Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BELAJAR STRATEGI NIAGA 'ONLINE' 12 PURNAMA


Kak Fas bukan pandai berniaga malah jauh sekali nak bergelar usahawan. Belum ada bayangan nak jual apa apa lagi kecuali "jual" tulisan untuk netizen baca sewaktu santai hihi... sebab,,,,,,itulah kepakaran Kak Fas sejak 28 tahun menceburi dunia kewartawanan sehinggalah ke hari ini Kak Fas sambung  menulis dalam blog ini.

Tetapi apa yang Kak Fas nak kongsikan ada kaitannya dengan hal perniagaan malah mampu membangunkan kembali semangat nak berniaga bagi mereka yg pernah jatuh bangun ketika berjinak2 berniaga.

Dewasa ini berniaga secara dalam talian semakin mendapat tempat di hati ramai. 

Iya lah... cara  sedemikian bole menjimatkan  kos operasi perniagaan. Tak perlu ada pejabat, ada kakitangan dan seumpama. Cukup jika ada komputer dan laptop sudah memadai waima segala urusan boleh dilakukan pada hujung jari sahaja.

Pun begitu, jika terror dengan seluk beluk IT pun belum memadai jika ilmu kosong di dada. Tanpa cukup ilmu berhubung cara mengendalikan bisnes online bukan mudah untuk menjana keuntungan. Pendekata, ada duit pun jika tak pandai urus bole lingkup bisnes.


Menyedari hakikat itu dan atas pengalaman pernah jatuh dalam berniaga tertubuhnya kumpulan Geng Ultra dipimpin pengasasnya, Ku Addy Fazly Ku Raden, 35, bersama guru niaga, Tuan Izan Shafie (kanan), dengan objektif membantu usahawan baharu atau pun lama yang gagal dalam  perniagaan untuk bangun kembali.

Sejajar dengan moto  mereka 'Bantu Dulu Sebelum Dibantu', Geng Ultra ditubuhkan pada November  2016  di mana dua projek sebelum ini  iaitu Seminar Bangkit dan Seminar Terbang TInggi berjaya menaik lebih 1,000 peserta yang memperoleh idea mengenal prinsip asas strategi pemasaran berkedan dan juga strategi yang diterapkan oleh ramai usahawan dala meningkatkan jualan dan keuntungan.

Tetapi sebelum Kak Fas story lagi panjang, anda mesti na tahu kan apa dan bagaimana tercetusnya nama Geng Ultra ini? Bunyi macam Ultraman  jer kan haha?

JIka korang teka macam Kak Fas... memang tepat huhu kerana nama Geng Ultra sememangnya tercetus dari watak adiwira Ultraman!

Tetapi apa kaitannya ultraman di sini?

"Memang ilham untuk mencipta Geng Ultra ini dicetus daripada watak adiwira tersebut kerana setiap kali lampu di dada Ultraman berkelip, maka bantuan pun sampai. Begitulah ibaratnya konsep Geng Ultra, kami mahu membantu...." jawab Ku Addy Fazly atau lebih mesra disapa Broku.

Tambahnya, Geng Ultra adalah gagasan yang ditubuhkan khusus bagi membantu seramai mungkin mereka yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan tetapi tidak mengetahui kaedah betul yang perlu dilakukan.

Menurutnya, ramai usahawan yang mempunyai modal dan produk yang bagus namun tidak tahu cara untuk memasarkannya kepada pelanggan sasaran malah mengeluarkan kos tinggi untuk teknik pemasaran yang tidak berkesan walau pun langkah yang diambil secara berniaga secara dalam talian sudah tepat dengan kehendak pelanggan masa kini.

"Bidang perniagaan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi masa kini justeru cabaran utama usahawan sekarang adalah penggunaan platform maya atau internet," sambung Tuan Izan selanjutnya ketika ditemui oleh pihak media di majlis pelancaran projek '12 Purnama'.

Sebagaimana maksud disebalik nama projek tersebut, '12 Purnama' dicetuskan sebagai platform Geng Ultra memanjangkan ilmu teknik pemasaran selama setahun kepada usahawan lama mahu pun baharu yang mahu bangkit semula.

Terdapat 18 topik berkaitan bidang perniaggan antaranya seperti Strategi Pemasaran, Penjenamaan,Teknik Google, Aura Insta, Seni Berlakon Dalam Video Pemasaran, Teknik Affiliate, Copywriting dan sebagainya akan diajar oleh 18 guru yang pakar dalam bidang masing-masing.


Selain memperoleh bimbangan daripada pakar-pakar yang dilantik antaranya seperti Elle Filani, Hirman Razali, Shamsul Qamar dan Sahfizzam Moideen serta ramai lagi, mereka yang berdaftar turut berpeluang menimba ilmu perniagaan dalam bentuk video dan audio.

Setekat ini, ahli  yang telah mendaftar dengan kos bayaran RM2,000 boleh melayari sebanyak 1,440 buah video yang telah dimuatnaikkan dalam talian  di samping peluang mengikuti seminar-seminar secara 'offline' yang dianjurkan pada masa ke semasa.

"Keistimewaannya, setiap individu yang memperkenalkan keahlian kepada yang berminat boleh menjana komisen sebanyak RM1,000," ulas Broku yang mensasarkan  jumlah keahlian mampu mencapai 1,000 orang,

Wow! Bolehlah korang cepat-cepat cari mereka yang mahu belajar teknik perniagaan 'online' begini, Selain dapat ilmu dapat untung berlipat ganda lagi daripada konsep ahli mencari ahli bahkan anda tida perlu menjadi ahli untuk memperoleh komisen tersebut,

"Memadai jika rakannya itu berdaftar, dia sudah boleh mendapat komisyen RM1,000," jelas Broku.

Tetapi dalam keadaan ekonomi sekarang tak mahal ke yuran RM2,000 tu?

"Kami menyediakan  bimbingan  dengan pengetahuan keusahawanan yang mencukupi  kepada mereka yang ingin serius dalam bidang perniagaan  dan ia bukanlah sesuatu yang merugikan  sekiranya usahawan dan bakal usahawan mengambil inisiatif untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai subjek niaga," tambah  Broku.

Betullah kan... tak cuba mana nak tahu? Bagi seorang peniaga setekat RM2,000 bagi memperoleh ilmu bukanlah tinggi mana pun harganya daripada rugi ratusan ribu ringgit baik sediakan payung sebelum hujan ya tak... maksud Kak Fas belajar teknik-teknik niaga yang betul.

Untuk bergerak seiring dengan kepantasan perubahan dunia memang wajarlah setiap peniaga sentiasa belajar dari semasa ke semasa  supaya perniagaan dijalankan boleh kekal konsisten serta lebih berdaya saing.

Akur dengan situasi di mana bidang perniagaan perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, Geng Ultra akan sentiasa bergerak aktif malah merancang  menambahkan bilangan tenaga pengajar kepada 50 orang buat masa akan datang.


"Itulah harapan kami agar dapat membantu usahawan terus maju agar bersemangat untuk bangkit semula jika pernah gagal," akhir Broku.

Antara usahawan yang pernah mendapat bimbingan dari Geng Ultra termasuk pengusaha minyak bayi Fluterapy, makanan ringan Popcorn Addict dan bedak sejuk Puspawangi.

Kesimpulannya, jika anda atau mana-mana individu yang anda tahu sedang mencari-cari platform untuk belajar teknik dan strategi pemasaran secara dalam talian sebelum membuka bisnes eloklah sertai program '12 Purnama' ini.

Kak Fas yang mempunyai zero pengetahuan dalam ilmu perniagaan pun naik semangat apabila mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Geng Ultra ini. Jadi apa tah lagi u alls yang dah ada bisnes...memang eloklah berhubung dengan mereka.

Maklumat lanjut boleh KLIK SINI. atau PM sahaja pada blog Kak Fas ini ok? 











Tiada ulasan: