Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RAIKAN MINGGU SETIAUSAHA DI HOTEL TENERA, BANGI, 25 APRIL


April dah nak dekat u alls....

Selalunya bila tiba bulan yang selalu menjadi bahan usikan ramai dengan ungkapan 'April Fool' ini apa agaknya perkara lain yang terlintas di fikiran anda?

Bagi para Setiausaha sudah tentu April dinanti-nantikan waima ini adalah bulan mereka menyambut Minggu Setiausaha.

Dan lazimnya pada bulan ini juga beberapa hotel sekitar ibu kota mahu pun di seluruh negara akan menganjurkan beberapa majlis makan tengah hari atau pun malam bagi meraikan golongan Setiausaha ini.

Tetapi tahun ini Kak Fas dapat rasakan penganjuran Minggu Setiausaha di hotel-hotel ternama khususya di ibu kota Kuala Lumpur agak suram.

Setekat ini belum lagi ada khabar berita atau sidang media berhubung sebarang majlis meraikan Minggu Setiausaha di sekitar Kuala Lumpur.

Tup! Tup! sebuah hotel baharu di Bangi menjemput ke majlis sidang media 'Luncheon With The Stars' yang bakal dianjurkan sempena meraikan Minggu Setiausaha pada 25 April nanti.

Lebih  menarik lagi,  Hotel Tenera ini memilih dua figura ternama dengan vokal luar biasa berkongsi pentas iaitu Raja Pop, Dato Jamal Abdillah serta Ratu R&B, Dayang Nurfaizah.

Apabila melibatkan dua nama hebat ini sudah tentu Kak Fas tidak melepaskan peluang hadir kerana kedua mereka ini antara penyanyi idola Kak Fas.

Nasib baik  Kak Fas hadir dapat jugalah berkenalan dan bertemu dengan isteri terbaharu Jamal yang turut hadir, Datin Zaizatti Khiruddin, 24 tahun. Apa lagi sudah tentu Kak Fas tidak  melepaskan peluang bergambar dengan kedua pengantin baru yang baharu setahun bernikah ini. Malah ini pertama kali Jamal membawanya berdepan pihak media.

Wah! Hebat kan...Hotel Tenera yang  bertaraf 4 bintang dengan kapasiti sebanyak 502 bilik merangkumj 2 blok iaitu blok hotel dan blok apartment dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan diuruskan oleh KPF Hotel Managernent Sdn Bhd., mampu membawa Jamal dan Dayang untuk bertemu para Setiausaha yang tinggal sekitar Bangi dan yang terdekat dengannya.

Sudah tentu mereka mempunyai alasan memilih dua nama besar dalam industri seni hiburan ini kan?

“Kami memilih Dato’ Jamal Abdillah dan Dayang Nurfaizah kerana kredibiliti mereka dalam industri seni suara tanah air yang sentiasa memberikan persembahan terbaik dalam setiap acara, dan kami ingin kongsi bersama pada semua tetamu kami,” kata Muhamad Shafe, Pengurus Besar Hotel Tenera.

Itu dia jawapannya! 

.
Pelaksanaan program berkenaan  juga sudah tentu merupakan  salah satu strategi dalam memperkenalkan nama Hotel Tenera yang baru saja memulakan operasinya hujung tahun lalu.

Antara kemudahan yang disediakan Hotel Tenera meliputi  ruang acara seperti Dewan Utama – Grand Ballroom yang boleh memuatkan sehingga 1200 tetamu pada satu-satu masa dan 10 biiik seminar yang terletak di tingkat 3.

Selain daripada itu, terdapat 3 kolam renanq di mana 2 daripadanya terletak di blok hotel dan 1 lagi di blok apartment.  Dan istimewanya satu kolam renang  dikhaskan untuk kegunaan wanita bagi memberi keselesaan kepada mereka.

Jadi andainya dah terasa letih selepas menjamu selera sambil dihiburkan oleh kedua-dua artis hebat ini bolehlah membuat tempahan bilik tidor sekali gus ya tak? Itu pun kalau dapat cuti daripada boss ya tak?

Jika berhajat sedemikian eloklah mulakan dengan tempahan meja yang mempunyai tiga jualan iaitu RM280 seorang untuk meja Silver, RM380 untuk meja Gold dan RM500 seorang untuk meja Platinum yang dilengkapi dengan set makan tengahari istimewa dari tukang masak hotel.

Jamal dan Dayang dijangka menyampaikan lagu-lagu popular masing-masing selama 45 minit setiap seorang namun mereka akan mendendangkannya menggunakan 'minus one' tanpa iringan pemuzik 'live'.

Bagi Jamal katanya, bernyanyi secara 'minus one' lebih sukar kerana penonton sudah pasti memberi tumpuan sepenuhnya pada penyanyi jadi tidak boleh silap ....'semua orang nampak nanti." tambahnya.

Bersetuju dengan pandangan tersebut Dayang berjanji akan memberikan sepenuhnya penghayatan agar penonton rasa puas dengan persembahan setiap lagunya. 

Acara ini juga turut mendapat kerjasama dari stesen radio Suria FM – Segalanya Hiburan sebagai radio rasmi dalam urusan berkaitan promosi.

Melalui Suria FM, peminat kedua artis terkenal ini  berpeluang untuk memenangi tiket masuk secara percuma, Jadi jangan lupa mendengar siaran Suria FM setiap hari tau.

Mana tahu hari itu anda bertuah dan dapat meraikan Minggu Setiausaha bersama Jamal dan Dayang!

Apa pun, untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 019 2610796 atau emel kepada adib.m@tenerahotel.com.my





Tiada ulasan:

Catat Ulasan