Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SHEILA ON 7 TETAP MENYENGAT!

 
Oleh Faida Rahim

Sedar tak sedar, dah 22 tahun usia kumpulan muzik yang pernah menjadi kegilaan remaja wanita suatu masa dahulu. 

Usia je dah meningkat tapi persembahan kumpulan Sheila on 7 penuh bertenaga  dan masih menyengat!

Selama dua jam konsert berlangsung, tak terasa  masa berlalu pantas. Enjoy habis wak! Otai bila dah dapat pegang mic, memang dorang guna habis-habisan. Ye dak? 

Tepat jam 9 malam bertempat di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, sorakan hampir 3,000 penonton kedengaran sebaik saja vokalis Duta melangkah ke pentas.

Membuka persembahan dengan lagu Jadikan Aku Pacarmu, Duta yang tampil dengan imej sempoi ternyata membuatkan peminatnya seolah-olah histeria. Memang hebat beb penangan lelaki bernama Akhdiya Duta Modjo ini…

Selesai sesi warm up, Duta mempamerkan vokalnya yang bersahaja menerusi lagu Bila Kau Tak Disampingku. Suara Duta kedengaran kurang jelas dek jeritan dan nyanyian penonton yang terlalu excited. Maklumlah, semua lagu berhantu mereka menggamit kisah silam. Cewah...

Walaupun hanya mengenakan seluar jeans dan t-shirt hitam, aura Duta ternyata masih kuat! 

Tanpa perlu bertukar ganti baju, susunan muzik yang padu, kumpulan yang dianggotai oleh  Adam, Eross Chandra, Brian Kresno Putro dan Duta selaku vokalis ini sememangnya layak mendapat standing ovation

Malah tanpa perlu gimik ‘berlebihan’, Sheila On 7 masih mampu menarik minat penonton walau pun  berdiri berjam jam.!

Antara lagu yang turut dipersembahkan oleh mereka, Seberapa Pantas, Dan, Itu Aku, Kita, Pemuja Rahasia, Betapa, Sephia, Lapang Dada, Melompat Lebih Tinggi dan Kisah Klasik Untuk Masa Depan sebagai penutup.

Jika berkesempatan, tahun depan datanglah lagi ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan