Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'JAMPI' HAEL HUSAINI PIKAT 6.1 JUTA PENONTON


Penangannya yang cukup bertenaga disokong oleh lagu yang sedap halwa telinga mendengarnya, Hael Husaini  berjaya 'menjampi' 6.1 juta penonton  baik di rumah mahu pun di Arena Axiata Stadium, Bukit Jalil terhadap lagu 'berhantu'nya, "Jampi".

Kenapa Kak Fas kata lagu 'berhantu'? Bukan kerana persembahannya diselubungi cahaya merah tetapi lagu ini memang popular dan menjadi siulan bukan sahaja dewasa dan remaja tetapi turut digemari kanak-kanak.

"Memang sukar untuk melagukan satu perkataan seperti 'jampi' ke dalam lagu tetapi anak muda ini mampu melakukannya. Syabas!," komen Azmeer sebagai ketua juri AJL32 yang berlangsung pada malam Ahad lalu.

9 juri professional lainnya terdiri daripada Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Lokman Uzir (Lok U), Edrie Hashim dan Aizat Amdan.



"Kesemua pihak juri sebulat suara setuju 'Jampi" layak dinobatkan sebagai juara kerana lagunya memang terbaik." jelas Azmeer berhubung kemenangan Hael Husaini menewaskan lagu 'Sejati' (Faizal Tahir/Mike Chan) mahu pun penyanyi seangkatan, Haqiem Rusli dengan lagu 'Tergantung Sepi".

Menurut Azmeer walau pun markah kemenangan adalah tipis daripada pemenang kedua dan ketiga namun 'Jampi" mengutip lebih mata atas faktor populariti lagu itu kepada kalayak ramai.

Rasanya tak perlu lah Kak Fas celoteh panjang berhubung persembahan dan pertandingan AJL32 ini kan, sebab sudah tentu semua dapat menontonnya melalui siaran langsung di peti telivisyen masing-masing di rumah atau pun yang berada di Stadium ya tak?

Yang mungkin ko orang tak tahu ialah AJL32 kali ini berjaya mendominasi separuh penonton dengan 56.3% market share mengatasi pelbagai program menarik yang turut bersiaran pada masa dan waktu yang sama di stesen televisyen lain.  (sumber: Nielsen)

Platform penstriman video pertama dan nombor satu di Malaysia, tonton, yang menyiarkan acara gilang gemilang AJL 32 secara langsung dan berdefinisi tinggi (HD) turut mencatatkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lepas apabila menarik 350,000 pelawat (peningkatan unjuran lebih dari 121%) berbanding 2017 dicatatkan menonton menerusi  portal video rasmi tonton (www.tonton.com.my), tonton Facebook (Live), serta aplikasi tontonmy di tablet dan telefon bimbit (android/iOS). 

tonton menyiarkan siaran langsung AJL 32 bermula dengan acara Karpet Merah Pop TV, jam 8.30 malam selain turut mengisi kandungan istimewa `tonton Backstage Live’ serta 4 kapsul  semasa tayangan slot iklan bersama hos Zulin Aziz istimewa buat pelanggan VIP tonton. 

Buat julung kalinya tonton mengambil inisiatif menganjurkan acara pasca parti `After Party Rated Xtra’ yang berjaya menarik hampir 73,000 penonton menerusi laman Facebook @tontonmy yang disiarkan bermula jam 12.00 tengah malam, selama satu jam.

 Acara Karpet Merah dan tontonan 15 minit pertama AJL 32 di laman Facebook yang sama turut berjaya menarik tontonan hampir 80,000 penonton. 

Satu kejutan bagi portal terbaharu xtra.com.my apabila berjaya mencatatkan 160,000 tontonan video di laman Facebook tonton Xtra Viral. Paparan halaman pula menghampiri 200,000 unit di laman xtra.com.my manakala bilangan pelawat unik mencecah 110,000 pengunjung.

Selain itu, AJL 32 turut trending nombor 1 di Malaysia dan di seluruh dunia! Mengikut statistik atas talian (online), #AJL32 telah digunakan sebanyak 3.5 juta di laman sosial (Facebook, Instagram & Twitter) sepanjang tiga jam AJL 32 bersiaran langsung.

Menurut Encik Johan Ishak  (tiga dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad:

“Kami amat berbangga dengan peningkatan jumlah tontonan pada tahun ini serta pujian yang diterima dengan reka bentuk pentas AJL 32 yang kelihatan gah, pemilihan persembahan dan artis selingan bertepatan dengan tema Fesyen dan Muzik dan juga gandingan pengacara yang berjaya mengawal suasana dengan baik sekaligus memberi tanda aras baru yang memberi impak bagi penganjuran AJL, AJL 32 adalah di antara yang terbaik pernah dianjurkan. Tidak dapat dinafikan juga, barisan finalis pada tahun ini dengan gabungan penyanyi lama dan baru ini menjadi daya penarik terbesar yang menambahkan lagi peningkatan jumlah tontonan tidak hanya di kaca televisyan malahan melalui platform digital juga telah naik lebih 100% memberi tanggapan lagu-lagu mereka ini menepati citarasa masyarakat kini.”

 .
Keserasian Alif Satar dan Sherry Al-Hadad  berjaya meletakkan mereka di kelas tersendiri sebagai pengacara AJL 32.  Manakala Karpet Merah yang bersiaran di Pop TV, TV9 pada jam 8.30 malam telah diacarakan oleh Nana Mahazan dan Shuk Sahar. 

Pentas AJL 32 turut diserikan lagi dengan persembahan penuh bertenaga oleh ratu tari Malaysia, Stacy bersama Waris diiringi petikan gitar oleh Edrie Hashim dan AG Coco dengan lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang

Manakala untuk persembahan penutup menggabungkan penyanyi era 60-an iaitu Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin bersama Datuk Awie dan Siti Sarah yang menyanyikan lagu-lagu popular genre Pop Yeh Yeh secara medley iaitu Tak Mengapa, Suzana & Hidup Bersama, Syurga Idaman, Siapa Gerangan dan Kenanganku.

Kru produksi AJL 32 diterajui oleh Nurhul Huda Hj. Khalid selaku penerbit eksekutif dan Aida Azira Hussin selaku penerbit.


Tahniah juga diucapkan bagi finalis lain seperti Ara Johari, Dayang Nurfaizah, Hazama, Khai Bahar, Salma & Wany Hasrita, kerana telah berusaha memberikan persembahan terbaik mereka demi AJL 32.

KEPUTUSAN PENUH AJL 32:

Juara: Jampi - Hael Husaini
Komposer & Penulis Lirik: Hael Husaini/Ezra Kong
Hadiah: RM 50, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10, 000

Tempat Kedua: Sejati - Azmi Caliph Buskers (nyanyian asal Faizal Tahir)
Komposer & Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan
Hadiah: RM 35, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Tempat Ketiga: Tergantung Sepi - Haqiem Rusli
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran
Hadiah: RM 20, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Vokal Terbaik: Aku Cinta – Syamel & Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik: Syamel
Hadiah: RM12, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Persembahan Terbaik (dibawakan oleh Samsung): Amboi - Altimet
Komposer & Penulis Lirik: Navigator/Altimet
Hadiah: RM12, 000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2, 000 & telefon pintar Samsung A8

Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung: Bayang – Khai Bahar
Komposer & Penulis Lirik: Alam (Harry Khalifah)/ Patrick Anohada
Hadiah: Trofi & telefon pintar Samsung A8+





Corat coret:

  • Kak Fas tertarik dengan penampilan Iqram Dinzly yang Kak Fas kenali dahulu seorang pelakon lelaki yang merendah diri dan tidak banyak karenahnya. Namun pada malam AJL32 Iqram tampil dengan gaya ala ala wanita berpakaian jaket, seluar 'thight' dan skirt jarang labuh.Aneh rupanya tetapi itulah Iqram Dinzly sekarang yang khabarnya mahu menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit. Gelagat dan penampilannya itu membuatkan netizen menganggap beliau menghadapi masalah mental. Namun Kak Fas tengok ok je.... siap ambil telefon bimbit dah 'berselfie' dengan Kak Fas lagi. Ingat nak suh orang ambil gambar bersama dia tetapi dia pula yang rampas hp Kak Fas dan mula posing huhu. Ditanya sape menaja bajunya Iqram selamba menjawab 'sendiri je..."Apa pun malam itu Iqram menjadi rebutan ramai yang mahu bergambar dengannya..
  • Nur Sajat yang hadir juga tidak ketinggalan menarik perhatian penonton dengan gayanya yang lemah lembut dan berjalan sambil melambai-lambaikan tangannya persis Ratu Cantik. Setiap kali kelibatnya kelihatan satu stadium akan bersorak. Sorakan tu tanda suka ke,benci ke atau pun sindir ke tak tahu lah tetapi Sajat memang nampak jelita di sebalik isu jantinanya yang masih belum selesai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan