Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUMPULAN ALADDIN & MANCHESTER UNITED 'BERKAHWIN'!


Kak Fas bukanlah peminat fanatik bolasepak malah tidak ada satu pun kelab yang menjadi pujaan hati haha.

Pun begitu jika disebut kelab bolasepak antarabangsa seperti Liverpool, Arsenal dan Manchester United contohnya, Kak Fas kenali juga lah nama-nama tersebut walau pun tidak mengenali sangat pemain bola sepak di sebaliknya kecuali nama popular dan terkenal seperti Ronaldo, David Beckham dan yang seumpamanya lah haha…

Namun baru-baru ini rakan lama Kak Fas yang merupakan PA kepada angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor  iaitu Wany Idris,  telah mengundang Kak Fas ke majlis di mana bosnya itu yang juga pengasas bersama  merangkap Pengerusi syarikat pengendali platform e-dagang, Aladdin Group menganjurkan sidang akhbar bagi mengumumkan perkongsian global bersama gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United atau ringkasnya MU.


Katanya, sempena perkongsian itu, tiga orang lagenda kemenangan  tiga kali untuk MU iaitu Denis Irwin, Dwight Yorke dan David May akan hadir.



Sebagai tanda sokongan walau pun tidak begitu mengenali ketiga-tiga nama lagenda berkenaan Kak Fas gagah hadir buat pertama kalinya dalam majlis yang melibatkan agenda sukan haha.

Wah! Ramai juga peminat MU yang bukan sahaja terdiri daripada pihak media hadir sehingga ruang sidang akhbar dilangsungkan di pejabat Kumpulan  Aladdin penuh sesak.

Apa pun, majlis berkenaan bertujuan juga mengumumkan kumpulan Aladdin akan menggunakan kelab MU sebagai sebahagian  daripada usaha memasarkan jenamanya aladdinstreet.com di pasaran global.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dalam ucapan aluannya memberitahu, perkongsian Kumpulan Aladdin dan MU di seluruh dunia adalah satu refleksi sebenar komitmen Aladdin Group teradap cita-cita globalnya.

“Tidak dinafikan ia akan membuka peluang yang baharu kepada kedua-dua produk berkualti premium dan yang patuh Halalan Toyyiban, selanjutnya meningkatkan pertumbuhan dan penyebaran Trustmark Halal dan standard,” tambah Dr. Sheikh Muszaphar.

Turut hadir tetamu kehurmat, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri M. Saravanan serta pengasas bersama dan Presiden Alladin Group, Dato Sri Desmond To.

Sempena  meraikan perkongsian global itu, pelawat-pelawat ke AladdinStreet akan berpeluang  memenangi tiket ke Old Trafford dan menonton MU bermain. Mereka hanya perlu melayari laman web AladdinStreet atau hanya dengan memuat turun aplikasi mobil daripada AppStore atau PlayStore dan daftar, malah tiada pembelian diperlukan.

Best tak? Ha.. peminat MU pasti suka dengan khabar berita itu.

Kehadiran tiga lagenda bola sepak MU itu turut diraikan bersama peminat mereka di satu parti bola ‘tontonan secara siaran langsung’ pada hari Sabtu lalu di Berjaya Times Square. 

Dan semua pun dah tahu keputusannya kan iaitu MU menang 2-1 menentang saingan terunggulnya, Liverpool!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan