Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'CARRIE JUNIOR' TAMPIL KOLEKSI 'SUKAN RIA'


Jenama 'Carrie Junior' sudah tentu tidak asing bagi golongan ibu bapa yang mempunyai anak khususnya bayi atau pun yang berusia bawah daripada 7 tahun.

Ko orang ingat tak masa ko orang dimandikan kecil-kecil dahulu... Ko orang suka mandi tak?

Kalau dah berzaman berlalu tentulah lupa kan tetapi bagi ibu bapa sudah tentu ingat bagaimana sukarnya untuk mengajak anak-anak mandi.

Bila tiba waktu mandi jenuh kita kena berkejaran dengan anak-anak untuk membawa mereka ke bilik air....

Dulu-dulu mana ada lagi sabun 'Carrie Junior" ke apa ke hanya sabun buku kanak-kanak menjadi pilihan untuk sabun.

Tetapi dengan perkembangan dunia sekarang sudah ada pelbagai jenama di pasaran yang direka khas untuk mandian kanak-kanak dan "Carrie Junior" antara produk popular di kalangan anak-anak mahu pun ibu bapa.

Bermain dengan air  sekarang ini merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan. 

Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

Iya lah ...kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. 

Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.

Tetapi yang penting selepas bermandikan peluh dengan apa sahaja 'permainan' mereka perlu bersihkan diri dan mandi itu harus bagi mensucikan diri daripaga segala kekotoran kan.


Baru-baru ini, Kak Fas menerima satu bungkusan daripada Salina & Associates PR Sdn Bhd yang mengandungi sebotol rona biru sabun mandian bayi "Carrie Junior" aroma 'Cheeky Cheeky.' dengan sekeping mainan trek balapan eksklusif. Namun mainan ini agak tidak sesuai lah untuk kanak-kanak bawah 3 tahun dan perlu diawasi ibu bapa memandangkan ia turut dilengkapi dengan sebiji dadu.

Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah me reka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka.

Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.


CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.


Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml

Seronok lah budak budak sekarang bermandi manda ya... tak macam kita dahulu bila emak panggil nak mandi... lari dan menyorok haha... sebab tiada mainan yang dapat melekakan waktu mandi ketika itu apatah lagi air pulak sejuk... sekarang ada air panas lagi... lagilah nyaman rasa waktu mandi... segar je ya tak anak-anak?



Tiada ulasan: