Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DR. NAJMIL FAIZ PEMANGKIN PEMBANGUNAN WADIRA


Kak Fas dah lama tidak membuat liputan berhubung sebarang hal berkaitan agensi Kerajaan seperti Felcra contohnya.

Maklumlah tiada kenalan dalam organisasi itu waima tidak mendapat jemputan.

Tetapi baru-baru ini atas undangan  Ketua Pengarah Seranta Felcra Berhad yang Kak Fas kenali iaitu Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris yang juga suami kepada usahawan dan pengasas jenama Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya, dapatlah Kak Fas mendekati dan memperoleh maklumat berhubung program-program Felcra di mana terbaharu sudah tentu berkaitan WADIRA.


Mula-mula agak blur juga apa itu Wadira  tetapi setelah diberikan penerangan oleh Dr. Najmil Faiz baharulah Kak Fas faham Wadira adalah singkatan bagi Pertubuhan Wanita Dinamis Felcra gitu.

Timbul pula tanda tanya lain… apa kaitannya dengan Felcra atau nama penuhnya Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutan ini?

Meh Kak Fas jelaskan secara ringkasnya ya…

WADIRA ditubuhkan sejak tahun 1979 di FELCRA Berhad Seberang Perak, mempunyai 83 cawangan di seluruh negara dengan keahlian seramai 17,562 orang.

Antara objektifnya ialah mewujudkan wanita berpengetahuan, maju, progresif dan dinamik serta boleh memainkan peranan aktif dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga.
Dengan keahlian yang besar ini, pihak FELCRA berharap ia dapat mencipta perubahan, sekali gus pendekatan baharu untuk meneruskan legasi dibina bagi pembangunan wanita FELCRA di negara ini serta kesedaran kepada ahli dalam komuniti FELCRA lain untuk mendepani perubahan dan pembangunan negara masa kini selaras dengan inspirasi kepimpinan negara.



Anda faham kan?

Dan baru-baru ini selama dua hari buat julung kalinya, Felcra Berhad menganjurkan Konvensyen Perdana Wadira bertujuan memberi kesedaran kepada ahli Wadira untuk mendepani perubahan dan pembangunan negara masa kini serta hadapan.

Konvensyen berkenaan menjadi titik penting memandangkan Wadira memerlukan transformasi selain pendekatan baharu untuk meneruskan legasi dibina bagi pembangunan wanita Felcra di negara ini.

Sehubungan itu, satu pelan transformasi dilancarkan bag memantapkan pengurusan insitusi tersebut menjelang tahun 2022.



Pelan transformasi WADIRA FELCRA berkenaan  menggariskan 10 pelan transformasi utama yang mengandungi 20 teras pelaksanaan meliputi aspek-aspek  seperti Pengurusan, Kesihatan, Pendidikan Kanak-kanak, Keusahawanan. Keahlian, Jaringan Kerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan serta Pembangunan Modal Insan.

Justeru, bagi mencapai matlamat tersebut, sebanyak RM830,000.00 dl peruntukkan oleh FELCRA Berhad di mana setiap WADIRA yang tarlibat akan menan’ma peruntukan sebanyak RM10.000 bagi pelaksanaan program di peringkat akar umbi.

Peruntukan ini akan di gunakan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosio ekonomi yang di jangka dapat di manfaatkan oleh 17,562 ahli WADIRA dari 83 unit Perkumpulan Wadira di seluruh negara.

“Dengan pelan transformasi tersebut diharap  ahli-ahli WADIRA  akan lebih jelas dengan hala  tuju kepimpinan Felcra, kepimpinan negara dan lebih tahu tentang isu isu semasa dan tidak mudah menerima cerita atau berita yang tidak jelas dan berunsur negative,” jelas Dr. Najmil yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Kejaaan seorang suami sudah tentu dengan sokongan isteri seperti Dato Ida Suraya (kiri). Turut meraikan kehadiran Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ketika melawat gerai-gerai pada Konvensyen WADIRA di PWTC.









Majlis pelancaran Pelan Transformasi Wadira disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang turut dipilih sebagai Ikon Inspirasi WADIRA FELCRA atas sumbangan beliau dalam pembangunan sosia-ekonomi wanita dan kanak-kanak terutamanya menerusi kejayaan Program Permata Negara cetusan ideanya.
Sebagai Ketua Pengarah Seranta sudah tentu tanggungjawab dipikul seorang intelek muda negara seperti Dr. Najmil untuk melihat WADIRA terus mengorak maju menjadi keutamaannya.

Mengulas lanjut berhubung masa  depan Wadira, Najmil Faiz yakin Wadira  mampu menonjolkan diri sebagai pertubuhan wanita yang berketrampilan khususnya dalam mengharu­ngi cabaran ekonomi masa kini.



Menurutnya, Wadira adalah lambang kejayaan pembangunan wanita Felcra yang legasinya akan berterusan selaras dengan kejayaan dan pembangunan ekonomi negara.

“Kemajuan arus ekonomi perlu bergerak seiring dengan Wadira bagi memastikan ia terus dinamik dalam memperju­angkan kepen­ti­ngan wanita Felcra,” kata beliau.

Kak Fas percaya Dr. Najmil, 36,  mampu melaksanakan impian tersebut waima beliau sendiri pun seorang doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan di University Metropolitan, Leeds malah pencapaian terbaiknya tentulah semasa beliau berjaya membuka mata orang putih di United Kingdom (UK) terhadap kebolehan rakyat Malaysia menerusi inovasi hasilnya.

Beliau menjadi pelajar Malaysia yang pertama diberi penghormatan dan pengiktirafan membentangkan kajiannya kepada anggota Parlimen United Kingdom di London pada 14 Mac 2005.

Najmil tidak menghampakan apabila anggota Parlimen yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan ideanya tetapi juga memberikan galakan kepadanya untuk meneruskan kajian beliau yang membabitkan “Nano” dan “Micro-Machine Process”.

Hasil daripada pembentangan yang memancarkan kecemerlangan akademik dan mutu kajian yang tinggi itu, Menteri Perindustrian Britain Brian Edden ketikamenawarkan Najmil peluang seumur hidup untuk membentangkan hasil kajiannya di House Of Common, Westminster di London itu.

Kajiannya yang memenangi anugerah “The Best Research of Good Prospect” itu berkaitan teknologi mengurangkan geseran yang mampu mengurangkan kos serta meningkatkan keefisienan dalam industri dan sektor pembuatan.


Pengurangan geseran itu membantu meminimumkan kehausan terhadap peralatan yang digunakan dalam sektor perkilangan.

Penggunaan teknologi yang dihasil menerusi kajian itu membolehkan sektor perkilangan dan pembuatan di dunia menjimatkan kos berbilion ringgit.

Wah! Hebat kan seorang anak muda, berasal dari kampong teman haha iaitu Ipoh ini …. berjaya mengharumkan nama Malaysia di luar Negara.

Jika tugasan berat itu berjaya dipikulnya apatah lagi memikul WADIRA… pasti ‘kacang’ kan Dr. Najmil haha?

WADIRA sudah tentu bertuah mendapat seorang Ketua Pengarah yang bukan sahaja kacak orangnya tetapi berbudi bahasa malah lembut pula tutur katanya. Memang sesuailah Wadira rujuk kepadanya jika berbangkit dengan sebarang pertanyaan atau masalah.
Lagi pun, Felcra Berhad sentiasa memainkan peranan penting kepada Wadira dengan menyalurkan bantuan modal dan peralatan untuk aktiviti ekonomi.

“Felcra memperuntukan bantuan pengubahsuaian bangunan dan pusat aktiviti ekonomi tidak lebih daripada RM15,000 selain menganjurkan kursus, latihan dan bengkel dalam usaha meningkatkan penge­tahuan ahli Wadira,” ujar Dr. Najmil yang sentiasa mengutamakan kehendak WADIRA FELCRA.

Akhir kata, Dr Najmil Faiz  berharap Wadira  akan lebih dikenali dimata masyarakat dan lebih mantap sebagai pengerak dan penjana ekonomi diperingkat luar bandar hingga ke bandar mahupun seluruh Malaysia dan Antarabanbangsa.




Tiada ulasan: