Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

EW GRAND HALL ICCC I-CITY BUKA TEMPAHAN PAKEJ PERKAHWINAN ELEGAN



Adakah anda sedang mencari lokasi untuk menerima menantu tidak lama lagi?

Masih buntu untuk memikirkan tempat strategik waima bakal pengantin mahukan sebuah perkahwinan yang elegan namun dalam suasana kesederhanaan dan selesa.

Jika ini menjadi persoalan utama apatah lagi majlis dijadualkan  kira-kira enam bulan lagi, barangkali anda mungkin boleh meninjau fasilitas terbaharu yang terdapat di Pusat Konvensyen I-City, Shah Alam (ICCC).

Ya… warga Shah Alam dan persekitarannya kini mempunyai pilihan terbaharu apabila ICCC memeterai kerjasama dengan Event Wedding & Catering sekali gus merasmikan pembukaan Event Wedding (EW) Grand Hall, malam semalam.

Usahasama antara ICCC dan EW menyaksikan perjanjian kontrak ditandatangani oleh Pengarah Urusan EW, Encik Fitry Mustafa, 30,  dengan Puan Sharifah Mariam Syed Hassan selaku Ketua Pemasaran ICCC.

Melalui kerjasama terbabit, EW Grand Wedding Hall mula membuka tempahan bagi pakej perkahwinan pada harga serendah  RM30,0000  sehingga RM40,000  bagi 1,000 orang atau bergantung kepada permintaan pakej samada basic, sederhana atau eksklusif.

“Dewan ini mampu memuat kira-kira 500 hingga 700 tetamu sekali gus untuk hidangan duduk manakala bufet style boleh menampung sehingga 1,000 orang,” ujar Fitry  sewaktu ditemui.

Melihat pada persekitaran, Kak Fas yakin golongan yang mahukan sebuah perkahwinan dewan yang ‘high end’ akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan EW.


Sebut sahaja apa keperluan yang anda mahu, segalanya disediakan lengkap oleh EW daripada kad udangan, katering, pelamin, fotografi dan yang seangkatan dengannya.

Pendekata, cuci tanganlah jika menempah pakej perkahwinan daripada EW waima mereka mempunyai 13  rakan niaga yang bekerjasama bagi menjayakan majlis.

Antara 13 rakan niaga berkenaan terdiri daripada Zulaikha Creation (pelamin), Eyrafadzwedding (dekorasi), Aura Bunga, Muazzin Bakery dan banyak lagi.

Menariknya, keluasan dewan mampu menempatkan platform untuk kumpulan muzik di mana EW tidak ketinggalan menyediakan ‘live band’ yang terdiri daripada kumpulan ‘Ojkustik’.

Malah jika mahukan hiburan yang lebih ‘happening’ pihak pengurusan turut menyediakan kumpulan brassband yang menggelar diri mereka ‘Hornbae Brassband’ bagi memeriahkan persembahan pentas.

Kak Fas dah dengar kedua-dua kumpulan ini perform, memang sedap suara kedua-dua vokalis wanita Ojkustik menyanyi malah persembahan dari brassband pun tidak mengalah.

Cuma cadangan Kak Fas, sebaiknya kumpulan Ojkustik kelak boleh menyediakan senarai lagu-lagu perkahwinan lebih daripada genre lagu kebiasaannya bagi sebuah majlis perkahwinan.

Dengan itu, baharulah terasa berada di sebuah majlis perkahwinan jika lagu-lagu yang didendangkan mengikut tema majlis seperti lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ dan beberapa lagi lagu yang berkaitan dengan perkahwinan waima lagu Inggeris sekali pun.

“Kami juga menyediakan pilihan goodies oleh Ijab&Qabul termasuk solekan, baju pengantin mahu pun hidangan pengantin,” tambah Fitry kepada Kak Fas.

Menurutnya, pelanggan boleh membawa bunga telur atau apa sahaja produk tambahan yang mereka sendiri pilih.

“Segala kehendak tolak tambah boleh dirunding bersama,” ujar Fitry yang beralih ke bisnes pengurusan majlis (event) sejak hujung tahun 2016.

Berkelulusan Ijazah Sebaran Am dalam jurusan Pengiklanan dari UiTM, Fitry beralih pada perniagaan yang ditubuhkannya kini tanpa dirancang.

“Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi dalam kehidupan saya sebelum ini sebenarnya dan tidak jangka akan terlibat dalam pengurusan perkhidmatan perkahwinan dan korporat,” ujar Fitry tanpa mahu memanjangkan kisah pahit manis yang dilaluinya sebelum ini.


























Perniagaannya bermula dengan sebuah kilang tiga tingkat di Bukit Jelutong, Shah Alam  yang dijadikan ruang perkahwinan bernama Delaman Event Space.

Kini, dengan wujudnya event hall baharu, EW sasarkan untuk memperoleh 30 hingga 50 tempahan dalam tempoh setahun. 

Pun begitu, anda harus membuat tempahan kira-kira enam ke 12 bulan sebelum majlis bagi memastikan dewan tidak penuh ditempah.

“Sekarang ini ramai yang mahukan sebuah perkahwinan di dewan jadi sebaiknya membuat tempahan awal,” jelas Fitry.

Beliau bagaimana pun memberitahu, sekiranya pelanggan mahukan bajet yang lebih rendah, mereka disyorkan majlis berlangsung di Delaman Event Space di mana harga pakej perkahwinan berharga serendah RM21,000 untuk
1,000 pax.

Bersama rakan kongsinya, Cik Farahana Domman, Fitry berharap mampu menjadi penerajui syarikat pengurusan segala bentuk majlis selain perkahwinan.

“Kami mampu mengelolakan sebarang majlis baik untuk pelancaran, konvensyen, sidang media atau apa sahaja majlis korporat yang memerlukan dewan besar di ICCC ini,” tambahnya.

Event Wedding & Catering memberi jaminan perkhidmatan berkualiti tinggi pada pakej perkahwinan yang ditawarkan malah menyediakan beberapa butik yang boleh dipilih untuk busana perkahwinan mereka.

"Selain itu, kami menyediakan 'food tasting' setiap minggu bagi pelanggan yang mahu merasai menu hidangan terlebih dahulu," cerita Fikry. 









Majlis pada malam pelancaran diserikan dengan pertunjukan fesyen busana pengantin koleksi eyrafadzwedding.

“Pun begitu pengantin diberi pilihan menggayakan busana tempahan sendiri,” akhiri Fitry yang baru sahaja mendirikan rumahtangga Disember tahun lalu.

Maklumat lanjut berkaitan pakej perkahwinan boleh layari https://www.facebook.com/Eventweddingofficial/ atau berhubung dengan:

Event Wedding Grand Hall ICCC
i-City Convention Centre,
Aras UG, Central Walk,
Persiaran Multimedia, 
i-City 40000 Shah Alam,
Selangor

Telefon: +0129735425

Tiada ulasan:

Catat Ulasan