Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TONTON 6 FILEM TERBAIK IRAN PERCUMA 7 - 17 MAC


Mereka yang kaki wayang tentu suka mendengar berita yang Kak Fas nak kongsikan bersama hari ini.
Ya... bagi peminat filem Iran khususnya korang boleh menonton 6 buah filem terbaik Iran yang akan ditayangkan selama 10 hari bermula 7 hingga 17 Mac ini.
Kak Fas nak ingatkan bahawa ini julung kalinya penonton tempatan berpeluang menyaksikan enam filem terbabit secara percuma sempena Festival Filem Iran Malaysia 2018.
Enam filem terbaik dari Iran itu  meliputi  Sweet Taste Of Imagination, Crazy Castel, Under The Smooky Roof, The Queen, Ceasefire 2 dan Where Are My Shoes.
Jadi sekiranya korang nak dapatkan tiket percuma itu mudah sahaja kerana ia boleh diperoleh menerusi kaunter box-office pawagam di mana filem berkenaan ditayangkan/
Lokasinya ialah di  GSC Pavillion,GSC Mid Valley (7 hingga 11 Mac), GSC Gurney Plaza (12 hingga 14 Mac) dan GSC Paradigm Johor Bahru (15 hingga 17 Mac).
Sebanyak 20 tiket dikhaskan kepada orang ramai untuk hadir memeriahkan majlis pelancaran festival berkenaan di tiga-tiga tempat terbabit  iaitu di Kuala Lumpur pada 5 Mac, Penang (12 Mac) dan Johor Bahtu pada 15 Mac.
"Yang berminat untuk hadir majlis pelancaran berkenaan boleh berhubung melalui emel ke  icro.kl90@gmail.com
Bagaimana pun, tiket percuma bagi menyaksikan ke semua filem-filem Iran yang ditayangkan selepas itu boleh mengambilnya  secara siapa cepat dia dapat dari GSC Pavilion KL, GSC Mid Valley, GSC Gurney Plaza, Penang dan GSC Paradigm JB mulai hari ini. (28 Februari).

Kesemua enam buah filem berkenaan akan ditayangkan dalam bahasa Persian dengan sarikata  bahasa  Inggeris.
Mereka yang bertuah hadir akan berpeluang bersama barisan karyawan Iran di mana dua pengarah dan dua artis terkenal Iran dijangka hadir.
Menurut, Encik Mohammad Reza Shams selaku pengarah festival ketika ditemui, artis terlibat adalah pengarah Pooran Derakshandeh dan Abolhassan Davood (kiri) sementara aktres yang datang ialah Merila Xares )kanan) serta Azita Ajian.



"Pooran dan Merila akan berada di majlis pelancaran di Kuala Lumpur pada 5 Mac sementara Abolhassan dan Azita akan hadir di Penang pada 12 Mac dan Johor Bahru pada 15 Mac," tambah Mohammad Reza (kiri) ketika ditemui selepas sidang media Festival Filem Iran yang berlangsung di pawagam GSC Midvalley baru-baru ini.
Turut hadir Kaunselor Budaya, Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia, A M Sabeghi (kanan).

Dalam ucapan ringkasnya, Sabeghi memberitahu, tujuan Festival Filem Iran diadakan adalah untuk merapatkan perhubungan budaya dan kesefahamanbersama antara Iran dan Malaysia.
Jelasnya, filem-filem yang dibawa meliputi pelbagai genre khususnya mengangkat seni budaya dan gaya hidup bangsa Parsi dengan tema kemanusiaan, kasih sayang, perjuangan, kemasyarakatan dan perjuangan penduduknya.
Kesemua enam filem terpiih merupakan yang terbaik malah berjaya memenangi  beberapa anugerah Festival Filem Fajr di Tehran mahu pun di peringkat antarabangsa.
Festival Filem Iran dianjurkan Pusat Budaya, Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Golden Screen Cinemas Sdn Bhd  dan disokong oleh Yayasan Filem Farabi dan Pertubuhan Hoze Honari.
Bagi mengetahui jadual tayangan dan tempahan secara atas talian, boleh layari laman web http://www.gsc.com.my atau http://www.iranianfilemmalaysia.com,. Boleh juga lihat jadual di bawah ini:






Tiada ulasan: