Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM! SEPETANG BERSAMA ANUAR ZAIN DI JB


Apabila melibatkan apa-apa majlis yang berkaitan 'lelaki ini' Kak Fas tidak akan melepaskan peluang hadir sekiranya ada kelapangan. Malah sanggup tinggalkan jemputan lain hanya untuk memberi sokongan padu pada 'hero Malaya' ini... siapa lagi jika bukan penyanyi kebanggaan ramai - ANUAR ZAIN. (AZ).

Jangan salah faham ya.... bukan tujuan Kak Fas nak mengampu atau pun membodek .Kak Fas bukan dapat ganjaran apa-apa pun dari beliau tetapi secara jujurnya dia antara penyanyi lelaki yang Kak Fas percaya semua pun bersetuju bahawa AZ merupakan seorang penyanyi yang berkualiti bukan sahaja dari gaya penampilannya malah karier seninya.

Apabila AZ muncul ramai yang menanti kehadirannya malah karakternya yang tersendiri, mesra dan tidak lokek dengan senyuman kepada setiap peminatnya menjadikan AZ idola khususnya kepada golongan wanita.

Dan jika tahun lalu, ramai merindui suaranya yang tidak kedengaran waima konsert yang sepatutnya berlangsung di Panggung Aniversari dibatalkan gara-gara Anuar Zain sakit tekak ..... tahun ini AZ akan kembali aktif di mana ada dua acara yang melibatkannya setekat ini.

Yang pertama AZ akan ditemui pada 'Konsert Live - AZ, BCL dan Yuka Kharisma' yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 April depan. Nak #throwback berita ini KLIK SINI.

Dari situ penyanyi ini akan jelajah pula ke selatan tanah air  untuk menemui peminatnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Di Johor Bahru, AZ akan berkongsi pentas dengan dua lagi penyanyi terkenal, Zamani Slam dan Fauzie Laily dari Singapura pada sebuah majlis makan malam amal yang dinamakan 'Sepetang Bersama Bintang - Anuar Zain'.


Ditetapkan pada 6 Mei, Anuar dijangka mendendangkan sebayak lapan buah lagu pada persembahan berdurasi 45 minit.

Jadi kepada peminat-peminat sekitar Johor mahu pun seberang Tambak khususnya di Singapura bolehlah mengambil kesempatan untuk mengubati rindu mendengar suara emas pelantun lagu 'Andainya Takdir' ini.

Mana tahu anda ditakdirkan pula dapat bertemu dan berselfie dengan AZ kerana seperti biasa AZ akan berinteraksi dengan audiensnya pada setiap persembahan.

Lagi pun sambil berhibur anda berpeluang juga beramal memandangkan sebahagian daripada hasil kutipan akan disalurkan kepada Yayasan Lace Datuk Rokiah bertujuan membantu golongan yang memerlukan.termasuk anak yatim. ibu tunggal serta warga emas di Johor Bahru.

Lebih istimewanya apabila bulan Mei adalh bulan sambutan Hari Ibu, jadi memang molek sangatlah kata orang jika menghadiahkan ibu anda jamuan makan malam.

Tiket-tiket vip dan mampu milik berharga  RM298, RM398, RM598, RM798, RM998, dan RM1598 seorang.

Anjuran E&F Event Resources, 'Sepetang Bersama Bintang - Anuar Zain' mensasarkan kira-kira  1,500 orang yang akan hadir terdiri daripada peminat ketiga-tiga penyanyi terbabit.

"Sebagaimana saya rasa bangga dapat berkongsi pentas dengan seorang  penyanyi balada yang cukup wow seperti Zamani dan juga Fauzie Laily dari Singapura, saya yakin peminat juga akan terhibur," kata Anuar sewaktu ditemui di Laman Pengantin Zarlith, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Turut hadir Pengarah Eksekutif E&F Event Resources, Encik Afendi Hassan (3 dari kiri), Encik Johan (Pengurus Zamani yang tidak dapat hadir, kanan) serta Puan Zarinah empunya Laman Zarlith.

Pada awalnya tertanya-tanya juga kenapa majlis menjemput media dilakukan pada sebuah laman pengantin.... adakah AZ akan mengumumkan nak bernikah?

Oh tidak! Laman Pengantin Zarlith cuma menaja lokasi sidang media,,,...jangan buat spekulasi tau hihi....

Pada akhir majlis, AZ turut diraikan oleh Puan Zarinah dengan pemberian kek ulang tahun 'belated' AZ yang memasuki usia 48 tahun pada 15 Februari lalu.

Kak Fas pun nak ucap Selamat Hari Jadi AZ...moga panjang umur dan murah rezeki sepanjang tahun.

Dan bagi korang yang dah tak sabar-sabar bertemu AZ, Zamani mahu pun Fauzie cepat-cepat tempah tiket secara atas talian melalui  www.ticketcharge.com.my.

Tempah awal kan baik.... tak lah 'putih mata' nanti bila tiba-tiba tiket habis ''sold out' masa nak beli.












.r

Tiada ulasan:

Catat Ulasan