
SUFIAN SUHAIMI
Harus Aku
Sirkhan
Sirkhan
6.
FLOOR 88
Zalikha
Zai Hamzah
Zai Hamzah
7.
ARA JOHARI
Warkah Untuk Mu
Hang Nadim
Laq
8.
DAYANG NURFAIZAH
Separuh Mati Ku Bercinta
Ajai
Ajai
9.
AIMAN TINO
Permata Cinta
Apit
A.C.K
10.
SITI NORDIANA
Terus Mencintai
Nana Alias
Nana Alias

Pentas separuh akhir turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh Ajak dan Shuk (mashup lagu Ghazal Untuk Rabiah, Terukir Di Bintang, Ku Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Karma & Awan Nano). 

Selain itu, turut membuat persembahan adalah Hafiz Suip dan Jaclyn Victor (Aku Negaraku), Ezlynn dan Siti Sarah (Hai Hai Bye Bye & Jangan Kau Mimpi).

Jangan lupa untuk saksikan persembahan 10 buah lagu lagi di Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 minggu ketiga  untuk mengetahui 12 lagu yang bakal berentap di pentas AJL 32 yang bakal berlangsung Februari tahun hadapan.  




SFMM 32 boleh juga ditonton secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan juga youtube @TV3Malaysia. SFMM 32 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Harian Metro dan Berita Harian serta Geng Media Digital Ohbulan!. 

Orang ramai yang ingin menonton SFMM32 minggu terakhir boleh mengambil tiket di Kaunter Pengawal Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 8 November ini bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. 

Tiket adalah terhad. Jangan lupa untuk hashtag #SFMM32 bagi menghangatkan lagi minggu Separuh akhir Muzik-Muzik 32 di laman sosial anda!.  


Atas: Haiza dan Drama Band.
Kiri: Siti Nurdiana dan Ara Johari (kanan).

Bawah: 
Floor 88.


Tiada ulasan: