Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AME2018: MULAKAN UNDIAN ARTIS KEGEMARAN ANDA


Anugerah MeleTOP Era (AME) 2018 kembali semula dengan musim ke 5. 
Jika dah lima kali penganjurannya sudah tentu ia akan menjadi sebuah anugerah yang lebih mantap dan 'happening'.
Tetapi dukacitanya Kak Fas belum sekali pun hadir ke Anugerah MeleTOP sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2014.
Kenapa? Emmm... biarlah Rahsia ya.. haha...
Apa pun pada sidang media yang diadakan bagi mengumumkan Top 20 .AME, Kak Fas sempat meluangkan waktu hadir. 
Untuk info korang semua AME 2018 tahun ini akan berlangsung di  Axiata Arena, Bukit Jalil pada 8 April ini, jam 9 malam.

Jika tidak dapat hadir jangan gusar kerana korang boleh sahaja layan majlis berprestij ini melalui siaran eksklusif di empat saluran utama Astro iaitu Ria (Astro 104), Prima (Astro 105), Ria HD (Astro 123) dan Maya HD (Astro 134).
Jangan penting tandakan kalendar korang awal-awal agar tidak terlepas pandang ya..
Yang pasti jika ada perubahan pada anugerah pun yang tak berubah AME masih mengekalkan duo popular mereka... siapa lagi jika bukan Neelofa dan Nabil Ahmad sebagai hos.
Mereka pun dah ada 'chemistry' kan jadi kalau ditukar kepada orang lain rasa macam tak kena pulak nanti ....
Begitu pun... untuk senarai calon Top 20 bagi 16 kategori dipertandingkan, proses senarai pendek dilakukan secara tertutup menerusi penilaian sepasukan panel juri khas berpengalaman.
Dan seperti diduga, beberapa nama dominan dan popular tersenarai bukan sahaja untuk satu kategori tetapi lebih daripada itu. Namun tahun ini banyak memperlihatkan artis generasi baharu menguasai carta antaranya seperti Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Hannah Delisha dan ramai lagi yang seangkatan.
Selain mereka, turut tersenarai dalam pencalonan awal Top 20 itu termasuklah Farah Nabila, Ismail Izzani, Afifah Nasir,  Atmosfera, Fendy Bakry, Nastia, Shana, Putera Band dan Sangeeta Krishnasamy.
Tidak ketinggalan,  Aishah Azman, As’ad Motawh, Syazuwan Hassan, Nadzmi Adhwa, Elvina Mohamad,  Jasmine Suraya, Oktovia Manrose dan Yaya Zahir,
Kumpulan Floor 88 pula mendapat tiga pencalonan iaitu Lagu MeleTOP (Zalikha), Grup/Duo MeleTOP dan Artis Baharu MeleTOP. 
Turut menerima tiga pencalonan awal Top 20 ialah Siti Nordiana dan Alif Satar.


Sementara itu, Zizan Razak menerima lima pencalonan  daripada 16 kategori  menerusi kategori Duo MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, dan Fesyen MeleTOP. 
Wah pukul habis nampak gayanya Abang Long Fadhil ni.

Anugerah berdasarkan undian 100 peratus peminat ini mempunyai dua fasa undian di mana untuk fasa pertama bagi menentukan Top 5  undian sudah dibuka sejak 22 Januari lalu dan berakhir pada 23 Februari ini pada jam 12 tengah hari menerusi laman web www.anugerahmeletopera.com.my.

Bagi fasa kedua pula, undian penentuan pemenang setiap kategori boleh dibuat menerusi laman web rasmi, aplikasi ERA dan Raku serta kiriman SMS bermula 6 Mac ini, jam 1 tengah hari hingga 8 April, jam 12 tengah hari.
Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Harris dalam ucapan aluannya pada majlis pengumuman Top 20 memberitahum penganjuran AME 2018  adalah satu inisiatif yang besar dan bukan sekadar tempelan semata-mata.
“Penganjuran hiburan berskala besar ini mampu memacu industri seni tempatan ke tahap lebih jauh dan bukan sekadar acara tempelan. Ia juga menjadi medan memperagakan fesyen selain mengiktiraf golongan yang giat berkarya sepenuh hati,” katanya.
Jadi korang apa lagi... jika nak artis kesayangan korang menang mulalah mengundi ya...
Good luck alls!
Kak Fas: Tunggu pengumuman Top 5




Tiada ulasan:

Catat Ulasan