Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'POWER BANK' TRONSMART 10,000mAh TAHAN LAMA


Bila Kak Fas sebut 'Tronsmart' rasanya tentu ramai yang dah tahu jenama ini khususnya mereka yang sering mengikuti perkembangan industri tech.

Iya... Tronsmart adalah pengeluar aksesori telefon pintar terkemuka yang kini sudah pun berada di pasaran Malaysia. Sudah banyak produk yang diperkenalkan meliputi Titan Plus 90W Multi-Port USB Charger, BRIO 20,100 mAh PD Power Bank, AIRAMP Dual Coil Wireless Charger dan W2DT Wall Charger.

Produk-produk tersebut direka khusus untuk menyenangkan kehidupan pengguna apatah lagi ia berkualiti.

Dan bila sebut senang... Kak Fas akui memang mudah jika memiliki produk ini khususnya 'power bank' sebagai contoh.

Kak Fas ni seorang yang tidak lekang dengan telefon pintar dan kerana itu Kak Fas perlu sentiasa ada 'power bank' di dalam bag tangan. Kadang tu berat sungguh bag gara-gara membawa dua tiga buah 'power bank.'

Pendekata, ramai juga lah yang bila angkat bag tangan Kak Fas mereka komen 'amboi beratnya... mesti bawa duit banyak ni.' 

Well... tekaan tu salah... bag berat bukan kerana duit banyak tetapi kerana bawa dua tiga buah 'power bank' haha...

Tetapi setelah dipertemukan dengan Tronsmart segala masalah bahu sakit kerana pikul bag berat sudah selesai... terima kasih kepada Tronsmart Presto 10,000maH power bank yang telah diberikan untuk 'review' baru-baru ini.

'Power Bank' berkenaan berkapasiti sedehana, memnpunyai teknologi  Qualcomm Quick Charge yang mana ia mempunyai kekuatan 4 kali ganda untuk pengecasan pantas dengan sokongan teknologi pengecasan pantas FCP yang biasanya dilengkapkan di dalam peranti telefon HUAWEI.

Bersaiz agak kompak, ia mempunyai kapasiti 10.000mAh dan paling menarik pengecasan yang dilakukan amat pantas waima disokong oleh Quick Charge 3.0 yang memberikan jumlah pengecasan 4 kali lebih pantas, disediakan oleh Quallcomm.

Kepadatan bateri, diperbuat dengan material plastik yang teguh dan mudah dipegang kerana bersaiz poket sebesar tapak tangan. Bateri nya mempunyai kapasiti keupayaan sebanyak 30 peratus pengecasan dan bateri LI-POLYMER ini boleh dikategorikan selamat dan efisyen di dalam semua kelas ketegori produk sebegini.


Selain itu, Tronsmart Presto 10000mAh Power Bank ini mempunyai slot pengecasan Micro-USB QUICK CHARGE 3.0 sebagai sumber pengecasan utama peranti ini. 

Pada Powerbank Presto 10,000mAh terdapat tiga slot pengecasan iaitu dua port untuk pengecasan peranti dan satu port untuk pengecasan powerbank ini.

Port rona  hijau hadir dengan sokongan Quick Charge 3.0 yang mampu mengeluarkan output maksima 5V/3A, 9V/2A dan 12V/1.5A manakala port yang berwarna hitam dengan teknologi VoltiQ pula mampu mengeluarkan output maksima 2.4A.


Teknologi VoltiQ yang digunakan  pada port berwarna hitam powerbank  ini  mampu melaraskan jumlah tenaga dan watt yang disalurkan pada peranti bagi pembekalan tenaga yang secukupnya dan juga tanpa pembaziran.
Pendekata, VoltiQ secara automatiknya boleh mengesan peranti anda sebelum menawarkan kadar pengecasan pantas yang maksima.
Terdapat 10 ciri keselamatan tambahan yang melengkapi kehebatan produk ini antaranya ialah Electrostatic Protection, Input Overvoltage Protection, Output Overvoltage Protection, Short-circuit Protection,  Intelligent Output Identification, Input overcurrent Protection, Output overcurrent Protection, Charging Time protection, Tempreture Protection dan Battery overcurrent Protection.

Apabila mencuba 'power bank' ini ia memang memudahkan memandangkan hanya dengan membawa Tronsmart Presto 10000mAh  sahaja Kak Fas boleh mengecas tiga telefon bimbit dalam masa sehari. Jadi dah tidak perlu membebankan bahu Kak Fas dengan bag yang berpikul pikul beratnya.

Hanya bawa Tronsmart Kak Fas dah boleh rasa lega dan selamat apabila telefon bimbit ketiadaan bateri sebab kuasanya tahan lama.

Begitu juga waktu mengecasnya kembali ia tidak mengambil masa lama tetapi jika mahu lebih tahan baterinya elok juga dibiarkan ia cas semalaman sekiranya bateri dah nampak kosong dan lampu tidak lagi berkelip-kelip.

Pendekata, Kak Fas memang rekomen 'power bank' Tronsmart ini kepada pengguna yang sering menggunakan telefon bimbit mahu pun komputer riba kerana ia juga boleh mengecas alat peranti besar itu. 

Jika anda mahupun kuasa yang lebih boleh juga memilih 'power bank' yang mempunyai bateri berkuasa 20,000 atau pun 40,000maH.

Produk ini boleh didapati dibeberapa platform perniagaan atas talian antaranya :
Lazada: https://goo.gl/CAhvVV11street https://goo.gl/GpVBRd dan  Lelong https://goo.gl/28wURB

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang Tronsmart Malaysia: http://malaysia.tronsmart.com/

Kak Fas: Terima kasih daun keladi. Love the product.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan