Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'DAKWAT DI JARI' TAMPILKAN WANITA SEMUA PARTI KUPAS HARAPAN MASA DEPAN


Sempena kehangatan pilihan raya umum yang bakal diumumkan, TV9 mengambil inisiatif menerbitkan sebuah program berbentuk bual bicara khusus untuk wanita iaitu Program ‘Dakwat Di Jari’ (DDJ), yang akan membincangkan pelbagai isu menarik sepanjang tempoh berkempen dan akan disiarkan secara langsung selama satu jam bermula 5.00 petang di TV9 mulai Hari Penamaan Calon dijadualkan pada 28 April ini sehingga sehari sebelum tarikh mengundi.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Mohamad Ishak, berkata, “Dakwat Di Jari adalah satu-satunya program bual bicara politik khas untuk wanita menzahirkan pendapat dan buah fikiran mengenai demokrasi serta harapan untuk lima tahun akan datang. Program ini menampilkan wanita-wanita berpengaruh dalam industri politik negara seperti ahli politik, selebriti dan ahli akademik. Pelbagai isu kepentingan wanita bakal dikupas oleh tetamu jemputan menerusi program ini.

Majlis pelancaran 'Dakwat Di Jari' turut dihadiri Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah dan Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa MPB, Datuk Manja Ismail, serta Ketua Pegawai Eksekutif Aidijuma Colors Group, Datin Norjuma Habib Mohamed, selaku penaja program.



Antara tetamu yang diundang untuk menghangatkan perbincangan topik 'Dakwat Di Jari 'termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Nancy Shukri, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Siai Kee; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar; dan Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy.

Selain Dakwat Di Jari, TV9 turut membariskan pelbagai liputan menarik dan terkini sepanjang tempoh PRU14 yang meliputi siaran langsung pembubaran Parlimen, sidang media oleh SPR bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi, pelancaran manifesto parti dan siaran langsung keputusan PRU14.

Program Dakwat Di Jari merupakan terbitan bersama Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad dan Primeworks Studios, yang diterajui oleh Pengarang Eksekutif TV9, Wan Sabariah Shikh Ali manakala barisan penerbit ialah Nur Irjuana Mohd Ishar, Ahmad Farith Zahir dan Norhakimi Naim serta ditaja oleh Aidijuma Colors Group.


“Aidijuma bertekad untuk memperkasa wanita, yang juga merangkumi lebih daripada 50 peratus jumlah pengundi di Malaysia. Tujuan kami untuk menaja kempen Dakwat Dijari ini adalah merupakan salah satu cara untuk memberi galakkan kepada para wanita supaya tampil untuk menyuarakan pendapat mereka di kalangan masyarakat dengan mengundi apa yang mereka percayai,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aidijuma Colors Group, Datin Norjuma Habib Mohamed.

Melalui kempen 2018 ‘Dakwat Di Jari’, sesiapa sahaja boleh mendapatkan koleksi #rayapilihan Aidijuma pada harga istimewa di kesemua 13 kedai konsep seluruh dan 15 kedai konsep mudah alik, Scarf Machine.send.sell.story di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.  

Maklumat terperinci mengenai kempen ini akan disebarkan melalui media digital instagram @aidijuma @scarfmachine, laman Facebook Aidijuma Scarf, laman Twitter @aidijumascarf dan di YouTube Colors Digital, juga dengan hashtag #rayapilihan, #dakwatdijari dan #aidijuma. Koleksi Tudung Bawal Aidijuma™ dan Shawl Bawal #rayapilihan pasti memberi mood ceria dikala ketegangan musim mengundi.




1 ulasan:

Lestari Abyasa @ Alhamdulillah, saya mendapat pinjaman Medis dan Bisnis dari pemberi pinjaman ibu RIKA ANDERSON yang jujur berkata...

RIKA ANDERSON LOAN COMPANY
email: rikaandersonloancompany@gmail.com
Whatsapp +19147057484

TESTIMONY: Abyasa Lestari
BCA: 7683724750
from Balikpapan in Indonesia.
I am a true witness to Ms. Loan company. Rika

my name is Mrs. Lestari Abyasa from Balikpapan in Indonesia. I want to use this media to educate everyone who is looking for a loan to be careful because there are fake creditors. A few months ago, I suffered a financial loss, and I decided to seek a loan from Humans in Singapore and I was cheated.

I almost lost hope until I found someone who shared the testimony of an online lender named Ms. Rika Anderson, from RIKA ANDERSON LOAN COMPANY who lent 100 million unsecured loans and affordable interest rates a few days ago.

After my loan was transferred to my BCA bank account, I was surprised to see my account balance and found the amount I sent was sent directly to my account by Rika Anderson's mother without delay. And I promise I will share the good news so people can get loans easily without stress.

So if you need to borrow a loan, contact Mrs. Rika Anderson via email: rikaandersonloancompany@gmail.com, wasap +19147057484 And you can also contact me at my email: lestariabyasan@gmail.com. Please I want you to use this information and be free from your financial difficulties.