Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

EMPAT TERSINGKIR BINTANG RTM 2018


Sejak mula bersiaran pada 27 Januari lalu, baharu hari ini (10 Februari 2018) Kak Fas berkesempatan menyaksikan 'Bintang RTM 2018' terbitan RTM yang dibawakan secara langsung di tv2.

Bukan apa... waktu tidak mengizinkan untuk Kak Fas berada di hadapan tv tetapi hari ini ada kelapangan jadi Kak Fas pun layan program pencarian  bintang yang banyak melahirkan 'bintang-bintang' popular seperti Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar dan ramai lagi.

Untuk tahun ini sebagaimana ramai yang sudah maklum seramai 16 peserta terbaik telah dipilih untuk beradu nasib di mana cuma 12 orang sahaja akan diserap ke pentas sebenar Bintang RTM 2018.


Terdiri daripada 10 wanita dan enam lelaki mereka  ialah  Sharifah Zafieka Syed Zakaria, 17, Siti Nur Nadia Mohd Rozi, 23, Yuveena Gunainthran, 18, Sharifah Rusilmu Imani Syed Hussain ,17, Nur Jannah Abu Hanipah, 19, Nur Alfatwa Marcus Mohamad Nordin, 20, Ferona Paimin, 21, Heidi Vanessa Moruning, 23, Yasmin Nadira Aqila Zainudin, 23 dan Siti Nur Atiqah Afendi, 18.

Enam peserta lelaki pula ialah Muhammad Hafiz Zainal, 25, Fadhli Hariz Fayahet, 24, Muhammad Yasser Sharifudin, 21, Herman A Hamid, 20, Muhammad Qaidzul Zainal Abidin, 19, dan Mohd Firdaus Materang, 25.

Daripada nama-nama yang disebut di atas malam ini empat peserta terpaksa meninggalkan pentas akibat memperoleh markah terendah.

Mereka ialah Nur Alfatwa Marcus Mohamad Nordin atau nama timangannya UNO,  Siti Nur Atiqah Afendi aka Bae,Yasmin Nadira Aqila Zainudin dan  Sharifah Zafieka Syed Zakaria,aka Eyka. 

Keputusan tersebut diumumkan dengan hati yang berat oleh juri tetap Adibah Amin yang turut disertai AG Coco serta juri jemputan Acis.  

Bintang RTM 2018 yang dihoskan oleh bekas peserta Bintang RTM juga iaitu Misha Omar dan Aqasha membariskan tenaga pengajar yang terdiri daripada Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie (guru persembahan), Dato Syafinaz Selamat (guru vokal), Alam Wakaka (guru tari) dan Atilia Haron (guru kecergasan).

Bintang RTM 2018 masih mengekalkan format penjurian 100 peratus oleh juri profesional dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada setiap Sabtu, pukul 8.30 hingga 10.30 malam.

Ia juga boleh diikuti secara dalam talian menerusi RTM mobile dan laman facebook Hiburan TV RTM.

Siapakah yang akan menyerlah dalam Bintang RTM 2018 tahun ini? Kita tunggu dan lihat ya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan