Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM PELAJARI ILMU SENI DI KARNIVAL TEATER JALANAN BERSAMA OGY 3-4 MAC


Pelakon Fauziah Ahmad Daud, melalui Ogy’s Centerstage & Academy akan menganjurkan ‘Street Theatre Carnival’ atau Karnival Teater Jalanan pada 3 & 4 Mac 2018 di Courtyard Fountain, Street Market, The Curve, Mutiara Damansara, bermula 9 pagi hingga 7 petang.

Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, karnival akan berkonsepkan seni persembahan teater lama seperti yang terdapat di Eropah dan Amerika.

"Konsep begini masih asing lagi  di Malaysia walau pun  seni pemuzik jalanan atau busking semakin mendapat tempat di hati orang ramai," ujar Ogy dalam satu kenyataan media.

Merupakan penganjuran kali kedua sejak diadakan pada tahun 1990 di bawah arahan Allahyarham Syed Alwi di hadapan Kompleks SOGO, di mana ketika itu  Fauziah Ahmad Daud merupakan salah seorang pelakonnya.


Kali ini, penganjuran Teater Jalanan ini dibuat sebagai menyambung semula apa yang telah dimulakan oleh Allahyarham Syed Alwi. Ia  juga merupakan pentas ujian bagi pelajar-pelajar Bengkel Seni Lakonan Ogy’s Centerstage & Academy yang kini telah masuk kelompok ke-3.

“Saya melihat Teater Jalanan sebagai platform terbaik untuk menguji bakat lakonan para pelajar saya. Cabaran mereka bukan hanya menghafal dan memahami skrip tetapi mereka perlu memikirkan bagaimana mereka mampu untuk menarik perhatian dan minat orang ramai yang lalu lalang di sekeliling mereka dengan lakonan yang mereka persembahkan.

“Saya menyambung apa yang telah dimulakan oleh Allahyarham Syed Alwi dan saya harap ini akan menjadi legasi yang akan saya tinggalkan untuk industri seni tanahair suatu hari nanti” kata anak Allahyarham Seniman dan Seniwati Dato Ahmad Daud dan Datin Saadiah ini.

Selain daripada Teater Jalanan, Karnival 2 hari ini turut menganjurkan beberapa acara lain seperti Ujibakat sebagai Pengacara dan Pelakon, Pertandingan Jurumekap Meletop dan Pencarian Lelaki Idaman Malaysia.



Mereka yang berminat untuk menyertai acara-acara yang diadakan eloklah tandakan kalendar masing-masing ya supaya tidak termiss gitu!


Untuk maklumat lanjut berhubung  ‘Street Theater Carnival’ hubungi talian 011-2358 6780 atau 010-445 4645.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan