Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANGGUN CHEF @MITEC SEDIA MENU MASAKAN FUSION


Setiap hari Kak Fas sering berulang-alik di jalan  berhadapan Pusat Perdagangan dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia atau ringkasnya MITEC, Kuala Lumpur iaitu pada bahagian pintu masuk sebelah Utara.

Kenapa Kak Fas lalu situ? Sudah tentulah kerana  kediaman Kak Fas berhampiran pusat dagangan itu.

Pun gitu, secara jujurnya Kak Fas belum pernah jejakkan kaki ke venue Sukan SEA ke 29 yang menempatkan tujuh acara tertutup daripada 38 acara yang dipertandingkan dalam temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu lebih setahun lalu.

Jadi, baru-baru ini apabila mendapat undangan untuk hadir menikmati jamuan di sebuah kafe mini ‘portable’ yang dinamakan Anggun Chef, sudah tentulah Kak Fas tidak teragak-agak untuk menerimanya.

Ibarat pucuk dicita ulam mendatang memandangkan ini peluang untuk Kak Fas memasuki buat julung kaliya MITEC. Dalam masa sama, hati tertanya-tanya juga, ‘ada kafe ke dalam MITEC yang serba canggih ini? almaklumlah Kak Fas belum pernah masuk. Dah terasa macam rusa masuk kampung la pulak haha….

Memandangkan Kak Fas melalui jalan belakang jadi lebih mudah untuk masuk ke tempat parkir kereta pada pintu sebelah Utara walau pun diberitahu lebih mudah memasuki sebelah Selatan.

Nama pun kali pertama, mana-mana pintu pun ok lah fikir hati. Setibanya ke ruang parkir sebelah Utara, Kak Fas terpaku seketika….. ruang parkir yang luas terbentang gelap gelita.

Terpaksa pula Kak Fas menyalakan lampu kereta bagi mencari arah mana terletaknya belah Selatan. Nasib baik terpandang papan tanda lobi dan sepantas kilat menuju ke arah ruang yang lebih cerah dan berlampu.

Tetapi menggagau jugalah dalam kegelapan itu. Habis redah laluan yang menunjukkan tanda panah arah terbalik haha… nasib tiada kenderaan lain al maklum tiada acara besar berlangsung di situ ketika itu.

Nak juga Kak Fas cadangkan sekurang-kurangnya pasanglah lampu samar-samar pada ruang parkir sebelah Utara, walau pun tiada sebarang acara berlangsung.

Sebaik sahaja nampak ruang lobi barulah lega rasanya … itu pun hanya kereta Kak Fas yang ada di situ… tak nampak kelibat orang atau kenderaan lain sehinggalah muncul sebuah kereta dari pintu masuk arah Selatan.

Mungkin itu salah seorang daripada rakan agaknya fikir hati, Dan memang benar, sayup kedengaran suara blogger, Cik Lily Putih melaungkan nama Kak Fas. 
Lega dah jumpa kawan haha… Kami pun menaiki eskalator yang membawa ke bahagian lantai utama. Ruang yang luas membuatkan mata meliar mencari mana arah tuju sehinggalah apabila menoleh ke kiri ternampak sebuah kafe terbuka dengan kerusi rona merah putih mengisi lantai lapang.

Di situ pada satu sudut sebuah standee berbentuk ‘chef wanita dengan sudip di tangan’ beserta tulisan Anggun Chef  mengesahkan tekaan itulah lokasi yang dicari.

Di situ juga dudukya kelibat dua orang sedang berbincang dan apabila salah seorang memanggil nama Kak Fas maka sahih dan tidak silap lagi in dia kafenya.

Kami diperkenalkan oleh Wany pada pengasas dan Pengarah Urusan Anggun Dinamik Holdings Sdn Bhd., Cik Mimie Azura Mohamad dan Pengarah Operasinya, Cik My Hamid.

Tidak mahu membuang masa, Kak Fas terus bangun untuk meninjau apa keistimewaan kafe ini sekali gus mengambil foto persekitaran.


Letak atur ruang masak serta tempat membancuh kopi nampak bersih dan canggih dengan hiasan bagaikan berada di sebuah kafe label antarabangsa gayanya.

Tak perlulah Kak Fas sebut nama-nama kafe yang kini sudah popular dan menjadi tempat bersantai muda-mudi mahu pun orang-orang korporat dan eksekutif.

Apa yang pasti cafe Anggun Chef ini setaraf dengannya walau pun kedudukannya agak terpencil dan jauh dari kesibukan kota. 

Maklumlah, apabila terletak di dalam ruang MITEC yang hanya dibanjiri ramai apabila berlangsungnya sesuati acara pameran dan sebagainya, tentulah tidak ramai yang tahu kewujudannya.

Hanya mereka yang pernah ke sini tahu adanya kafe berkenaan.

Seperti Kak Fas, korang mesti tertanya-tanya kan apa konsep Anggun Chef ini?

“Anggun Chef menyediakan masakan Melayu fusion iaitu gabungan rempah ratus tempatan dengan herba-herba Barat,” ujar Mimie yang berpendidikan IT tetapi mempunyai kepakaran dalam kulinari.

Dah terbayang bagaimana resepi melayu fusion ciptaan Mimie? 

Ala… contohnya macam Rendang Peanut Butter atau pun Spaghetti Assam Pedas gitu!

Kalau rendang asli tentu rasa seperti rendang-rendang yang emak kita masak kan….. tetapi pernah makan rendang peanut butter? Ha itulah masakan fusion yang dicipta Mimie…. 

Kak Fas dah cuba rasa Spaghetti Assam Pedas…. memang sedap you alls….terasa  campuran timur dan barat dalam satu pinggan huhu…. 









Masakan pun boleh ‘kahwin’ tau… itulah kelebihan resepi-resipi ciptaan Mimie yang hanya boleh dirasai jika ke Anggun Chef.

Selain itu, kami dihidangkan dengan lebih kurang tujuh lagi menu untuk dirasai antaranya seperti pelbagai jenis Burger,  meehoon Singapura, Nasi Bukhara,  kek buah, sago gula melaka dan banyak lagilah… ada sembilan semua hidangan yang dimasak panas-panas oleh team Anggun Cafe.





Mendengar kisah pahit manis yang dilalui Mimie dalam membangun dan mempertahankan Anggun Chef, Kak Fas tabik dengan kesabaran dan semangat juangnya.

Sungguh pun pernah mengalami kerugian sehingga kafe pertamanya terpaksa gulung tikar namun Mimie terus bangkit memperjuangkan impiannya untuk  memartabatkan produk lokal pada mata dunia.

Tidak hairanlah beliau mengambil langkah awal dalam membina nama dengan  melebarkan produk berupa pek pes Anggun Fusion ke pasaran kedai Asian di Perancis dua tahun lalu dan kini juga berada di Australia.

“Alhamdullillah, sambutan pes diterima masyarakat sana dan sejak itu saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi,” Mimie meluahkan harapan.

Kak Fas tengok ramai juga di antara para artis yang meminati pes ini antaranya Azrel Ismail, Zizi Kirana mahu pun Ismail Izzani.

Tengok tu masing-masing dah pegang pes jenis apa yang mereka gemari mengikut cita rasa dan selera. Rajin masak nampak....
  
Katanya, sebagai pelan pembangunan, Anggun Cheff sedang dalam usaha membuka sebuah kafe yang lebih sempurna di MITEC.

Jika tiada masa untuk ke portable mini kafe sekarang, korang boleh membuat pesanan melalui Grab Food.

“Kami juga dalam perancangan untuk melancarkan perkhidmatan penghantaran sendiri,” tambah Mimie yang sudah tujuh tahun mengendalikan syarikat Anggun Dinamik Holdings ini.

Menarik lagi, pelanggan yang kempunan masakan gaya fusion Anggun Chef tidak perlu risau jika tiada kesempatan untuk ke MITEC. 
NASI BUKHARA dibungkus bagi penghantaran.
Di samping tempahan dalam talian, mereka juga boleh mencuba masak sendiri dengan membeli pes masakan dalam botol yang disediakan dalam pelbagai rasa antaranya seperti Cili Crab, Rendang Daging, Vegetables Green Curry dan Sour & Spicy seperti yang Kak Fas dapat dalam pek kombo ini. 

Packagingnya pun cantik dan kemas ada standard, Pendekata, tak malu lah bila masuk pasaran luar negara atau pun sebagai buah tangan.

Kini cuma nak tunggu Kak Fas ada kelapangan sahaja untuk cuba memasak kesemuanya. 

Nak cuba pes Rendang Daging dulu… jika sedap boleh dijadikan bahan masakan pada bulan Raya yang akan menjelma tak lama lagi…tentu mudah dan ringkas huhu!

Menurut Mimie, setiap menu atau pes yang dihasilkan menitikberat soal pemakanan yang sihat, kurang kolesterol tetapi tetap lazat.

Lebih penting, Kak Fas tengok  harganya pun mampu beli dari serendah RM4 bagi sebotol air mineral sehingga paling tinggi cuma RM19 bagi Spaghetti  Vongole.
Malah bagi mereka yang suka bersantai sambil minum kopi boleh memilih daripada 21 jenis minuman yang tersenarai dalam kategori ‘Coffee & Beverages’.

Antaranya seperti  Espresso, Americano, Cappucino, Vanilla Latte, Hazelnut Latte, Mocha dan yang seangkatan dengannya sudah tentu menjadi pilihan tekak muda mudi sekarang, Harga pun tak mahal dalam sekitar RM8 hingga RM13 sahaja. Nak Teh Tarik pun ada u alls!

Ringkaskan cerita, pengalaman selama lebih kurang dua jam di Anggun Chef membuatkan perut kekenyangan dan nak cari bantal je haha….agar dapat tidur supaya perut boleh menghadam segala yang telah dimakan tadi.




Khabarnya, Anggun Chef turut bersedia menerima tempahan untuk sebarang majlis privasi yang mampu memuatkan kira-kira 70 orang sekali gus.

“Mereka hanya perlu memilih menu apa yang berkenan di hati dan kami akan melaksanakannya sebaik mungkin mengikut bajet,” ujar My (pix bawah, kanan) yang bertanggungjawab terhadap keleluruhan lokasi Anggun Chef.

Dalam pada itu, Anggun Chef tidak ketinggalan meraikan sebarang perayaan yang disambut rakyat Malaysia di mana terdekat ini tentulah sambutan Hari Kekasih atau 'Valentine's Day'.

Jadi memenuhi hasrat muda-mudi yang berhajat meraikan hari buat pasangan kekasih atau pun suami isteri boleh memilih menu khas yang disediakan ini dengan harga cuma RM49.

Dan jika nak beli hadiah boleh je dapatkan beberapa produk cenderahati antaranya seperti straw dalam pek comel ini.





TEAM Anggun Chef 
Kak Fas:

Pasti akan datang lagi untuk mencuba hidangan fusion lain yang nampak enak waima lain dari yang lain kerana ia hanya dihidangkan di Anggun Chef @Mitec ini. Terima kasih daun keladi!

BERSAMA Mimie dan rakan bloggers (dari kiri) Nazlan dan Ayu Rafikah serta Cik Lily Puteh dan Reef (kanan),

Tiada ulasan: