Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KOLEKSI DISNEY TSUM TSUM, CATHY DOLL KINI DI GUARDIAN


Sebut sahaja Disney, tentu ramai yang terbayangkan karakter-karektor kartun yang comel antaranya seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, Winnie the Pooh, Donald Duck dan banyak lagilah....

Bukan sahaja anak-anak malah kalangan dewasa pun berkongsi gembira apatah lagi bila berpeluang ke Disneyland di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Tokyo, Hong Kong mahu pun yang terdekat di Singapura.

Jadi amat tepatlah apabila produk kosmetik bersandarkan kepada karektor-karektor Disney itu ditampilkan melalui koleksi Disney Tsum Tsum X Cathy Doll.

Tentu ada yang belum mengenali dengan lebih dekat kan jenama ini?

Sejujurnya Kak Fas pun baharu tahu adanya Disney Tsum Tsum X Cathy Doll ini.

Kedua-dua anak patung Disney Tsum Tsum dan produk penjagaan kecantikan Cathy Doll merupakan jenama popular dalam kategori tersendiri, masing-masing dengan pengaruh yang luar biasa. 

Sejak patung Disney Tsum Tsum diperkenalkan pada tahun 2013, berjuta-juta patung telah dijual dan ia telah menjadi item kegilaan pengumpul.

"Cathy Doll juga merupakan salah satu jenama penjagaan kecantikan yang berkembang pesat di Malaysia dan apabila kedua-dua jenama ini bergabung untuk menghasilkan koleksi produk kosmetik Disney Tsum Tsum x Cathy Doll, yakinlah bahawa ia bakal menjadi satu kolaborasi yang sangat luar biasa. Kami sangat yakin koleksi Disney Tsum Tsum X Cathy Doll akan menjadi rebutan dikalangan pengumpul dan pelanggan kami yang menghargai produk hebat pada nilai hebat,ujar Pengarah Pemasaran Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd., Encik DY Cho (pix bawah, tengah) pada majlis pelancaran koleksi tersebut di Tokyo Secret, Midvalley Mall baru-baru ini.

Turut hadir Pembantu Pengarah Urusan, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Karmart Public Company Ltd, En. Wongwiwat Theekhakhirikul (kiri) dan  rakan sejawatnya, Pembantu Pengarah Urusan, Produk Kreatif & Pemasaran Karmart, Encik Pongwiwat Theekahkhirikul (kanan).


Ya, anak-anak muda yang gemar bersolek sudah boleh membeli koleksi eksklusif berkenaan di gedung Guardian seluruh negara.

“Sebagai peneraju perniagaan runcit kesihatan dan kecantikan di Malaysia, Guardian mengutamakan kehendak pelanggan dan jenama mana yang sedang menjadi trend terhangat dalam pasaran kesihatan dan kecantikan global. Produk kosmetik Disney Tsum Tsum X Cathy Doll amat menepati citarasa semasa dengan kombinasi karakter Tsum Tsum berilhamkan Disney yang sangat comel sebagai bungkusan kepada produk kosmetik terkenal Cathy Doll," sambung Cho.


Antara rangkaian produk kosmetik Disney Tsum Tsum X Cathy Doll yang boleh korang cuba atau pilait meliputi 10 jenis seperti berikut:
  • Krim CC
  • Bedak kompak dengan perlindungan SPF 40
  • Kawalan Minyak Blur Pact
  • Pemerah pipi
  • Pensil kening lembut
  • Penggaris mata Crazy Black
  • Maskara
  • Palet pembayang mata
  • Pemerah bibir dan pipi 2 dalam 1 rona Chiffon Tint
  • Koktel glos gincu
Semua produk di atas dibungkus dalam watak popular Disney Tsum Tsum seperti Mickey dan Minnie Mouse, Goofy, Donald Duck, Pooh, Piglet, Tigger dan Eeyore dari Winnie the Pooh; Elsa, Anna dan Olaf dari Frozen dan banyak lagi
Jika nak 'try' kata orang bolehlah segera ke Guardian Malaysia sebab sekarng ini sempena dengan pelancaran tersebut, ada tawaran menakjubkan kepada pelanggan.

Antaranya hadiah Beg Tali Cerut Edisi Terhad Tsum Tsum Mickey untuk 100 pelanggan pertama yang berbelanja lebih RM100 untuk produk Disney Tsum Tsum di Atrium Lower Ground Midvalley semasa tempoh tawaran berlangsung.

Bermula 1 Februari sehingga 28 Februari, 5 unit beg bagasi vintaj edisi terhad Disney Tsum Tsum x Cathy Doll bakal ditawarkan berdasarkan cabutan bertuah. 
Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu membeli produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll sebanyak RM150 dan ke atas, layari laman Facebook Guardian Malaysia untuk mengimbas kod QR atau klik pada pautan, muat naik resit pembelian, isi butiran peribadi dan jawab satu soalan mudah.
Cepat jika tidak mahu putih mata tau sebab tawaran hadiah hanya boleh didapati sementara stok masih ada.


Pada majlis pelancaran beberapa activiti disediakan kepada para media dan bloggers antaranya permainan menimbang siapa boleh susun pouch setinggi 4 tingkat dan ke atas bagi membolehkan pemenang mendapat sekeping token atau lebih bagi permainan  mengangkat produk yang berada di dalam mesin menggunakan tangan besi tiga.

Tanpa diduga Kak Fas satu-satunya yang mencuba dan  berjaya mengangkat sebuah pouch rona putih  yang ada di dalam mesin berkenaan huhu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan